• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Mitsubishi Xpander Sah Masuk Malaysia Tahun Ini

November 9, 2018 By ABG GYL 3 Comments


INI berita baik yang baru kami terima. Mitsubishi Xpander sah akan memasuki pasaran Malaysia tahun ini. Semestinya kehadiran model itu bakal menggembirakan peminat kenderaan pelbagai guna (MPV) di Malaysia yang sukakan rekabentuknya yang futuristik, seksi dan menggiurkan. 

Bagaimanpun, tiada sebarang tarikh didedahkan kepada kami memandangkan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sedang membuat persiapan menguruskan kehadiran Xpander ke Malaysia.

Lebih menarik, kami turut dimaklumkan model ini akan dibawa masuk secara pemasangan tempatan (CKD). Apa kami harapkan, harga jualan akan berada di paras mampu milik bersesuaian dengan ciri ditawarkan.

Mitsubishi Xpander.04
Mitsubishi Xpander.03

ENJIN 1.5L

Aspek mekanikal, MPV 7-kerusi itu didatangkan dengan enjin 1.5L MIVEC DOHC yang mampu menghasilkan kuasa 103hp dan tork 141Nm dengan padanan transmisi automatik 4-kelajuan atau manual 5-kelajuan.

Berikut antara ciri menarik yang ada pada Xpander:

  • Gaya depan Dynamic Shield ialah kesinambungan ilham daripada model baharu Mitsubishi seperti Outlander PHEV, Pajero Sport dan Eclipse Cross
  • Kerusi barisan kedua boleh dilipat 60:40, manakala kerusi barisan ketiga 50:50
  • Kerusi barisan kedua boleh dibaringkan untuk dijadikan perehat lengan atau mengisi muatan panjang seperti gulungan karpet atau tangga
  • Ada 16 pemegang cawan
  • Menggunakan struktur badan monokok RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) MMC
  • 2 beg udara depan
  • Dilengkapi ciri keselamatan seperti Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), Bantuan Daki Bukit (HSA) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).
  • Model ini akan bersaing dengan Toyota Rush, Honda BR-V, Toyota Avanza, Proton Ertiga dan 'SUV Perodua baharu'.

Kami memang sudah tidak sabar menunggu kehadiran Xpander ini. Maklumlah, rekabentuk MPV seperti ini memang mampu buat abang cair 🙂

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

BACA >>> Debut Honda BR-V di Malaysia, Crossover 7-Tempat Duduk Paling Berkuasa

Filed Under: Roda4 Tagged With: enjin Mitsubishi Xpander Malaysia, harga Mitsubishi Xpander Malaysia, kereta mpv di malaysia, Mitsubishi Xpander, Mitsubishi Xpander Malaysia, MPV malaysia, top speed Mitsubishi Xpander Malaysia

Comments

  1. lolsomany says

    November 15, 2018 at 12:52 AM

    kena buang “er”

    Reply
  2. Khairil says

    January 28, 2019 at 12:57 PM

    Dah masuk tahun 2019…masih tiada khabar berita.
    Info nie masih valid atau tidak?

    Reply
    • ABG GYL says

      January 28, 2019 at 1:28 PM

      Baru Januari bro. Sabar ye.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Adakah Ini Nissan Grand Livina (2019)? Bakal Masuk Malaysia?Adakah Ini Nissan Grand Livina (2019)? Bakal Masuk Malaysia?
  • Suzuki Patenkan Enjin USD @ Terbalik, Swingarm Panjang dan Motor Jadi Lebih Stabil?Suzuki Patenkan Enjin USD @ Terbalik, Swingarm Panjang dan Motor Jadi Lebih Stabil?
  • Harga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di VietnamHarga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di Vietnam
  • Jika Beginilah Rupa Honda RS150R, Mesti 'Laku Keras'Jika Beginilah Rupa Honda RS150R, Mesti 'Laku Keras'
  • Harga Petrol RON95 & RON97 Naik Lagi, Diesel Kekal Mulai Esok (16/02/19)Harga Petrol RON95 & RON97 Naik Lagi, Diesel Kekal Mulai Esok (16/02/19)

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 Bukan SUV Bhiase...Bhiase Bosku

KEHADIRAN Proton X70 menetapkan penanda aras baharu dalam kenderaan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Volvo XC40 - Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi

BABY Sweden ini memberikan sesuatu janji yang berbeza kepada peminat … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my