• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Paling Laris di Dunia (2017), Tewaskan Volkswagen

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Paling Laris di Dunia (2017), Tewaskan Volkswagen

February 1, 2018 By AO 6 Comments

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Group
terpaksa akur menyerahkan takhta sebagai pengeluar automotif paling laris dunia pada 2017 kepada Perikatan Nissan-Renault-Mitsubishi. Kejayaan perikatan automotif dua benua itu banyak dibantu kemasukan Mitsubishi sebagai rakan perikatan baharu pada Oktober 2016.

Keseluruhan jualan 2017 bagi Perikatan Nissan-Renault-Mitsubishi ialah 10,608,366 unit, mengatasi Volkswagen Group (10.53 juta unit). Nissan sendiri mencatatkan rekod tertinggi, iaitu hampir 5.82 juta jualan, dan Renault menyumbang 3.76 juta unit jualan, manakala jualan Mitsubishi pula kira-kira 1.03 juta unit.

BACA >>> Search nissan-renault Mitsubishi Kini Nissan-Renault Yang Punya!!!

Mungkin ada mendakwa peningkatan jualan Perikatan Nissan-Renault-Mitsubishi memiliki kelebihan kerana dibantu populariti tiga jenama berbeza, tetapi jualan Volkswagen Group juga bukan daripada jenama Volkswagen semata-mata. Di bawah jenama besar dari Jerman itu, ada banyak subsidiari berbeza seperti Audi, Skoda, Seat, dan Porsche.

Toyota pula menduduki tempat ketiga dengan jualan keseluruhan sebanyak 10.2 juta unit.

7 JENAMA BANTU LONJAK JUALAN


Tahun lalu adalah tahun penyertaan sepenuhnya Mitsubishi dalam Perikatan Nissan-Renault, yang menyumbang 6.5 peratus kepada pertambahan permintaan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan komersil ringan, termasuk kenderaan elektrik (EV). Sepanjang 2017, selain tiga jenama besar dalam perikatan tersebut, ada 7 jenama lain yang turut menyumbang kepada statistik jualan, iaitu, Dacia, Renault Samsung Motors, Alpine, Lada, Infiniti, Venucia dan Datsun.

Pasaran terbanyak Nissan-Renault-Mitsubishi adalah di China dengan 1,719,815 unit terjual, disusuli Amerika Syarikat (AS) di kedudukan kedua (1,697,149 unit) dan Perancis (759,598 unit). Pasaran terbesar Nissan adalah di AS, manakala Mitsubishi memiliki pasaran terbesar di China. Renault pula sudah tentu mendominasi pasaran negara asal pengeluar itu, iaitu di Perancis.

SUMBER: AutoGuide.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4, Volkswagen Tagged With: auto terkini, Nissan-Renault-Mitsubishi, Nissan-Renault-Mitsubishi Alliance, pengeluar automotif paling laris 2017, pengeluar automotif paling laris dunia 2017, Perikatan Nissan-Renault-Mitsubishi, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Group

Comments

  1. Lyana says

    February 14, 2018 at 7:54 AM

    WOW..What else can i say..?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Pemilik Waisuku Kena Saman: "Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya"
    Pemilik Waisuku Kena Saman: "Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya"
  • BSH Perkenal Honda Wave 125i (2021) Baharu, Harga RM6.4k
    BSH Perkenal Honda Wave 125i (2021) Baharu, Harga RM6.4k
  • #Spyshot: Inilah Koleksi Foto Bocor Perodua Ativa Menjelang Pelancaran 3 Mac Ini
    #Spyshot: Inilah Koleksi Foto Bocor Perodua Ativa Menjelang Pelancaran 3 Mac Ini
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my