Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MForce Lancar Skuter WMoto ES250i (2022), Harga Mula RM13.8k!
Auto Terkini

MForce Lancar Skuter WMoto ES250i (2022), Harga Mula RM13.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MFORCE Bike Holdings meluaskan tawaran skuter dengan pelancaran model terbaharu WMoto ES250i (2022) ke pasaran tempatan. Harga jualan asas skuter berkenaan ialah RM13,888.

Ada 3 pilihan warna disediakan iaitu Midnight Blue (biru), Slate Grey (kelabu) dan Fiery Red (merah) dan model pemasangan tempatan itu dijangka berada di bilik pameran pengedar di seluruh negara bermula esok. Berikut ialah perinciannya:

REKABENTUK

  • Desain dan panel badan menggunakan material berkualiti dan ada beberapa struktur memaparkan rekabentuk corak gentian karbon iaitu pada bawah lampu projektor dan sisi skuter.
  • Visor angin berwarna hitam dan tidak boleh laras kadar ketinggian. Ada satu slot USB disediakan di ruang simpanan barang di bawah hendal kiri.
  • Madgad depan sama warna dengan badan skuter. Madgad belakang berwarna hitam dan ada frem besi sebagai struktur sokongan pada ekor belakang serta pemegang nombor plat.
  • Pelana dengan balutan material kesat untuk mengurangkan risiko kejadian penunggang dan pembonceng menggelongsor ke depan ketika brek mengejut.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

  • Pelana sebenarnya mendapat sentuhan baharu iaitu pad memisahkan penunggang dan pembonceng sudah ditanggalkan untuk memberi keselesaan lebih baik semasa tunggangan. Bar pembonceng pula jenis terpisah.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

  • Tempat letak kaki penunggang agak terbatas. Peg kaki jenis boleh lipat disediakan untuk kegunaan pembonceng.

SISTEM LAMPU

  • Lampu utama jenis projektor berkembar dengan lampu siang (DRL) pada bahagian atas. Lampu signal depan diposisikan di bawah lampu utama, antara panel depan dan sisi iaitu bersebelahan batang fork.
  • Lampu belakang membabitkan gabungan lampu brek dan lampu signal belok. Semua lampu digunakan jenis LED. Ada lampu putih untuk pencahayaan di atas nombor plat belakang.
  • Dilengkapi ciri butang lampu kecemasan dan suiz kawalan diposisi pada konsol kanan bar hendal.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?

SISTEM KEKUNCI

  • Menggunakan sistem kekunci rotari dengan alat kawalan jauh. Sistem kekunci itu mempunyai latar cahaya hijau.
  • Ada dua butang di bawah tombol rotari iaitu masing-masing satu untuk membuka pelana dan membuka tempat isian minyak petrol.
  • Alat kawalan jauh pula ada fungsi cari lokasi skuter iaitu apabila butang ditekan, lampu signal skuter akan berkelip. Bagaimanapun, ia tidak didatangkan dengan ciri nada bunyi.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal

TANGKI MINYAK

  • Tempat isian minyak petrol diposisi antara pelana dan hendal skuter. Penutup tangki minyak ada indikator menandakan sama ada ia ditutup rapat atau tidak.
  • Jika melihat petanda merah, penutup belum dikunci rapat atau masih longgar. Petanda hijau gelap pula mengesahkan ia sudah ditutup rapat. Lihat foto di bawah:
  • Tangki minyak sebesar 12 liter menawarkan jarak tunggangan sehingga 300km jika mengekalkan kelajuan kekal 80kmj hingga 100kmj).
  • Perlu diingatkan, kadar itu agak subjektif kerana dipengaruhi cara tunggangan (perahan terotal), berat penunggang dan muatan, cuaca dan jenis permukaan jalan (berbukit atau landai).

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jimat Minyak Paling Mudah, Berkesan!

INSTRUMEN METER

  • Gabungan paparan analog dan digital. Meter analog merangkumi spidometer dan takometer. Skrin digital LCD latar putih memaparkan maklumat termasuk spidometer, suhu, jam, odometer, trip perjalanan, baki paras bahan api dan Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS). Ada dua butang kecil bawah skrin digital, sebelah kanan untuk menyelaras jam dan fungsi lain.
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/03/meter-wmoto-es250i.mp4
  • Jika butang kedua (sebelah kanan) ditekan lebih 3 saat, paparan spidometer digital akan bertukar dari KMJ kepada MPH (batu sejam) dan sebaliknya.
  • Perubahan juga berlaku pada paparan jarak odometer dan format suhu Celsius (Cº)bertukar kepada Fahrenheit (Fº)
  • Tiada petunjuk kuasa bateri skuter atau alat kawalan jauh dipapar pada skrin.

TPMS

  • TPMS dipapar pada sebelah kiri dan kanan ikon skuter pada skrin meter digital (bahagian atas,) semasa memusingkan tombol kekunci untuk menghidupkan aliran kuasa bateri skuter.
  • TPMS dipasang pada rim dan berada di dalam tayar (foto atas, kanan).
  • Sumber memberitahu, jika tekanan angin rendah, satu ikon akan dipamer tanpa berkelip pada skrin.

TRENKUASA

Model Keeway Vieste 300
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 244.3cc SOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api, menghasilkan kuasa 21hp @ 8,500rpm dan tork 21Nm pada 6,500rpm.
  • Transmisi jenis CVT dengan penggunaan tali sawat. Trenkuasa patuh piawaian Euro4 itu dilengkapi butang penghidup enjin. Kelajuan maksimum dianggarkan 135kmj.
  • Kulit trenkuasa memaparkan jenama Keeway. Sumber memberitahu enjin itu sama seperti Keeway Vieste 300 dan Aprilia SR300 tetapi dikecilkan semula kapasiti dengan perubahan spesifikasi untuk disesuaikan bawah segmen 250cc di Malaysia.

SPESIFIKASI LAIN

  • Sistem suspensi membabitkan fork teleskopik dan absober berkembar boleh laras 5-tahap jenama KYB.
  • Sistem brek terdiri daripada cakera tunggal (240mm depan, 240mm belakang) dengan padanan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Rim skuter 13 inci dengan saiz tayar 110/70 depan dan 130/70 belakang.
  • Dimensi: 1,955mm panjang x 740mm lebar x 1,155mm tinggi. Jarak roda pula 1,385mm.
  • Tempat duduk setinggi 770mm, jarak lega bumi 135mm, berat 147kg.

BACA >>> SYM Husky ADV (2022) Lancar, Bakal Cabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?

MForce Bike Holding Sdn Bhd roda2 Skuter 250cc WMoto ES250i (2022)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

    26/05/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.