Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!
Roda4

Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!

Abang HirataBy Abang Hirata04/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL prestasi Mercedes memang luar biasa. Lihatlah Mercedes-AMG GT Black Series dengan rekabentuk tersendiri yang jelas bukan gaya tipikal. Dari luaran sudah terserlah kehebatan model ini.

Rekabentuk Mercedes-AMG GT Black Series mengambil ilham model lumba AMG GT3 dan tidak hairanlah kenapa begitu menyerlah seperti di litar. Berapakah pula kuasanya?

BACA >>> 6 Fakta Pantas: Mercedes-Benz C 200 AMG Line di Malaysia, Ansuran RM2.9k Sahaja

Coupe ini mampu meledakkan kuasa setinggi 730hp, dan tork 800Nm daripada enjin buatan tangan 4.0L V8 Bi-Turbo yang menjadikan angka itu sebagai enjin siri V8 paling berkuasa pernah dikeluarkan AMG. Daya pecutan 0-100kmj hanya perlu 3.2 saat, manakala kelajuan maksimum mencecah 323kmj.

Dari segi susunan, Mercedes-AMG GT Black Series ialah Black Series keenam daripada Mercedes-AMG. Model pertama ialah SLK55 Black Series yang diperkenalkan pada 2006 dan terakhir SLS Black Series pada 2013. Model-model tersebut direka untuk pemanduan laju di litar dengan menggunakan teknologi perlumbaan. Menariknya, semua model itu sah dipandu atas jalan raya biasa.

Rupa luaran menampilkan gril radiator AMG ala jentera lumba AMG GT3. Bahagian sisi dilengkapi gerbang roda dengan ventilator dan sirip hitam. Bampar dipasangkan spoiler gentian karbon dengan difuser depan boleh laras, manakala bonet diserlahkan dengan elemen gentian karbon kilatan tinggi.

Dari belakang, Black Series terbaharu ini sangat menyerlah dengan spoiler dan difuser besar. Bumbung gentian karbon dan pintu but pula menjadikan model ini sebagai siri GT paling ringan setakat ini.

BACA >>> #BikinKereta: Mercedes-Benz E300 AMG Bertatah Emas Tulen, Berlian

Rrim tempa AMG hitam mempunyai corak sepuluh jejari bersaiz 19 inci di depan dan 20 inci di belakang. Tugas menghentikan model hebat ini diserahkan kepada sistem brek AMG komposit prestasi tinggi dengan kaliper hitam. Sistem ekzos AMG Performance adalah jenis kawalan aktif yang dibuat daripada keluli tahan karat, manakala trim paip dikrom gelap.

Rupa dalaman menampilkan set AMG Interior Night Package standard dengan stereng AMG Performance dan kemasan mikrofiber DINAMICA dan perkataan Black Series, manakala sil pintu dipasang pelapik gentian karbon AMG.

Set AMG Track Packageย didatangkan dengan bar olengย titanium dan tali keledar 4-poin. Pembeli yang memilih Comfort Package (ditawarkan tanpa kos tambahan) akan menerima kerusi AMG Performance dengan fungsi pemanas dan pakej memori bagi menggantikan kerusi buket.

Rupa dalaman kereta dikemaskan dengan balutan eksklusif kulit Nappa atau mikrofiber DINAMICA dan sulaman kontra jingga. Ia juga boleh ditukarkan kepada hitam dengan sulaman kelabu tanpa kos tambahan. Di pasaran Britain, Mercedes-AMG GT Black Series ini ditawarkan pada harga ยฃ335,000 (RM1.8 juta).

BACA >>> Inilah Harga Dibayar untuk Miliki Mercedes-Benz 500E (W124) ‘Mr Bean’

GALERI
AMG Mercedes-AMG Mercedes-AMG GT Black Series Mercedes-AMG GT3 Mercedes-benz Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    Denza B8 Rasmi DIlancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    21/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Roda4

    Honda V2H Stand: Peranti Bekalkan Elektrik Dari EV Ke Rumah

    21/05/2026
    Roda4

    Geely Preface TCR menang perlumbaan sulung di Misano!

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.