Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MBM Tawar Dua Varian GLA (2021) Versi CKD, Harga Mula RM232k!
Roda4

MBM Tawar Dua Varian GLA (2021) Versi CKD, Harga Mula RM232k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi melancarkan model crossover GLA (2021) versi dipertingkat dengan dua pilihan varian ke pasaran tempatan.

Dua varian keluaran kilang di Pekan, Pahang itu ialah GLA 200 Progressive Line dan GLA 250 AMG Line, masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insurans, RM232,379 dan RM266,164. Harga itu adalah termasuk pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

BACA >>> Mercedes-Benz Pamer Model Konsep SUV Elektrik EQG
BACA >>> MBM Lancar E 300 AMG Line Coupe (2021), Bayaran Bulanan Serendah RM4,288

GLA 250 AMG
GLA 200

Berikut ialah perinciannya:

  • GLA 200 menggunakan trenkuasa petrol 4-silinder 1,332cc liter turbo, menghasilkan kuasa 163hp @ 5,500 rpm dan tork 250Nm dari 1,620-4,000 rpm. Transmisi ialah 7-kelajuan automatik klac berkembar. Pecutan 0-100 kmj mengambil masa 8.7 saat, kelajuan maksimum pula 210kmj.
GLA 250 AMG
GLA 200
  • GLA 250 dipacu enjin 4-silinder 2.0 liter turbo (1,991cc), menawarkan kuasa 224hp pada 5,500rpm dan tork 350Nm @ 1,500-4,500rpm. Kotak gear ialah 8-kelajuan automatik DCT. Masa pecutan ke 100kmj ialah  6.9 saat dan kelajuan maksimum pula 240kmj.
  • Kedua-dua varian hadir dengan set lampu utama LED High Performance, pakej Mirror, rel bumbung aluminium, pengilap cermin dengan sensor hujan, cermin sisi lipat elektrik dan fungsi pemalap cermin dalam kabin.
GLA 250 AMG
GLA 200
  • Perbezaan luaran ialah GLA 200 mengetengahkan desain Progressive Line dengan rim aloi 18 inci manakala GLA 250 menonjolkan gaya AMG Line, ada spoiler depan, gril warna hitam dan rim aloi 19 inci.
  • GLA 250 AMG Line juga menerima penambahbaikan berciri sport iaitu kenderaan direndahkan dan mendapat talaan suspensi untuk pengalaman pemanduan lebih dinamik.
GLA 250 AMG
GLA 200
GLA 250 AMG
GLA 200
  • Teknologi menarik dalam kabin sudah semestinya sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang membabitkan dwi-skrin paparan 10.25-inci berkembar menandakan semua paparan adalah dalam format digital.
  • Kedua-dua varian ada sambungan Android Auto dan AppleCar Play, modul komunikasi (LTE) untuk fungsi servis konektiviti Mercedes me, maklumat trafik semasa, pad sesentuh tanpa kontroler dan sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz.
  • GLA 250 AMG Line ada tambahan ciri iaitu Pemula Enjin Kawalan Jauh dan navigasi cakera keras (hard disc navigation).
  • Kabin menunjukkan perbezaan dengan GLA 200 menggunakan kerusi jenis Comfort manakala varian AMG dipasang kerusi Sport. Kerusi pemandu kedua-dua siri GLA CKD boleh diselaras secara elektrik dengan fungsi memori.
  • Stereng sport diguna pakai pada kedua-dua varian tetapi GLA 200 menerima balutan kulit manakala AMG mendapat material Nappa.
  • Pakej keselamatan yang dikongsi kedua-dua varian ialah Bantuan Brek Aktif, Bantuan Parkir Aktif dengan Parktronic, Sistem Penggera, Pakej Perlindungan Anti-Kecurian, Kawalan Kruise, pintu belakang Easy-Pack, pakej Keyless-Go, sistem prakeselamatan, beg udara bahagian lutut, bantuan parkir dengan kamera undur, sistem pemantauan tekanan udara dalam tauar dan sistem pemantauan dalam kabin.
  • Bezanya cuma AMG diberi tambahan fungsi Bantuan Titik Buta.

BACA >>> Prologue – SUV Elektrik Pertama Honda Bakal Debut 2024
BACA >>> Kajian: Kesan Lockdown Buat Ramai Orang UK Takut Memandu
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?

GLA 200 Progressive Line GLA 250 AMG Line Mercedes-Benz CKD Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Roda4 SUV Mercedes Benz
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.