Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper
Auto Terkini

Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

Abang HirataBy Abang Hirata09/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BUAT pemilik Honda Civic, Mugen menambah pelbagai aksesori baharu yang akan diperkenalkan secara berperingkat menerusi pengedar Honda Cars dan rangkaian pengedar alat ganti Mugen di seluruh Jepun.

Barisan aksesori Mugen untuk Civic dibangunkan berasaskan konsep Dynamic & Sport, dengan fokus kepada pemilik yang menitikberatkan aspek gaya serta prestasi pemanduan.

Rangkaian produk yang ditawarkan merangkumi komponen luaran, prestasi serta utiliti yang menonjolkan identiti sport jenama itu.

Komponen Luaran Tampilkan Imej Hatchback Lebih Sporty

Bagi bahagian luaran, Mugen menawarkan beberapa komponen yang direka untuk menyerlahkan penampilan Civic hatchback.

Meskipun model ini tiada di Malaysia, anda masih boleh mendapatkannya melalui pengimport bebas.

Produk Mugen yang ditawarkan merangkumi Spoiler Bawah Depan (Front Under Spoiler), Skirt Sisi (Side Garnish) dan Spoiler Bawah Belakang (Rear Under Spoiler) yang menampilkan rekaan lebar serta memberikan imej seolah-olah membelah udara ketika bergerak.

Turut ditawarkan ialah Pelekat Jeruji Depan (Front Grille Decal) yang berfungsi sebagai elemen tambahan pada bahagian muka hadapan kenderaan.

Rim FS10 dan Komponen Prestasi Untuk Civic Petrol

Untuk kategori prestasi, Mugen menawarkan rim tempaan 18 inci FS10 yang dibangunkan dengan ciri ringan serta ketegaran tinggi.

Bagi model petrol (bukan e:HEV/hibrid), Mugen turut menawarkan beberapa komponen yang memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi pemanduan.

Antaranya ialah Performance Damper® (dari Yamaha) yang membantu menyerap getaran halus pada badan kereta sekali gus meningkatkan kestabilan pengendalian.

Selain itu, terdapat juga Sistem Ekzos Sukan Keluli Tahan Karat (Stainless Steel Sports Exhaust System) yang dibangunkan dengan penekanan terhadap bunyi ekzos yang lebih sport.

Mugen turut mengesahkan bahawa e:HEV Performance Damper® baharu untuk Civic terkini sedang dibangunkan. Tarikh pelancarannya akan diumumkan kemudian.

Aksesori Utiliti dan Dalaman

Selain komponen prestasi dan luaran, Mugen turut memperluaskan rangkaian produk yang serasi dengan Civic baharu menerusi pelbagai aksesori utiliti.

Antaranya termasuk Visor Angin (Ventilated Visors) yang membantu mengurangkan kemasukan udara luar sambil meningkatkan pengudaraan kabin.

Turut ditawarkan ialah Karpet (Sports Mats), Plat Pemijak Kaki (Scuff Plates) dan Pelindung Dalaman Pintu (Door Inner Protectors) yang membantu mengurangkan kesan kotoran serta calar ketika keluar masuk kenderaan.

Klik di sini untuk senarai aksesori Mugen.

Produk dan Harga Aksesori Mugen untuk Honda Civic

Komponen luaran

Spoiler Bawah Depan (Front Under Spoiler)

  • Berwarna: ¥99,000 (RM2,510.64)
  • Tanpa cat: ¥88,000 (RM2,231.68)

Skirt Sisi (Side Garnish)

  • Berwarna: ¥106,700 (RM2,705.91)
  • Tanpa cat: ¥101,200 (RM2,566.43)

Spoiler Bawah Belakang (Rear Under Spoiler)

  • Berwarna: ¥99,000 (RM2,510.64)
  • Tanpa cat: ¥93,500 (RM2,371.16)

Pelekat Jeriji Depan (Front Grille Decal)

  • Black / Red: ¥19,800 (RM502.13)

Komponen prestasi

Rim Aluminium Tempa 18 Inci “FS10” (Forged 18 inch Aluminum Wheel FS10)

  • Flat Black Mirror Face: ¥143,000 sebuah (RM3,626.48 sebuah)

Penyerap Hentak Prestasi (Performance Damper®)

  • Untuk model petrol dan RS;
    • Set depan dan belakang: ¥132,000 (RM3,347.52)

Penyerap Hentak Prestasi e:HEV (e:HEV Performance Damper®)

  • Sedang dibangunkan, harga belum diumumkan

Sistem Ekzos (Stainless Steel Sports Exhaust System)

  • Ekzos sport keluli tahan karat: ¥297,000 (RM7,531.92)

Komponen utiliti dan dalaman

Visor Angin (Ventilated Visors)

  • Set empat pintu: ¥36,300 (RM920.57)

Karpet (Sports Mats)

  • Set lima keping, Black×Red / Red: ¥56,100 (RM1,422.70)

Plat Pemijak Kaki (Scuff Plates)

  • Set empat keping, Black / Black×Red: ¥22,000 (RM557.92)

Pelindung Dalaman Pintu (Door Inner Protectors)

  • Set empat keping: ¥16,500 (RM418.44)
Honda Honda Civic Mugen
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.