Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII Mengganas
Bikin Auto

Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII Mengganas

Abang GYLBy Abang GYL25/04/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIIIMITSUBISHI Lancer CT9A Evolution VIII, antara jentera berprestasi tinggi idaman ramai. Bermula dari EVO I hinggalah EVO X, ia memiliki peminatnya tersendiri. Tidak dinafikan ramai di antara penggemar kereta menanam impian mahu memiliki barisan model EVO sehingga ada yang sanggup menukar jantina asal kepada jenama Mitsubishi semata-mata untuk kepuasan diri.

Bagi peminat tegar Mitsubishi EVO, mereka tidak pernak lokek mahu menghabiskan wang ringgit demi memenuhi kepuasan diri mereka.

Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIIIUntuk itu, Pandulaju tampilkan salah seorang peminat kenderaan dari Jepun itu untuk dimuatkan dalam ruangan Bikin Kereta.

Biarpun Mitsubishi EVO sudah dikenali sebagai jentera prestasi tinggi, namun empunya kereta, Rafique tidak mudah berpuas hati. Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII (EVO 8)  miliknya sudahpun menjalani beberapa modifikasi dari aspek prestasi.

Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIIIMODIFIKASI ENJIN:

Nadi 4G63T milik Evo 8 ini sudah menjalani proses ‘port and polish’ untuk memastikan prestasinya yang terbaik. ‘High cam’ berprestasi tinggi dari Tomei mengambil tugas ‘cam’ asal untuk menghasilkan lonjakan kuasa lebih berkuasa.

Selain itu, pengecas turbo asal milik Evo 8 ini digantikan dengan HKS 3037. Bagi mengawal lebihan tekanan udara ke sistem pengecas, ‘wastegate’ dari Turbosmart dijadikan pilihan.

Untuk mengekalkan kuasa semasa tukaran gear pula, sistem ‘blow-off’ atau injap pemampatan turbo dari Turbosmart dipasangkan. Tugasan penapisan udara untuk pembakaran enjin pula diserahkan kepada penapis udara Simota.

Plat penyejukkan radiator dari Cusco turut mengambil tugas asal manakala bahagian ekzos muffler 3’ menggunakan jenis ‘stainless steel’ dari Kakimoto.

Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII

Beralih ke bahagian tranmisi, Rafique yang juga pemilik Garage & Autopart menggunakan kota gear dari Evo 7 (5-kelajuan) selain dibantu dengan klac berkembar Carbonetic.

Jika jentera sudah laju, kestabilan juga harus diutamakan. Untuk itu, jentera ini dipadankan set suspensi boleh laras ‘hi lo soft hard’ dari BC. Ia juga lengkap bersama ‘body shift’ dan ‘pillow ball’.

Untuk bahagian roda pula, ia melantik RAYS Engineering jenis CE28 17’x8.5jj et30 yang disaluti tayar Continental saiz 235/45/R17. Cakera brek pula menggunakan dari jenis PROJECT U manakala kaliper asal Brembo masih dikekalkan.

Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII

DALAMAN:

Sudah puas dengan prestasi, kita masuk ke ruang dalaman. Rata-rata komponen menggunakan gentian karbon. Bermula dari tombol gear hinggalah papan pemuka.

Tidak cukup dengan itu, bahagian meter turut ditukar dengan menggunakan dari model EVO 9. Namun tempat duduk Recaro masih dikekalkan. Untuk memantau kuasa sistem turbo semasa pemanduan, ACVR ‘Boost Controller’ dari APEXi menjadi pilihan empunya kereta.

Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIIILUARAN:

Melihat luaran jentera, ia ‘memakai’ bampar di bahagian belakang dan hadapan termasuk lampu milik Evo 9. Ia juga menggunakan  hood depan, ‘spoiler’, dan lip hadapan (ralliart) daripada gentian karbon.

Menurut Rafique, ramai yang keliru dengan jantina asal. Sama ada ia EVO 8 atau EVO 9? Inilah keistimewaan sebenar jentera Rafique.

Bagi anda yang dah baca artikel ini, jngan keliru pula. Kalau masih keliru, baca dari awal sampai habis artikel ini.

Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIIIFOTO : Shah Bahulu@Adam Photography

SPESIFIKASI

Mitsubishi Lancer CT9A Evolution 8

ENJIN 4G63T
MODIFIKASI ENJIN Head Port n Polish, Tomei Highcam 260 degree, HKS Turbo Garrett 3037 with HKS Banana, Turbosmart Wastegate, Turbo Smart Blow-off, Ralliart piping intercooler, Simota Air filter, Cusco Cooling plate radiator, 3’ Muffler Kakimoto red tag stainless steel
TRANSMISI Kotak gear Evo 7 5-kelajuan bersama klac berkembar plat Carbonetic
ELEKTRONIK ECU Tomei, AVCR boost controller
SUSPENSI BC Hi Low Soft Hard bodyshift with pillow ball
BREK Brembo standard with Project U disc
RODA CE28 17’x8.5jj et30, Continental 235/45/R17
DALAMAN Meter Evo 9 260kmh, Panel dashbord CF, Gear knob CF, Stereng Evo 9, Recaro stock Evo 8, Console Stereng + Aircond vent cover carbon look.
LUARAN Bonet depan CF, Spoiler Evo 9 CF, Roof Evo 9 MR (alloy), Bumper depan Evo 9, Lip depan CF (Ralliart), Bumper belakang Evo 9, Head lamp & tail lamp Evo 9
BENGKEL Rafique Garage n Autopart

Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII
Bikin Kereta EVO 8 EVO VIII Evolusi Mitsubishi EVO Mitsubishi Evo Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII Modifikasi Mitsubishi EVO
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Nissan Frontier Ultimate Build 2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6

    05/06/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.