Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Motor Corporation Beli Saham Majoriti Modenas? Apa Sudah Jadi?
Auto Terkini

Kawasaki Motor Corporation Beli Saham Majoriti Modenas? Apa Sudah Jadi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/04/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SABAR, bawa bertenang. Jangan terkejut selepas baca tajuk di atas. Sebenarnya agak lama kami simpan maklumat rahsia ini dan sekarang sudah tiba masa kami dedahkan serba sedikit sebelum semua jadi rasmi dalam masa terdekat. Bila? Kenalah tungguuu…

Modenas ditubuhkan pada 1995 dengan majoriti saham dipegang Kawasaki, Sojitz, Khazanah Nasional dan DRB-Hicom. Dek masalah kewangan dan jualan yang semakin merosot, Modenas khabarnya berdepan situasi sama seperti Proton.

BACA >>> #BikinMotor: Modenas V15 Jadi Fun Bike, Paduan Gaya Chopper, BMX dan Honda Dax

KAWASAKI TAMBAH PEMILIKAN SAHAM?

Kawasaki Motor Corporation yang sebelum ini memiliki pegangan saham 19 peratus bakal menambah pegangan saham dalam Modenas, tetapi DRB-Hicom masih kekal sebagai pemegang saham terbesar. Ia sama seperti mana pegangan saham Proton-Geely.

Mungkin selepas ini, operasi dan pengurusan akan diserahkan kepada Kawasaki Motor Corporation, ataupun sebaliknya. Ada kemungkinan juga pembelian saham itu membolehkan Modenas mendapat akses untuk model Kawasaki baharu. Ini kerana sebelum ini jika Modenas mahukan mana-mana model Kawasaki baharu, mereka perlu bayar caj awal tinggi bernilai jutaan ringgit.

Jika kerjasama itu terlaksana bagai dikata, persoalannya, apakah akan terjadi kepada usahasama sedia ada antara Bajaj dan Kymco? Pendapat kami, tiada isu pun kerana kita sendiri maklum Kawasaki India dan Bajaj sudah sedia menjalin kerjasama bantuan teknikal untuk meluaskan pengeluaran motosikal di sana.

Cuma apakah fokus segmen motosikal Modenas untuk pasaran tempatan nanti? Adakah Kawasaki Motor Corporation akan menumpukan kepada pembuatan motosikal bersesaran besar, manakala Bajaj memberikan fokus untuk model sesaran kecil? Menarik juga drama ini.

BACA >>> #BikinMotor: Pulsar NS200 Kena Sumpah Jadi Kawasaki Z1000

bajaj modenas Kawasaki Kawasaki Motor Indonesia Kawasaki Motor Malaysia (KMM) Modenas Modenas Kawasaki
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

    30/04/2026

    2 Comments

    1. Sufi on 16/04/2019 19:56

      Kawasaki masih boleh mencuba pasaran moped terutama 150cc.. Boleh jd pesaing pd yamaha y15zr.. Enjin kawasaki ninja 125cc ade potensi utk jd super moped 150cc klu btul cr promosinya serta bleh bersaing dlm cub prix.. Modenas dh ade bnyk pengalaman dlm cub prix racing.. Menarik utk masa dpn modenas

      Reply
    2. Senusi B.Osman on 17/09/2019 19:59

      Bila agaknya moped ini akan dilancarkan, xkira atas nama MODENAS ATAU PUN KAWASAKI.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.