Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!
Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

Abang HirataBy Abang Hirata22/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ducati Multistrada V4 Rally DFM

PELANGGAN yang mahukan unit kustom Ducati Multistrada V4 Rally kini boleh mendapatkannya bawah program Ducati Factory Made (DFM).

Pelancaran program DFM untuk varian V4 Rally adalah langkah terbaru selepas pengenalan program sama pada siri Multistrada V4 sebelum ini.

Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM

Ducati Multistrada V4 Rally direka khas buat penunggang jelajah jarak jauh dengan spesifikasi utama seperti kapasiti tangki bahan api 30 liter dan sistem suspensi Adaptive DSS EVO dengan jarak travel panjang.

Model itu juga menumpukan kepada tahap keselesaan tinggi dan keupayaan mengendali pelbagai jenis permukaan rupa bumi off-road.

Melalui program DFM, pelanggan berpeluang memiliki motosikal idaman yang dibina secara kustom terus dari kilang di Borgo Panigale, Itali.

Proses pemasangan di barisan pengeluaran kilang memastikan tahap keseragaman dan piawaian mutu yang tinggi selaras proses rasmi Ducati.

Pilihan Warna, Estetik Luaran

Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM

Program DFM memberi kebebasan kepada pelanggan untuk menempah pelbagai elemen teknikal dan estetik mengikut cita rasa sendiri, bermula pilihan warna badan.

Terdapat koleksi Icons yang melambangkan tradisi Ducati dan siri Style dengan kemasan berkilat yang menyerlahkan elemen moden serta elegan.

Kepada mereka yang mahukan sentuhan lebih eksklusif, koleksi Sophistication menawarkan pilihan warna jenis kusam (matt).

Selain itu, liveri Ducati Performance memberikan penampilan lebih teknikal, manakala liveri Ducati Corse menggunakan warna terang bertemakan perlumbaan untuk membawa identiti sport tulen pada jentera jelajah itu.

Antara pilihan warna paling eksklusif ditawarkan adalah daripada siri Automobili Lamborghini Ad Personam, membabitkan warna Viola Pasifae, termasuk Arancio Xanto dan Blu Uranus.

Komponen Teknikal, Kemasan Kustom

Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM

Bahagian subfrem belakang kini boleh didapati dalam pelbagai kemasan termasuk pilihan material titanium.

Penggunaan titanium membolehkan komponen tersebut lebih ringan, tetapi tetap mempunyai kekuatan struktur tinggi, sekali gus menjadikan setiap unit motosikal lebih unik.

Pilihan roda berjejari juga ditawarkan dalam tiga varian berbeza.

Ducati Multistrada V4 Rally DFM

Bagi sistem brek, pelanggan boleh menempah kaliper Brembo Stylema yang tersedia dalam pelbagai pilihan warna.

Program itu turut menawarkan konfigurasi tambahan membabitkan pelbagai pilihan pelana dan pakej aksesori bagi memberikan peluang kepada pelanggan untuk menyesuaikan motosikal mengikut keperluan kembara dan gaya peribadi.

Proses konfigurasi lengkap Ducati Multistrada V4 Rally DFM boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Ducati.

Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM
Ducati Multistrada V4 Rally DFM
DFM Ducati Ducati Factory Made Ducati Factory Made (DFM) Ducati Multistrada Ducati Multistrada V4 Rally Motosikal Advencer Ducati Multistrada V4 roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.