Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6
Bikin Auto

#BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build Tunjuk Keupayaan Overlanding dengan Enjin 3.8L V6

Abang HirataBy Abang Hirata05/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Frontier Ultimate Build 2026

NAMA Frontier bukan asing di pasaran tempatan dan pernah digunakan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan sebelum ini. Frontier tidak terhad kepada SUV, tetapi lebih banyak digunakan sebagai trak pikap.

Nissan Frontier terbaharu di Amerika Syarikat (AS) pula bukan kembar kepada Navara (sejak generasi ketiga, bermula 2021) dan dibangunkan khas dengan enjin bersesaran besar – 3.8L V6.

Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026

Terbaharu, Nissan Frontier dipilih sebagai platform untuk projek Ultimate Build dalam acara Overland Expo 2026.

Projek tahunan itu menggunakan Nissan Frontier PRO-4X sebagai asas yang diubah suai menjadi jentera redah hutan (overlanding) lengkap untuk pengembaraan off-road dan perkhemahan jarak jauh.

Nissan Frontier Ultimate Build 2026

Naib Presiden Perancangan Produk Nissan AS dan Kanada, Marco Fioravanti berkata, Frontier sememangnya sesuai dijadikan asas kenderaan overlanding kerana Nissan mempunyai sejarah panjang menghasilkan kenderaan lasak dan berkeupayaan off-road.

Beliau turut menjelaskan, Nissan Frontier PRO-4X sudah dibina untuk kerja berat dan mampu mengharungi pelbagai permukaan mencabar terus dari kilang.

Nissan juga memaklumkan 92 peratus Frontier yang dijual sepanjang sedekad lalu masih berada atas jalan raya, sekali gus memberi keyakinan terhadap tahap ketahanan model tersebut.

Debut Overland Expo West 2026

Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026

Nissan Frontier Ultimate Build membuat penampilan awam pertama di acara Overland Expo West 2026 yang berlangsung 15 – 17 Mei lalu di Flagstaff, Arizona, AS.

Selepas itu, model tersebut akan ditayangkan di beberapa lagi acara Overland Expo, perhimpunan industri automotif dan sesi pemanduan media.

Lengkap dengan Aksesori Overlanding

Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026

Bagi menyediakan Nissan Frontier untuk penggunaan overlanding, Overland Expo menambah pelbagai komponen aftermarket dan aksesori khas. Antara komponen dipasang ialah:

Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
  • Pelindung batu (rock slider) NISMO
  • Sistem winc tugas berat
  • Lampu tambahan
  • Kamper pop-up dipasang pada ruang kargo belakang
  • Pelbagai aksesori overlanding lain

Trenkuasa

Nissan Frontier menggunakan enjin petrol aspirasi natural (NA) 3.8L V6 yang menghasilkan output kuasa 310hp dan tork 381Nm.

Nissan mendakwa enjin tersebut ialah enjin NA V6 paling berkuasa dalam kelas, yang turut dibina di AS, termasuk menjalani ujian ketat bagi memastikan prestasi dan ketahanan dalam pelbagai situasi pemanduan.

Keupayaan Off-Road Frontier PRO-4X

Nissan Frontier Ultimate Build 2026

Nissan Frontier PRO-4X dilengkapi beberapa komponen khas untuk kegunaan off-road. Antaranya ialah suspensi Bilstein, plat pelindung bawah badan, rim aloi kelabu satin 17 inci dengan tulisan Lava Red dan tayar Hankook Dynapro AT2.

Model itu turut menerima kunci diferensial belakang elektronik (eLSD) bagi membantu pemanduan di permukaan mencabar.

Selain itu, Nissan Frontier PRO-4X turut ditawarkan dengan sistem Monitor Pandang Keliling Pintar (IAVM) berserta Mod Off-Road yang boleh digunakan ketika kenderaan bergerak sehingga 19kmj.

Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Nissan Frontier Ultimate Build 2026
Bikin Auto Bikin Kereta Nissan nissan frontier Nissan Frontier Ultimate Build Overland Expo 2026 Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.