Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

TalibBy Talib16/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM asas sistem brek kereta, kedudukan brek cakera terletak di depan dan brek dram di belakang.

Walaupun ramai kalangan kita sudah lama memandu, tetapi masih ramai juga yang tidak tahu kenapa jenis dan posisi brek berbeza digunakan. Kenapa tidak jadikan brek cakera sebagai ciri standard untuk keempat-empat roda pada semua jenis kereta? Ataupun guna saja brek dram untuk semua roda?

Kedua-dua sistem brek ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pemilihan gabungan sistem brek akan menghasilkan keupayaan kereta yang berbeza. Ramai tidak tahu keupayaan sistem brek hingga ada yang melakukan pengubahsuai di luar spesifikasi sepatutnya.

Artikel kali ini akan membincangkan mengenai kedudukan brek cakera di depan dan brek dram di belakang.

Sistem brek asasnya adalah ciri keselamatan paling penting bagi sesebuah kenderaan. Ada dua bahagian roda yang dipandu, iaitu depan dan belakang. Kedua-dua sistem brek itu ada fungsi dan kegunaan tersendiri, serta berkerja pada bahagian masing-masing.

Ia tidak boleh saling bergabung pada bahagian sama. Tiada pemisahan antara sebelah kanan atau kiri kerana sukar menyamakan tekanan brek.

PERBEZAAN KEUPAYAAN BREK IKUT JENIS, DAYA BREK

Keupayaan sistem brek antara cakera dan dram adalah berbeza. Sebabnya, apabila kita membrek, berat kereta akan terbahagi antara bahagian depan dan belakang atas faktor inersia kerana daya dari belakang akan menolak ke depan.

Impak inersia akibat hentaman atau membrek akan menyebabkan pemandu ditolak ke depan

Bagi memudahkan kefahaman tentang inersia, apabila membrek, badan kita akan cenderung beranjak ke depan. Lebih keras membrek, lagi laju kita ditolak ke depan. Inilah sebab kenapa tali keledar dicipta, untuk menahan daya inersia yang terhasil supaya penumpang tidak cedera akibat hentaman.

Dalam sistem brek (kita fokuskan kepada kereta pacuan roda depan), agihan berat adalah dalam nisbah 30:70, iaitu 30 peratus di belakang dan 70 peratus di depan.

Kereta prestasi menggunakan brek cakera di depan dan belakang kerana memerlukan daya henti lebih cekap dan kuat. Tetapi agihan berat kekal sama 30:70.

Mengenai keupayaan sistem brek, brek cakera memiliki daya tahan ke atas jumlah berat lebih besar, manakala daya tahan brek dram mudah merosot apabila menahan jumlah berat lebih besar. Inilah sebab kenapa brek cakera diletakkan di depan dan brek dram di belakang.

Sistem brek berfungsi dengan menukarkan tenaga kinetik (pergerakan) kepada haba yang akan menghentikan kereta. Jumlah berat tinggi bermakna tenaga kinetik juga tinggi. Perubahan tenaga ini akan menghasilkan haba yang tinggi.

Keupayaan menukar tenaga haba menjadi sejuk semula akan meningkatkan kecekapan sistem brek. Rekabentuk brek dram yang tertutup memerlukan lebih masa untuk sejuk semula. Sebaliknya, brek cakera pula lebih mudah sejuk dan mempunyai daya tahan lebih tinggi di depan. Secara rasional dan logik, pemilihan brek cakera lebih baik di depan.

GABUNGAN BREK CAKERA, BREK DRAM PALING EKONOMI

Jika mengambil kira faktor ekonomi, brek cakera lebih mahal daripada brek dram. Brek cakera memerlukan banyak komponen dan lebih lasak. Keseluruhan komponen itu adalah bagi memastikan sistem brek cakera memiliki ketahanan lebih tinggi untuk menghentikan kereta dengan cekap.

Brek cakera memerlukan komponen seperti rotor (cakera), pad brek, kaliper dan injap brek. Malah, keseluruhan sistem perlu sentiasa diperiksa dan diselenggara secara berkala bagi menjamin ketahanan jangka panjang dan kecekapan operasi.

Brek dram lebih murah berdasarkan jumlah komponen yang sedikit. Sebagai maklumat tambahan, penggunaan brek dram di belakang turut digabungkan bersama sistem brek parkir. Jadi, jika roda belakang menggunakan brek cakera, kos lebih tinggi diperlukan pengeluar kerana melibatkan sistem brek parkir.

Jadi sebagai pemandu, jika mahu menukar sistem brek sedia ada, anda perlu memikirkan pilihan antara penjimatan kos atau prestasi sistem brek. Jawapan paling selamat, gabungan sistem brek cakera dan brek dram adalah pilihan paling konsisten daripada pengeluar.

KESIMPULAN

Komponen sistem brek cakera
Komponen sistem brek dram

Seperti apa dibincangkan di atas, dapatlah kita simpulkan:

  • Brek cakera memerlukan komponen lebih banyak berbanding brek dram.
  • Brek cakera memerlukan kaliper sebagai pemegang dan bekerja mengikut kesediaan fungsi semua komponen.
  • Kecekapan sistem brek cakera untuk menyejuk adalah untuk menjaga rotor daripada bengkok dan rosak.
  • Brek dram tiada tambahan kaliper, dan segalabya dimuatkan dalam satu bekas dram.
  • Penggunaan silinder tekanan di bahagian enjin diperlukan bagi membantu sistem brek dram menahan tekanan tinggi.
  • Penggunaan komponen yang sedikit menyebabkan sistem brek dram lambat sejuk.

Faktor di atas sepatutnya sudah cukup untuk membantu pemahaman anda mengenai kombinasi brek pada sesebuah kenderaan. Kedudukan brek dram di belakang adalah lebih bersifat ekonomi, manakala brek cakera lebih kepada prestasi.

Pemandu yang mahukan prestasi membrek yang tinggi dan pengendalian lebih baik akan menggunakan sistem brek cakera untuk roda depan dan belakang. Faktor di atas juga menjadi alasan pengeluar kenderaan menggunakan kombinasi sistem brek cakera di depan dan brek dram di belakang untuk model kenderaaan tertentu berdasarkan spesifikasi produk dikeluarkan.

autotainment brek brek cakera brek dram Brek Kereta Posisi Brek Roda4 tahukah anda
Talib

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan Di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    03/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.