• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-AMG C63S Sedan dan Coupe Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM769k

Mercedes-AMG C63S Sedan dan Coupe Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM769k

May 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan model kemas kini Mercedes-AMG C63S Sedan dan Coupe untuk pasaran tempatan. Model itu, yang kali pertama didedahkan Mac lalu, dijual pada harga RM768,888 untuk varian sedan, dan RM820,888 (coupe).

Trenkuasa masih mengekalkan enjin petrol M177 4.0L Biturbo V8 berkuasa 503hp @ 5,500-6,250rpm dan tork 700Nm @ 2,500-5,000rpm, manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi automatik AMG Speedshift MCT 9G.

BACA >>> Mercedes-AMG GT R Kini Di Malaysia - Enjin 4.0L V8, 585hp, Harga RM1.7 Juta Sahaja!

Dua model kemas kini ini dilengkapkan suspensi Kawalan Pandu AMG, terdiri daripada spring keluli dan adaptif, damper kawalan elektronik dan cagakan enjin dinamik. Juga diberikan ekzos AMG Performance dengan sirip (flap) sebagai standard kedua-dua model bagi bunyi V8 yang lebih garang.

Seperti sebelumnya, pemandu masih lagi memiliki akses kepada mod pemanduan AMG Dynamic Select untuk merasai karakteristik pemanduan berbeza menerusi 6 mod pemanduan: Slippery, Comfort, Sport, Sport+, Race dan Individual.

Ciri baharu lain ialah tambahan AMG Dynamics, iaitu kawalan pengendalian dinamik terbina dalam yang bekerja bersama Program Stabiliti Elektronik (ESP) untuk memperhalusi agihan tork ke roda belakang. Ada 4 tetapan diberikan: Basic, Advanced, Pro dan Master.

BACA >>> 3 SUV Mercedes-AMG G-Class Kini di Malaysia - Harga Bermula RM916k

C63S turut menerima ciri Kawalan Traksi AMG, iaitu sistem yang kali pertama diperkenalkan pada AMG GT R. Ciri ini hanya ada jika anda berani mematikan fungsi ESP. Ia membolehkan pemandu melaraskan tahap kawalan traksi diperlukan (ada 9 peringkat).

GAYA GRIL AMG PANAMERICANA

Mercedes-AMG C 63 S Sedan_3
Mercedes-AMG C 63 S Coupe_7
Mercedes-AMG C 63 S Coupe_2

Perubahan gaya paling ketara untuk dua model ini ialah gril AMG Panamericana dengan apron sayap-A rendah, dan difuser belakang berserta empat sirip menegak. Model Sedan dan Coupe berkongsi ciri luaran sama seperti pakej AMG Night, AMG Exterior Carbon-Fibre, kaliper brek merah, lip spoiler AMG dan lampu utama LED multisuluh dengan bantuan lampu adaptif Adapative Highbeam Assist Plus (AHAP).

BACA >>> 11 Fakta Pantas - Mercedes-Benz C-Class Facelift Kini di Malaysia, Harga Mula RM260k

Apa yang berbeza ialah rekabentuk rim, varian Sedan menerima rim tempa jejari silang AMG 19 inci, manakala Coupe, AMG dipasangkan rim tempa lima jejari kembar AMG bersaiz sama. Ruang kabin terhidang paparan instrumen digital penuh 12.3 inci dan skrin tengah 10.25 inci yang dihubungkan dengan sistem infotainment COMAND Online dan dipadankan dengan sistem bunyi kelilimh Burmester.

Kedua-dua model didatangkan standard dengan roda stereng AMG Performance kemasan kulit Nappa/mikrofiber Dinamica, kerusi elektrik AMG Performance dengan ciri memori dan sokongan lumbar empat tetapan, pad sentuh, paparan pencahayaan suasana dan kawalan selesa Energizing.

BACA >>> Mercedes Cipta 'Digital Light' - Teknologi Lampu Pintar Mampu Interaksi dengan Sekeliling

Model Sedan didatangkan dengan kemasan Nappa dua tona, putih-hitam, manakala Coupe ditawarkan dengan warna merah-hitam. Demi ketenangan minda, Mercedes-AMG C63S dilengkapkan Pakej Bantuan Pemanduan, terdiri daripada Pilot Distance Distronic (kawalan jelajah adaptif dengan henti-mula), Bantuan Kekal Lorong (LKA) Aktif, Bantuan Titik Buta (BSA) Aktif dan Brek Kecemasan Automatik (AEB).

Sistem lain yang turut tersedia ialah Bantuan Parkir Aktif (APA) dengan Parktronic, Keyless-Go dan Akses Bebas Tangan.

MERCEDES-AMG C63S SEDAN

MERCEDES-AMG C63S COUPE

Artikel Berkaitan

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Mercedes-AMG, Mercedes-AMG C 63 S, Mercedes-AMG C 63 S Coupe, Mercedes-AMG C 63 S Sedan, Mercedes-benz, Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Roda4, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom, Berkuat Kuasa 1 Oktober 2023
    Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom, Berkuat Kuasa 1 Oktober 2023
  • Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
    Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my