Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»#KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kereta nasional, PROTON memperluaskan barisan kenderaan elektriknya menerusi pengenalan Proton eMas 7 Premium Plus, iaitu varian baharu yang mengambil kedudukan sebagai model paling lengkap dalam keluarga eMas 7.

Model pemasangan tempatan (CKD) itu tampil dengan kapasiti bateri lebih besar, keupayaan pengecasan lebih tinggi serta beberapa ciri tambahan yang memfokuskan kepada keselesaan dan pengalaman pemanduan lebih premium.

Barisan eMas 7 Kini Terdiri Daripada Tiga Varian

Dengan kemunculan Premium Plus, pelanggan kini mempunyai tiga pilihan dalam rangkaian eMas 7:

  • eMas 7 Premium Plus – RM118,800
  • eMas 7 Premium – RM112,800
  • eMas 7 Prime – RM96,800

Harga yang diumumkan untuk Premium Plus turut disertakan beberapa manfaat tambahan seperti rebat tukar beli RM5,000, pengecas rumah 7kW percuma, penyesuai V2L, pelan data tanpa had selama lima tahun serta penutup ruang simpanan belakang.

Pek Bateri Baharu Tingkatkan Jarak Pemanduan

Perbezaan utama Premium Plus terletak pada penggunaan bateri berkapasiti 68.39kWh yang lebih besar berbanding unit 60.22kWh pada varian Premium.

Hasilnya, SUV elektrik itu mampu bergerak sehingga 450km berdasarkan kitaran WLTP, sekali gus menawarkan tambahan sekitar 40km berbanding Premium yang mencatatkan jarak maksimum 410km.

Motor Elektrik 218PS Masih Digunakan

Dari segi prestasi, Proton mengekalkan konfigurasi motor elektrik tunggal pada gandar hadapan yang menghasilkan kuasa 218PS dan tork 320Nm.

Namun, peningkatan kapasiti bateri menyebabkan berat keseluruhan kenderaan bertambah kepada 1,815kg. Oleh itu, masa pecutan 0-100kmj direkodkan pada 7.4 saat, sedikit perlahan berbanding Premium (7.1 saat) dan Prime (6.9 saat).

Sokong Pengecasan Pantas DC 115kW

Selain kapasiti bateri lebih besar, Premium Plus turut menerima peningkatan pada sistem pengecasan pantas DC yang kini menyokong sehingga 115kW.

Menurut Proton, proses pengecasan daripada 30 hingga 80 peratus masih boleh diselesaikan dalam kira-kira 20 minit. Untuk pengecasan AC 11kW pula, bateri memerlukan sekitar 6.7 jam bagi mencapai tahap 100 peratus daripada baki 10 peratus.

Lebih Selesa Dengan Fungsi Urutan, Penyandar Kaki

Bagi membezakan Premium Plus daripada varian lain, Proton menambah beberapa ciri eksklusif yang memberi fokus kepada keselesaan penumpang.

Antaranya termasuk fungsi urutan untuk tempat duduk hadapan yang turut dilengkapi sistem pengudaraan, selain penyandar kaki khas untuk penumpang hadapan bagi meningkatkan keselesaan ketika perjalanan jauh.

Kelengkapan Premium Dikekalkan

Varian tertinggi ini turut mengekalkan semua ciri yang ditawarkan pada Premium, termasuk fungsi memori untuk tempat duduk penumpang hadapan, cermin pandang belakang automatik anti-silau dan paparan Head-Up Display (HUD).

Sistem hiburan pula menggunakan set audio Flyme dengan 16 pembesar suara termasuk unit yang dipasang pada perehat kepala untuk pengalaman bunyi yang lebih menyeluruh.

Pakej Keselamatan ADAS Lengkap

Dari sudut keselamatan, Premium Plus hadir dengan pakej ADAS yang komprehensif.

Antara teknologi yang ditawarkan ialah Bantuan Mengelak Pelanggaran, Bantuan Pertukaran Lorong Aktif, Amaran Trafik Melintang Hadapan, Kawalan Kruis Adaptif Pintar, Brek Kecemasan Automatik, Bantuan Kekal Lorong Kecemasan, Amaran Pertukaran Lorong dan sistem pengecaman papan tanda jalan.

Enam Warna Luaran Ditawarkan

Pelanggan boleh memilih daripada enam pilihan warna badan iaitu Lithium White, Turquoise Green, Slate Grey, Platinum Silver, Quartz Rose dan Obsidian Black.

Untuk bahagian dalaman, dua pilihan tema disediakan iaitu Indigo Blue dan Alabaster White. Bagaimanapun, tema Alabaster White hanya tersedia untuk kombinasi warna Turquoise Green dan Quartz Rose bagi varian Premium serta Premium Plus.

Waranti Kenderaan Dan Bateri

Setiap pembelian Proton eMas 7 Premium Plus didatangkan dengan waranti kenderaan selama enam tahun tanpa had perbatuan.

Bagi komponen bateri voltan tinggi dan sistem berkaitan, Proton menawarkan perlindungan sehingga lapan tahun atau 160,000km, bergantung kepada mana yang dicapai terlebih dahulu.

kereta elektrik Pemasangan Tempatan (CKD) Proton Proton eMas 7 Premium Plus
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.