• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Pulsar NS200 Kena Sumpah Jadi Kawasaki Z1000

#BikinMotor: Pulsar NS200 Kena Sumpah Jadi Kawasaki Z1000

November 19, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

11.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSAIGON tidak pernah mengecewakan penggemar dua roda. Ada saja bahan modifikasi terbaik dipaparkan di laman web permotoran dari Vietnam itu. Transformasi kali ini nampak sempurna dan ekstrem yang cukup menarik perhatian. Memulakan kehidupan sebagai Bajaj Pulsar NS200, model jenama India itu terus berubah menjadi sebuah mesin Jepun selepas melalui pembedahan plastik.

Karga agung itu bukan sekadar berubah dari segi kosmetik, tetapi bahagian mekanikal. Sekali pandang, siapa sangka itu bukan Kawasaki Z1000, tetapi Pulsar NS200. Trenkuasa 250cc menjalani proses rebore atau korek blok untuk meningkatkan kuasa enjin kepada 350cc.

Bajaj Pulsar NS200
Kawasaki Z1000

Sayangnya, tidak dinyatakan berapakah kuasa terbaharu model itu selepas dimodifikasi. Enjin 200c sedia ada mampu menghasilkan kuasa 23hp dan tork 18Nm dengan teknologi tiga palam pencucuh. Supaya dapat tampil seiras Z1000, bahagian rupa diserlahkan menerusi unit lampu depan kembar LED dengan visor pengadang angin dan paparan digital penuh Honda MSX125.

BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi BMW G310GS Versi Hornig dari Jerman

Pulsar NS200 itu turut menerima elemen tekstur gentian karbon pada bar hendal dan hujung. Tangki minyak diberi tambahan sambungan supaya tampak lebih berotot seperti tangki Z1000. Begitu juga kowl bawah direka semula dengan set pelindung radiator baharu.


Bahagian belakang turut diubah suai untuk mendapatkan hujung lebih tirus dengan lampu LED tiga penjuru. Walaupun tidaklah begitu sempurna, tetapi bentuk yang dihasilkan memang mirip Z1000. Penambahbaikan lain termasuk takungan minyak brek depan, set klac CRG boleh laras dan tuil brek serta ekzos original Austin Racing GP1R.

BACA >>> 4 Reviu Pantas | Modenas Dominar D400 vs Pulsar NS200 vs Kawasaki Z250

Tidak ketinggalan, tayar belakang dipertingkat daripada 130mm kepada 180mm untuk mendapatkan ekstra cengkaman selain menambah aspek estetika rupa, termasuk dipasangkan brek Brembo replika di depan!

GALERI

Artikel Berkaitan

11.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bajaj, bajaj modenas, Bajaj Pulsar NS200, bikinmotor, Kawasaki, Kawasaki Motor Malaysia (KMM), kawasaki z1000, Modifikasi, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kove 450RR Sedia Untuk Dihasilkan, Klon Ducati Panigale Yang Menyaingi Kawasaki ZX-4RR
    Kove 450RR Sedia Untuk Dihasilkan, Klon Ducati Panigale Yang Menyaingi Kawasaki ZX-4RR
  • TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!
    TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!
  • Menteri: Rakyat Boleh Mohon Terus Peruntukan Baiki Longkang Sumbat, Jalan Lubang Tak Lama Lagi!
    Menteri: Rakyat Boleh Mohon Terus Peruntukan Baiki Longkang Sumbat, Jalan Lubang Tak Lama Lagi!
  • Video Atuk Saga Potong Garis Kembar Nyaris Langgar Attrage
    Video Atuk Saga Potong Garis Kembar Nyaris Langgar Attrage

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my