Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MINI Clubman Baharu – Harga Bermula RM203,888 Hingga RM253,888
Roda4

MINI Clubman Baharu – Harga Bermula RM203,888 Hingga RM253,888

Abang GYLBy Abang GYL24/04/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MINI Clubman 2016MINI Malaysia menambah ahli keluarga baharu menerusi pengenalan MINI Clubman baharu dengan menjanjikan pemanduan menyeronokkan, karisma premium dan versatil.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu MINI Cooper Clubman dan MINI Cooper S Clubman, masing-masing dijual pada harga RM203,888 dan RM253,888.

HARGA (Atas jalan tidak termasuk insurans)

  • MINI Cooper Clubman – RM 203,888.00
  • MINI Cooper S Clubman – RM253,888.00

8 WARNA MENARIK

  1. Perak (Melting Silver)
  2. Merah (Pure Burgundy)
  3. Putih (Pepper White)
  4. Hitam (Midnight Black)
  5. Kelabu (Moonwalk Grey)
  6. Biru (Deep Blue)
  7. Hijau (British Racing Green)
  8. Kelabu (Thunder Grey) – Bagi varian MINI Cooper S Clubman

MINI Clubman 2016PRESTASI

MINI Cooper Clubman hadir bersama enjin 3-silinder sebaris bersesaran 1.5L yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 136hp dan tork 220Nm.

Pecutan sifar hingga 100kmj mampu dibuat sepantas 9.1 saat dengan kelajuan maksimum 205kmj. Penggunaan purata bahan api cuma 5.4L bagi setiap 100km.

MINI Clubman 2016Varian MINI Cooper S Clubman pula dipadankan dengan enjin MINI TwinPower Turbo 4-silinder bersesaran 2.0L.

Hasil bantuan transmisi Steptronic 8-kelajuan, model ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 192hp dan tork puncak 280Nm. Pecutan 0 hingga 100kmj dapat dibuat dalam masa 7.1 saat dengan kelajuan maksimum 228kmj, manakala penggunaan bahan api hanya 5.9L bagi setiap 100km.

MINI Clubman 2016LUARAN

Untuk makluman, MINI Clubman baharu adalah satu-satunya kenderaan enam pintu dalam segmennya dan hadir bersama rekaan signatur – pintu belakang terpisah dikekalkan.

Karakter matang MINI Clubman baharu diserlahkan menerusi dimensi lebih besar berbanding model terdahulu. Dengan rekaan lebih sofistikated, MINI Clubman baharu kini bersaiz panjang 4,253mm, lebar 1,800mm dan tinggi 1,441mm.

MINI Clubman 2016Satu lagi ciri utama MINI Clubman baharu ialah pancaran lampu logo MINI ke jalan. Lampu itu akan menyala selama 20 saat setiap kali pemandu membuka atau mengunci kereta. Menarik?

Model ini juga dilengkapi lampu utama dan lampu kabus LED. Dari segi pilihan rim pula, varian MINI Cooper dipasangkan rim aloi ringan Net Spoke berwarna perak bersaiz 17-inci manakala varian MINI Cooper S tampil dengan rim aloi ringan Star Spoke berwarna hitam bersaiz 18-inci. Kedua-dua varian didatangkan dengan tayar jenis run-flat.

MINI Clubman 2016DALAMAN

Ruang dalaman hadir bersama satu panel instrumen dan bingkai fascia kokpit yang besar.  Antara ciri-ciri baharu lain termasuklah brek parkir elektrik, sistem pendingin hawa dua zon dan cermin pandang belakang anti silau automatik.

Bukan itu sahaja, MINI Cooper S Clubman baharu dipasang dengan tempat duduk boleh laras secara elektrik bersama fungsi memori.

MINI Clubman 2016
MINI Clubman 2016

JAMINAN

MINI Clubman baharu hadir bersama jaminan empat tahun tanpa had perbatuan. Selain itu, servis berjadual percuma turut diberikan selari dengan sistem Servis Berasaskan Kondisi (Condition Based Service).

Berminat nak beli? Kunjungi saja bilik pameran MINI berdekatan anda.

BMW Kompak MINI Clubman 2016 MINI Clubman Baharu Mini Cooper MINI Cooper Clubman MINI Cooper S Clubman Mini Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.