Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MINI John Cooper Works Electric, MINI John Cooper Works Aceman 2025 dengan Kuasa Lebih Tinggi!
Roda4

MINI John Cooper Works Electric, MINI John Cooper Works Aceman 2025 dengan Kuasa Lebih Tinggi!

Abang HirataBy Abang Hirata22/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMINAT MINI generasi baharu boleh bergembira kerana siri famili model ikonik itu sudahpun memasuki pasaran tempatan, termasuk model baharu Aceman.

MINI Cooper petrol dan elektrik, Cooper S, Countryman petrol dan elektrik, semuanya sudah ada dan selepas Aceman, Cooper 5-Door pula bakal memasuki pasaran.

Jarak pengenalan global dan pasaran tempatan tidak terlalu jauh dan membolehkan pelanggan tempatan merasa apa yang baharu di luar sana.

Pelancaran MINI sebenarnya tidak henti-henti dari satu model ke satu model dan terkini versi yang dinanti-nanti iaitu John Cooper Works (JCW).

Bukan satu tetapi dua model serentak, iaitu MINI John Cooper Works Electric dan MINI John Cooper Works Aceman.

Pengenalan ini adalah kesinambungan kepada tradisi lama. Lebih 60 tahun lalu, pereka kereta sport, John Cooper membangunkan Mini klasik versi sporti dan ekstrem dan tanpa menunggu lama mencatat kejayaan di litar dan medan rali.

Status Mini terpahat dengan tiga kemenangan keseluruhan Rali Monte Carlo pada tahun 60-an.

Dari segi prestasi, kedua-dua MINI John Cooper Works Electric dan MINI John Cooper Works Aceman memiliki output sehingga 190 kilowatt (kW) atau 258 kuasa kuda (hp) dan 350Nm.

Pecutan MINI dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) memerlukan 5.9 saat manakala Aceman dalam 6.4 saat. Kelajuan maksimum mencecah 200 km/j.

Bateri dengan kapasiti 54.2 kilowatt-jam (kWj) membantu MINI bergerak sehingga 371 km dan sehingga 355 km untuk Aceman.

Perbandingan Kuasa MINI Cooper dan MINI Aceman dengan bateri 54.2 kWj:

Cooper SE
  • Kuasa 160 kW (218 hp), 330Nm.
  • Pecutan 0 – 100 km/j dalam masa 6.7 saat.
  • Jarak pemanduan 402 km.
Aceman SE
  • Kuasa 160 kW (218 hp), 330Nm.
  • Pecutan 0 – 100 km/j dalam masa 7.1 saat.
  • Jarak pemanduan 406 km.

Selain kuasa dari pedal, pemandu juga boleh menikmati tambahan kuasa elektrik 20 kW melalui mod go-kart dan dihidupkan dengan menekan pedal boost pada stereng.

Kuasa itu boleh digunakan untuk memotong atau sekadar berseronok. Suspensi dengan tetapan khusus JCW memaksimumkan fiil go-kart dan memastikan pengendalian yang lincah.

Tayar berprestasi dan cengkaman tinggi siap dipasang dari kilang. Kaliper brek warna Chili Red dan logo JCW warna putih menaikkan lagi aura kereta.

Dari segi rekaan, dari jauh identiti JCW sudah menonjol dan boleh dilihat pada bampar, skirt sisi dan paling ketara spoiler belakang.

Rekaan roda yang dioptimumkan secara aerodinamik ditawarkan secara eksklusif untuk MINI John Cooper Works Electric berukuran 18 inci dan 19 inci untuk MINI John Cooper Works Aceman.

Bahagian dalam  membawa identiti JCW melalui permainan warna hitam dan merah. Kerusi depan dibalut kulit tiruan warna hitam dan fabrik rajutan berwarna-warni di bahu dan jahitan aksen merah.

Dua tawaran ini mengembangkan lagi model JCW. MINI terlebih dahulu memperkenalkan JCW Countryman dengan enjin 2.0 liter turbo, MINI Countryman S ALL4 Sport Trim dengan kit John Cooper Works dan MINI Cooper SE John Cooper Works Trim.

MINI John Cooper Works Electric 2025
MINI John Cooper Works Aceman 2025

MINI John Cooper Works Electric dan MINI John Cooper Works Aceman 2025:

John Cooper Works Mini MINI Aceman Mini Cooper MINI John Cooper Works Aceman MINI John Cooper Works Electric Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.