• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Inilah Harga Dibayar untuk Miliki Mercedes-Benz 500E (W124) 'Mr Bean'

Inilah Harga Dibayar untuk Miliki Mercedes-Benz 500E (W124) 'Mr Bean'

April 19, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA milik selebriti atau orang kenamaan memang ada nilai tersendiri. Sebab pertama, mereka ada nama dan kedudukan, dan sebab kedua, cita rasa personaliti itu sendiri dalam menaik taraf kereta mereka.

Baru-baru ini rumah lelongan Classic Car Auctions (CCA) di Britain, diberikan kebenaran menjual Mercedes-Benz 500E (W124) tahun 1993 milik personaliti TV dan aktor komedi terkenal, Rowan Atkinson CBE. Beliau memang dikenali sebagai peminat kereta dan pernah memiliki McLaren F1.

Acara bidaan atas talian itu berlangsung selama 16 hari dengan 160 unit kereta ditawarkan. Hari pertama, daripada 10 kereta dilelong, sebanyak sembilan unit berjaya dibida. Hari pertama juga menyaksikan Mercedes-Benz 500E tersebut dijual pada harga £27,540 (RM150,550)!

Mercedes-Benz 500E milik Atkinson itu model pemanduan sebelah kiri dalam warna Nautic Blue. Ruang kabin kereta itu berwarna sedondon dengan balutan kulit dan material M-B Tex biru.

Model ini benar-benar menyamar di sebalik rupa 'skema'. Ini kerana kuasa sebenar yang mampu diledakkan enjin 5.0L V8 ini adalah setinggi 322h, dengan pecutan 0-100kmj sepantas 5.5 saat, manakala kelajuan maksimum 259kmj!

Unit ini dieksport ke Jepun sebelum dibawa masuk ke Britain pada Disember 2015. Jadi, pemilik baharu akan mendapat model unik yang memiliki sejarah di Jepun dan mendapat perincian di Britain. Pemilik baharu juga beruntung kerana unit ini diselenggara sepenuhnya pasukan pakar Mercedes-Benz, iaitu Automerc dengan bil berjumlah lebih £5,000. Tahun lalu, bahagian kayu pada ruang dalaman, termasuk kayu baru saja dibaik bulih.

Atkinson sebenarnya sudah memiliki empat unit 500E dan skema warna unit lelongan itu adalah paling menarik. Harga lelongan dibayar pemilik baharu tersebut adalah bukti jelas tentang nilai sebenar 500E milik aktor Inggeris itu. Tambahan lagi, ia dibida tanpa harga rizab, bermakna dimulakan dengan £1.

BMW 1602 (1972)
ROLLS-ROYCE SILVER SHADOW (1972)

Selain kereta milik Atkinson, kereta selebriti lain yang dijual, ialah BMW 1602 (1972) milik Jay Kay pada harga £16,470 (RM90,040), termasuk Rolls-Royce (1976).

JAGUAR XK140 (1956)
JAGUAR E-TYPE SERIES 1 (1966)
PORSCHE 356 B T6 SUPER COUPE (1962)

Lain-lain kereta ikonik dijual CCA ialah Jaguar XK140 fixed head (1955) pada harga £42,660 (RM233,210), Jaguar E-Type Series 1 (1996) berharga £41,580 (RM227,300) dan Porsche 356 B T6 Super Coupe (1962) berharga £62,640 (RM342,430).

BACA >>> Mercedes-Benz EQV - MPV Gaya Konvensional dengan Kuasa Elektrik

GALERI
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-1
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-2
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-3
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-4
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-5
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-6
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-7
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-8
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-9
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-10
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-11
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-12
mercedes-benz-500e-1993-rowan-atkinson-13

SUMBER: ClassicCarAuctions

Artikel Berkaitan

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Classic Car Auctions, Classic Car Auctions (CCA), Mercedes-Benz 500E, Mercedes-Benz 500E (W124), Roda4, Rowan Atkinson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my