Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!
Bikin Auto

#BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

Abang HirataBy Abang Hirata05/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Zeekr 9X by MANSORY

PEMINAT automotif sering disajikan mengenai tuner Barat memilih produk Eropah untuk dijadikan kereta projek. Mempunyai jutaan pembeli, mengapa tuner itu tidak menumpukan pada kereta buatan China?

Ini dilakukan syarikat modifikasi kenderaan mewah dari Jerman, MANSORY dengan projek terbaharu Zeekr 9X.

Zeekr 9X by MANSORY

Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY

Langkah terbaharu MANSORY dalam memperkukuh portfolio kenderaan, menyaksikan pengenalan Zeekr 9X, sebagai model disasarkan untuk menguasai segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) ultra mewah global.

Pengasas MANSORY Design dan Holding GmbH, Kourosh Mansory berkata, potensi besar Zeekr 9X ialah platform terbaik untuk memperluas pengaruh jenama itu ke peringkat lebih tinggi.

Versi First Edition membuat debut di pameran Auto China 2026 di Beijing, dan apa yang menarik, Zeekr 9X turut dijadualkan memasuki pasaran Malaysia kelak.

Jika model China sebelum ini menyaingi jenama kebanyakan, Zeekr 9X pula dilihat mahu melangkah ke dunia elit seperti Rolls-Royce.

Sentuhan Gentian Karbon, Pintu ‘Suicide’

Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY

Rupa luaran Zeekr 9X menerima transformasi agresif melalui penggunaan komponen gentian karbon penuh seperti rekaebntuk lip depan baharu dengan logo MANSORY, dan lampu siang (DRL) bersepadu.

Profil sisi dan belakang turut dikemas kini dengan gerbang roda lebih lebar, skirt sisi baharu, dan spoiler bumbung lebih dominan.

Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY

Satu perincian teknikal paling menyerlah adalah modifikasi pintu belakang kepada jenis ‘Suicide Doors’.

Proses itu melibatkan kejuruteraan rumit, yang mana kedudukan engsel pada pilar-B perlu dipindahkan ke pilar-C tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan keharmonian rekabentuk asal.

Teknik itu adalah kesinambungan kepakaran yang pernah dipamerkan MANSORY pada model Mercedes G-Class pada 2022. Melengkapkan rupa luaran ialah rim tempa FT.19 saiz 10×24 inci yang dibalut tayar 295/30 R24.

Trenkuasa REEV, Prestasi Luar Biasa

Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY

Zeekr 9X di pasaran China ditawarkan dalam pilihan trenkuasa elektrik ekstender jarak (REEV) yang menggunakan enjin 4-silinder 2.0L turbo Geely berkuasa 279ps (205kW) sebagai generator kuasa sahaja.

Varian asas dilengkapi dwi- motor elektrik yang menghasilkan output kuasa 897ps (660 kW) dan tork 935Nm. Bagi projek MANSORY, varian Hyper dipilih sebagai asas yang menggunakan tiga motor elektrik, dan dilengkapi bateri Nikel Mangan Kobalt (NMC) 70kWj.

Pasukan jurutera MANSORY mengekalkan unit trenkuasa tanpa sebarang pengubahsuaian mekanikal, yang mana menghasilkan output kuasa keseluruhan 1,381ps dan tork 1,410Nm.

Zeekr 9X by MANSORY

Output sangat berkuasa itu membolehkan jentera memecut 0 – 100kmj sepantas 3.1 saat, manakala kelajuan maksimum 240kmj.

Bagi memberikan karakter bunyi lebih mantap, MANSORY memasang sistem ekzos berinjap dengan dua paip ekzos pada setiap sisi yang disepadu pada apron belakang gentian karbon.

Kemewahan Dalaman

Zeekr 9X by MANSORY

Dalam kabin, kemewahan ditonjolkan melalui penggunaan kulit penuh dengan gabungan dua warna. Keselesaan penumpang diutamakan menerusi kerusi elektrik dengan fungsi pengudaraan dan kehadiran peti sejuk di konsol tengah belakang.

Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY

Varian First Edition mendapat sentuhan istimewa pada panel pintu yang memaparkan garisan luar berlampu simbolik kepada lokasi global penting Zeekr, selain penggunaan komponen karbon pada segenap ruang dalaman.

Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Zeekr 9X by MANSORY
Bikin Auto Bikin Kereta MANSORY Roda4 Zeekr Zeekr 9X Zeekr 9X by MANSORY
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand โ€“ MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia โ€“ Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.