• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 3 SUV Mercedes-AMG G-Class Kini di Malaysia - Harga Bermula RM916k

3 SUV Mercedes-AMG G-Class Kini di Malaysia - Harga Bermula RM916k

November 14, 2018 By AI Leave a Comment

306
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS A-Class dan C-Class, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan pula model kenderaan utiliti sukan (SUV) ke pasaran tempatan menerusi 3 model G-Class:

  • Mercedes-AMG GLC 63 S 4MATIC+
  • Mercedes-AMG GLC 63 S Coupé 4MATIC+
  • Mercedes-AMG G 63

BACA >>> #Videotomotif: Apakah yang Membuatkan Enjin Mercedes-AMG Begitu Istimewa?

Berikut beberapa fakta ringkas tentang 3 varian SUV famili G itu:

MERCEDES-AMG GLC 63 S 4MATIC+ | MERCEDES-AMG GLC 63 S COUPE 4MATIC+

Mercedes-AMG GLC 63 S-10
Mercedes-AMG GLC 63 S-8
Mercedes-AMG GLC 63 S-4
  • Model GLC 63 S dan GLC 63 S Coupe dijana enjin 4.0L V8 biturbo berkuasa 510hp dan tork maksimum 700Nm dengan rev seawal 1,750-4,500rpm. Pecutan 0-100kmj boleh dibuat sepantas 3.8saat dengan kelajuan maksimum 270kmj.
  • Hantaran kuasa ke semua roda disalurkan menerusi transmisi 9-kelajuan AMG SPEEDSHIFT MCT yang kali pertama diperkenalkan pada Mercedes-AMG E 63 4MATIC+. Transmisi baharu itu memberikan respon pantas dengan operasi menurunkan gear dibuat cepat. Klac basah menggantikan pengubah tork bukan saja mengurangkan berat, tetapi mengoptimumkan respon input pedal ketika memecut.
  • 4 mod pemanduan DYNAMIC SELECT: Comfort; Sport; Sport Plus dan Individual membolehkan pemandu mendapatkan karakteristik pengendalian berbeza. Setiap pilihan mod akan mengubah parameter respon enjin, kotak gear, suspensi, stereng, prodram stabiliti elektronik (ESP) dan pacuan semua roda (AWD).
  • Bunyi enjin khas V8 standard datang daripada sistem ekzos dengan teknologi flap yang dikawal unit pemetaaan dan dikendalikan automatik mengikut pilihan mod SELECT AMG DYNAMIC.
  • Padanan suspensi multikebuk udara memberikan cengkaman maksimum selain memastikan kamber stabil, pemanduan dinamik dan ketepatan stereng.
  • GLC 63 4MATIC+ ialah model pertama Mercedes-AMG Performance yang menggunakan gril Panamericana. Sebelum ini cuma dipakai famili kereta sport AMG GT. Bahagian depan diserlahkan dengan apron lebar diilhamkan sayap jet dengan spliter besar. Imej maskular dikukuhkan dengan rupa bentuk gerbang roda besar.
  • Pakej AMG Night dalam kemasan hitam berkilat meningkatkan imej lumba, terdiri daripada rim 21 inci AMG jejari silang, kerusi sport kulit Nappa dan papan pemuka kulit buatan tangan ARTICO hitam nappa dan tali keledar merah.
  • Harga Mercedes-AMG GLC 63 S 4MATIC+ ialah RM915,888, manakala  GLC 63 S Coupé 4MATIC+, berharga RM933,888 (harga termasuk SST, tanpa insurans).

'GODFATHER' MERCEDES-AMG G 63

Mercedes-AMG G63-2
Mercedes-AMG G 63-1
Mercedes-AMG G 63-2
  • SUV legenda dengan julukan 'Godfather' dijana enjin AMG 4.0L V8 biturbo berkuasa 585hp @ 5,500-6,000rpm dan tork 850Nm @ 2000-3500rpm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat dan kelajuan maksimum 220kmj atau 240kmj untuk pakej AMG Driver.
  • Unit dwi turbo dalam silinder V kemudian digabungkan dengan transmisi AMG SPEEDSHIFT TCT 9G.
  • Mod DYNAMIC SELECT menawarkan opsyen pemanduan: Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual. Setiap mod akan menala respon enjin, transmisi, suspensi dan stereng.
  • G 63 juga didatangkan dengan 3 mod off-road: Sand, Trail dan Rock yang boleh diakses daripada konsol tengah.
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) standard AMG Performance 4MATIC mengagihkan tork depan 40 peratus dan 60 peratus (belakang) berbanding versi terdahulu, 50:50
  • Pemanduan lincah dibantu sistem suspensi Mercedes-AMG dipertingkat dan dipadankan spring koil sekeliling. Buat kali pertama gandar depan SUV ini menggunakan suspensi jenis independen,  double wishbone dan gandar rigid dengan 5-link di belakang.
  • Bagi mengurangkan berat, Mercedes-Benz menggunakan campuran bahan baharu: frem badan menggunakan keluli multigred, manakala spoiler, bonet dan pintu dibuat daripada aluminium.
  • Bagi mengekalkan engsel dan pengendalian tipikal pintu G-Class, pengubahsuaian dibuat menyesuaikan dengan rekabentuk aluminium baharu. Pilar A dan B diperbuat daripada keluli kekuatan tinggi.

BACA >>> Mercedes-AMG G 63 - Godfather SUV Yang Penuh Tradisi, Serba Mewah

  • Imej bersegi G 63 diserlahkan menerusi bonet tinggi, engsel pintu luar, lampu depan bulat, hendal pintu tegap, jalur muskular dengan padanan hitam berkilat dan lencana AMG perak.
  • Tayar rizab di pintu belakang dilindungi penutup keluli tahan karat dan bampar AMG dengan inlet sisi udara besar dan kemasan warna perak iridium matt.
  • Lampu depan, indikator dan lampu belakang menggunakan teknologi LED Prestasi Tinggi sebagai ciri standard.
  • Harga Mercedes-AMG G63 ialah RM1,464,888 (termasuk SST tanpa insurans).
GALERI
306
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mercedes-AMG, Mercedes-AMG G 63, Mercedes-AMG GLC 63 S 4MATIC+, Mercedes-AMG GLC 63 S Coupé 4MATIC+, Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Roda4, SUV, SUV premium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my