• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / SYM MAXSYM TL Lancar di Malaysia, di Pusat Jualan Julai Ini, Harga RM35,888!

SYM MAXSYM TL Lancar di Malaysia, di Pusat Jualan Julai Ini, Harga RM35,888!

May 19, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


AKHIRNYA MForce Bike Holdings Sdn Bhd rasmi melancarkan skuter maksi MAXSYM TL ke pasaran tempatan yang dijual pada harga RM35,888, serentak bersama pelancaran model VF3i LE. Bagaimanapun, skuter pemasangan tempatan (CKD) ini dijadualkan berada di pasaran bermula Julai nanti.

MAXSYM TL ialah skuter dwi-silinder pertama SYM yang dijana enjin 465cc DOHCpenyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 40.2hp @ 6750rpm dan tork 42.5Nm @ 6250rpm. Dipacukan sistem pacuan rantai, hantaran kuasa skuter ini disalurkan menerusi kotak gear CVT. Skuter ni juga patuh emisi Euro4.

sym-maxsym-tl-malaysia-3
sym-maxsym-tl-malaysia-5

Agihan berat 50:50, jarak roda pendek dan absorber sebelah jenis multilink di belakang menawarkan prestasi pengendalian terbaik. Penampilan sporty dan saiz badan kompak tidak memerlukan kemasan kompleks, cukup dengan menawarkan  karakter tunggangan lincah dan agresif.

SYM MAXSYM TL_12
SYM MAXSYM TL_13

Diilhamkan daripada gaya superbike moden, skuter maksi ini dipadankan lampu utama dengan empat mentol LED untuk pencahayaan suluh tinggi lebih ketika menunggang malam. Lampu belakang pula menggunakan teknologi terkini dinamakan filem optikal LED untuk menyerlahkan identiti moden dan futuristik.

SYM MAXSYM TL_5
SYM MAXSYM TL_9

Lebih menarik, skuter ini menampilkan panel instrumen virtual TFT 4.5 inci auto malap dalam tiga paparan. Turut tersedia Sistem Brek Parkir (PBS) 2+1 dengan gabungan fungsi brek parkir. Ada juga palam USB QC 2.0 di depan untuk memudahkan penunggang mengecas telefon atau peranti pintar.

BACA >>> Kawasaki Motor Corporation Beli Saham Majoriti Modenas? Apa Sudah Jadi?

SYM MAXSYM TL_2
SYM MAXSYM TL_14

Dua storan khas di depan membolehkan pemilik menyimpan barangan kecil. Ruang bawah pelana mampu memuatkan satu helmet muka penuh, dan dua helmet muka terbuka (open face). Bukaan pelana jenis hidraulik memudahkan operasi buka dan tutup, manakala keselesaan tunggangan disokong fork teleskopik (depan) dan swingarm (belakang).

SYM MAXSYM TL_7
SYM MAXSYM TL_15

Bahagian roda menggunakan rim aluminium 15 inci dengan tayar 120/70 di depan dan 160/60 di belakang. Visor angin pula boleh dilaraskan dua tahap secara manual. Akhir sekali, sistem brek daripada jenis brek cakera 275mm yang dipadankan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan dan belakang.

Berminat?

BACA >>> #Spyshot: Kelibat SYM MAXSYM TL Dikesan di Pulau Pinang?

GALERI
Print
sym-maxsym-tl-malaysia-1
sym-maxsym-tl-malaysia-2
sym-maxsym-tl-malaysia-8
sym-maxsym-tl-malaysia-3
sym-maxsym-tl-malaysia-4
sym-maxsym-tl-malaysia-5
sym-maxsym-tl-malaysia-6
sym-maxsym-tl-malaysia-7
Print
Print
SYM MAXSYM TL_3
SYM MAXSYM TL_4
SYM MAXSYM TL_10
SYM MAXSYM TL_12
SYM MAXSYM TL_13
SYM MAXSYM TL_8
SYM MAXSYM TL_7
SYM MAXSYM TL_6
SYM MAXSYM TL_9
SYM MAXSYM TL_2
SYM MAXSYM TL_5
SYM MAXSYM TL_14
SYM MAXSYM TL_15
SYM MAXSYM TL_1

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, MForce Bike Sdn Bhd, roda2, skuter, skuter maksi, SYM, SYM MAXSYM TL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?
    #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my