• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / SYM Husky ADV (2022) Lancar, Bakal Cabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i

SYM Husky ADV (2022) Lancar, Bakal Cabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i

December 6, 2021 By Azhan O 1 Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POPULARITI skuter advencer, terutama di pasaran Asia dan Asean memberikan motivasi untuk SYM melancarkan Husky ADV (2022) di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021.

Dengan enjin 150cc, Husky ADV (2022) akan menjadi saingan kepada Honda ADV 150 atau WMoto Xtreme 150i. Mari kita perincikan spesifikasi skuter advencer dari Taiwan ini:

BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
BACA >>> #TunggangUji: Wmoto Xtreme 150i - Skuter Gaya Unik dengan Prestasi Sederhana

  • Mengetengah rekabentuk yang menarik mata memandang dengan garis badan agresif dan bersegi. Rupa depan direka cukup maskular mengikut trend skuter advencer masa kini dengan kehadiran lampu siang (DRL) LED sebagai ciri keselamatan untuk meningkatkan kejelasan ketika menunggang.
  • Lampu belakang juga jenis LED dengan diberikan kemasan ala gentian karbon pada madgad.

  • Menampilkan panel meter LCD TFT dengan tahap kecerahan automatik mengikut kondisi cahaya sekeliling yang memudahkan penunggang melihat maklumat paparan.
  • Dipadukan sistem gantungan enjin antiangkat (ALEH) yang berfungsi mengurangkan berat ketika memecut, sekali gus meningkatkan keselamatan jentera.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan absorber tunggal yang dipasangkan melintang, sama seperit MaxSym 508. Rekabentuk begini jarang digunakan pada skuter sesaran kecil.
  •  Sistem brek menggunakan brek cakera 260mm dan brek cakera belakang 233mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci dwi-saluran sebagai standard.
  • Tinggi pelana 780mm yang sesuai untuk majoriti penunggang Asia.

  • Bahagian roda menggunakan rim tempa 13 inci dengan tayar 120/70 di depan dan 130/70 (belakang). Biasanya skuter advencer dipasangkan rim jejari, tetapi model ini menggunakan rim tempa kerana SYM mahukan pemiliknya menyukai rekabentuk skuter advencer seperti Huskly ADV ini.
  • Kapasiti tangki minyak 15 liter untuk skuter 150cc boleh dianggap spesial yang biasanya ada pada skuter 500cc.
  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 150cc SOHC berkuasa 14.4hp @ 7,500rpm dan tork 14.5Nm @ 6,000rpm. Kuasa dihasilkan menyamai Honda ADV 150 (14.6hp, 13.8Nm).
  • Sym belum mengumumkan harga Husky ADV yang dijangka memasuki pasaran Malaysia tahun depan. Honda ADV 150 di pasaran Malaysia dijual pada harga RM11,999. Mungkinkah lebih murah?

BACA >>> SYM MAXSYM TL Lancar di Malaysia, di Pusat Jualan Julai Ini, Harga RM35,888!
BACA >>> Skuter Advencer Aprilia SR GT (2022) Lancar

sym-husky-adv-2022-1
sym-husky-adv-2022-2
sym-husky-adv-2022-3
sym-husky-adv-2022-4
sym-husky-adv-2022-5
sym-husky-adv-2022-6
sym-husky-adv-2022-8
sym-husky-adv-2022-9

Artikel Berkaitan

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, EICMA 2021, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021, roda2, skuter advencer, SYM, SYM Husky ADV

Comments

  1. jimmy says

    April 27, 2022 at 10:04 AM

    why not this sym lancar sym husky ADV 150cc l am wait to buy

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my