Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MINI Countryman (2024) Diperkenal dalam pilihan EV dan ICE!
Roda4

MINI Countryman (2024) Diperkenal dalam pilihan EV dan ICE!

Abang HirataBy Abang Hirata22/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK hanya menjual kereta kecil, MINI turut menawarkan model praktikal seperti Clubman dan Countryman. Daripada dua model itu, Countryman menyerlah dengan saiz lebih besar dan berada dalam segmen crossover.

Selepas enam tahun di pasaran, Countryman generasi kedua diperkenal pada 2016 dengan saiz badan lebih besar berbanding generasi pertama.

Kini tiba giliran MINI Countryman generasi ketiga diperkenal di Munich, Jerman. Buat kali pertama, Countryman ditawarkan dengan trenkuasa elektrik dan enjin pembakaran dalaman (ICE). Ini satu tawaran menarik pada era kebangkitan kenderaan elektrik (EV) masa kini.

Sama seperti sebelum ini, MINI Countryman semakin membesar dengan tambahan ketinggian 60mm dan 130mm lebih panjang.

MINI Cooper SE vs MINI Countyman (kanan).

MINI Countryman (2024) elektrik ditawarkan dalam dua varian prestasi: E dan SE ALL4, manakala model ICE dalam tiga varian: C, S ALL4 dan JCW ALL4.

Pelanggan di Britain ada tiga pilihan kemasan, iaitu Classic, Exclusive dan Sport. Dari segi rekabentuk pula, selain saiz yang membesar, MINI Countryman (2024) masih mengekalkan identiti jenama itu.

Bahagian depan menyerlah dengan gril berbentuk oktagon dan sensor radar kecil yang dipasang sekata sebagai ciri teknologi pemanduan automasi Tahap 2 dan pertama bagi model MINI.

Countryman Sport membawa pengaruh permotoran MINI dengan bampar depan dan belakang berbeza, termasuk skirt sisi dan spoiler. Frem gril dan logo berwarna hitam kilat, dan pelanggan boleh memesan bumbung Chili Red dan grafik merah-hitam pada bonet.

Ruang kabin MINI Countryman (2024) tampil dalam gaya minimalis model klasik MINI. Paling menyerlah ialah unit infotainmen bulat besar pada papan pemuka dan suis jenis togol di bawah.

Paparan OLED dengan diameter 240mm menggunakan sistem operasi MINI OS 9 yang mana semua fungsi kenderaan boleh diakses secara sentuhan atau arahan suara. Fungsi Pembantu Peribadi Pintar MINI boleh diaktifkan menggunakan arahan ‘Hey MINI’ atau punat stereng.

Bahagian atas skrin memaparkan maklumat seperti spidometer dan status bateri, manakala bahagian bawah menempatkan akses navigasi, media, telefon dan suhu.

Satu lagi fungsi menarik ialah lapan mod MINI Experience, iaitu Core, Green, Go-Kart, Personal, Vibrant, Timeless, Trail dan Balance.

Dalam mod Go-Kart, DNA perlumbaan MINI menyerlah dengan paparan dan ruang kabin bertukar warna kelabu dan merah. Paparan analog untuk dinamika pemanduan dipengaruhi John Cooper Works (JCW).

Selain itu, respons suspensi dan terotel dioptimum untuk pemanduan sporty, manakala karakter stereng dan kawalan traksi boleh dibuat mengikut pilihan peribadi.

Tambahan dimensi memberikan pemandu dan penumpang ekstra ruang yang lebih selesa dengan bahagian bahu dan siku hampir 30mm lebih lebar. Ruang penumpang belakang bertambah 25mm.

MINI Countryman versi ICE pula, pelanggan boleh mendapatkan varian dengan kerusi belakang boleh laras hingga 130mm untuk ruang kaki atau bagasi lebih luas.

Penyandar kepala boleh laras terpisah dengan enam posisi hingga 12º. Lipatan kerusi belakang secara rata dapat menambah ruang daripada 460 liter kepada 1,450 liter.

MINI Countryman EV (2024) mempunyai ruang tambahan lantai untuk simpanan alat pengecas. Berikut perincian kuasa dan harga:

MINI Countryman E

  • Bateri 64.7kWj dan motor elektrik tunggal dengan output kuasa 150kW (204hp) dan tork 250Nm.
  • Jarak pemanduan 462km mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 8.6 saat, manakala elajuan maksimum 169kmj.
  • Harga £41,500 (RM243,800).

MINI Countryman SE ALL4

  • Bateri 64.7kWj dan dwi-motor elektrik dalam sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Output kuasa 230kW (313hp) dan tork 494Nm.
  • Jarak pemanduan 433km.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.6 saat, manakala kelajuan maksimum 178kmj.
  • Harga £46,600 (RM273,760).

MINI Countryman (2024) versi EV ini boleh dicas menggunakan pengecas biasa (AC) 22KW, atau pengecas pantas (DC) 130kW dengan tambahan tenaga 10-80 peratus bawah 30 minit (pengecas DC).

MINI Countryman (2024) versi ICE pula dibahagikan kepada tiga varian:

MINI Countryman C

  • Output kuasa 170hp, dan tork 280Nm
  • Sistem pacuan roda depan (FWD)
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 8.3 saat, manakala kelajuan maksimum 212kmj
  • Harga £28,500 (RM167,430)

MINI Countryman S ALL4

  • Output kuasa 218hp, dan tork 360Nm
  • Sistem pacuan semua roda (AWD)
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.1 saat, manakala kelajuan maksimum 228kmj
  • Harga £33,900 (RM199,150)

MINI Countryman JCW ALL4

  • Output kuasa 300hp, dan tork 400Nm
  • Sistem pacuan semua roda (AWD)
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.4 saat, manakala kelajuan maksimum 249km/j
  • Harga £39,900 (RM234,410)

BACA >>> DTC Motors Hadiahkan MINI Clubman JCW untuk Bell Ngasri, Harga Lebih RM200k!
BACA >>> MINI Countryman Blackheath Edition Debut Asean di Malaysia, Harga RM254k

MINI Countryman SE ALL4 (2024)
MINI Countryman SE ALL4 dan MINI Cooper SE (2024)
Tiga generasi MINI Countryman
#Advance2Langkawi Kenderaan Elektrik (EV) Mini Mini Countryman MINI Countryman (2024) MINI Elektrik Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.