
GIVI Asia memperkukuh portfolio perlindungan penunggang menerusi pelancaran tiga helmet baharu: M33.1 Aria Neo Jet, M35.1 Scudo II Jet dan 52.0 Full Face sempena Malaysia Bike Show 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.
Ketiga-tiga model tersebut dibangunkan berasaskan Sistem Perlindungan Kepala (Head Protection System, HPS) yang menggabungkan aspek keselamatan, keselesaan, rekabentuk moden dan fungsi praktikal dalam pakej lengkap untuk kegunaan harian serta perjalanan jarak jauh.
Menurut GIVI, koleksi baharu itu lahir daripada usaha berterusan syarikat dalam meningkatkan standard perlindungan penunggang motosikal sambil memenuhi keperluan pengguna bandar dan penunggang touring.
M33.1 Aria Neo, M35.1 Scudo II Terima Penambahbaikan Menyeluruh
Model M33.1 Aria Neo dan M35.1 Scudo II ialah evolusi daripada generasi terdahulu dengan pelbagai penambahbaikan dari segi ergonomik, keselesaan dan prestasi penggunaan harian.
Kedua-dua model turut mengekalkan pensijilan keselamatan ECE R22.06, sekali gus memenuhi standard keselamatan terkini yang diiktiraf antarabangsa.
Antara penambahbaikan utama ialah:
- Visor panjang untuk perlindungan lebih baik daripada angin dan habuk
- Spoiler belakang dipertingkat bagi meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi
- Sistem pengudaraan lebih cekap untuk aliran udara konsisten
- Lapisan dalaman baharu yang lebih selesa untuk tunggangan harian atau perjalanan jauh
M33.1 Aria Neo – Direka Khas untuk Penunggang Malaysia
M33.1 Aria Neo ialah produk yang direka dan dihasilkan sepenuhnya di Malaysia. Antara ciri utama:
- Rekabentuk ringan dan selesa untuk kegunaan harian
- Sistem visor tunggal yang mudah digunakan
- Ditawarkan dalam saiz S hingga XL
- Ada tiga pilihan warna: Solid Metallic Silver (perak), Solid Dark Grey (kelabu gelap), dan Solid Black (hitam)
Model itu menyasarkan pengguna yang mahukan helmer praktikal dengan keseimbangan antara keselamatan dan keselesaan.
M35.1 Scudo II – Lebih Versatil dengan Visor Kembar
Bagi penunggang yang gemar melakukan perjalanan lebih jauh, M35.1 Scudo II hadir dengan ciri tambahan bagi meningkatkan fleksibiliti penggunaan. Ciri utama seperti:
- Sistem visor kembar Double Visor untuk pelarasan mengikut kondisi cahaya
- Sesuai tunggangan harian dan aktiviti touring
- Ditawarkan dalam saiz S hingga 2XL.
- Ada dua saiz cengkerang: Kecil (S / M / L), dan Besar ( XL / 2XL)
- Pilihan warna: Solid White (putih), Nardo Grey (kelabu), Graphic Utopia Titanium Yellow (kuning), Graphic Edge Blue Red (biru-merah), Graphic Uno White Black (putih-hitam) dan Graphic Uno Yellow Black (kuning-hitam)
GIVI 52.0 Full Face Fokus Perlindungan Maksimum
Bagi pengguna yang mahukan tahap perlindungan lebih tinggi, GIVI memperkenalkan heklmet muka penuh 52.0 Full Face yang patuh pensijilan ECE R22.06 Full-face P.
Model muka penuh itu dilengkapi:
- Sistem visor kembar Double Visor
- Visor luar anticalar
- Lapisan anti-kabus Pinlock®
- Sistem ventilasi tiga arah: atas, belakang dan dagu
- Pelapik dalaman boleh tanggal
- Gad nafas (breathguard) dan deflektor udara boleh tanggap
Empat pilihan warna ditawarkan: Solid White (putih), Matt Titanium (titanium kusam), Graphic Carbon Titanium Red (merah titanium kusam), dan Graphic Ever Matt Titanium Black (hitam titanium kusam), dan Grey Silver Fluo (perak-kelabu)
Menurut GIVI, model 52.0 Full Face direka untuk penunggang yang tidak mahu berkompromi dari aspek keselamatan, keselesaan dan ketahanan sepanjang perjalanan.
Harga Rasmi Malaysia
Berikut harga pelancaran ketiga-tiga model tersebut:
- GIVI M33.1 Aria Neo – RM195
- GIVI M35.1 Scudo II (Solid) – RM370
- GIVI M35.1 Scudo II (Grafik) – RM420
- GIVI 52.0 Full Face (Solid) – RM350
- GIVI 52.0 Full Face (Grafik) – RM400
Ketiga-tiga model baharu tersebut akan mula berada di pasaran Malaysia bermula Julai 2026 menerusi rangkaian GIVI Point Malaysia, pengedar sah GIVI dan platform dalam talian rasmi syarikat.







