• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Kesan 'Lockdown' Buat Ramai Orang UK Takut Memandu

Kajian: Kesan 'Lockdown' Buat Ramai Orang UK Takut Memandu

June 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAMPIR satu perempat pemandu kereta di Britain mengakui mereka kini lebih gementar memandu di jalan raya berbanding keadaan sebelum berlaku penularan wabak Covid-19.

Satu kajian dijalankan pengeluar automotif Sepanyol, SEAT mendapati hampir 10 juta pemandu bimbang hendak memandu selepas Kerajaan menarik balik banyak sekatan dan larangan perjalanan di Britain.

BACA >>> UK Bakal Benarkan Pemandu Lepas Tangan Ketika Memandu Bawah 60kmj

Sebelum memperincikan penemuan kajian, wajar untuk kita mengetahui jumlah pemegang lesen memandu sah di Britain dan jumlah responden.

  • Survei membabitkan 2,000 responden pemegang lesen memandu sah Britain.
  • Jumlah keseluruhan pemegang lesen memandu sah Britain ialah 40,482,483 orang setakat 1 Mac 2021.
  • 24 peratus responden kajian lebih gementar memandu, bersamaan 9.72 juta pemandu jika mengambil kira keseluruhan jumlah pemandu berlesen Britain.

BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki

Berikut hasil kajian diperoleh SEAT:

  • 44 peratus mendakwa gementar kerana kurang memandu sejak tahun lalu.
  • 42 peratus menyatakan kehadiran lebih banyak kenderaan atas jalan selepas settahun perintah berkurung (lockdown) adalah punca utama rasa gusar.
  • 26 peratus ragu-ragu dengan kemahiran sendiri memarkir kenderaan.

Pandemik Covid-19 menyaksikan Britain melaksanakan beberapa siri perintah berkurung sejak Mac 2020, juga pendekatan sama dilakukan banyak negara dunia, termasuk Malaysia.

Antara alasan diberikan pemandu Britain mengenai kesan gementar ketika memandu adalah:

  • Larangan keluar tanpa sebab membuatkan ramai pemandu hanya memandu dalam jarak perjalanan terhad.
  • Hampir 40 responden mengaku memandu kurang 4,000km sejak perintah berkurung pertama dilaksanakan, berbanding 11 peratus pemandu pada 2019 (sebelum Covid-19 bermula).
  • Kumpulan kedua terbesar bimbang memandu semula adalah kalangan responden yang tinggal di kawasan bandar besar dengan kadar trafik tinggi.
  • Pemandu paling terkesan ialah di ibu kota London apabila 44 peratus responden mengaku gementar memandu kereta.
  • Ramai pemandu takut memandu pada malam selepas menjalani perintah berkurung sejak tahun lalu.
  • Kumpulan paling teruk terkesan ialah golongan pemandu muda berusia 18 hingga 24 tahun apabila satu pertiga daripada mereka mengaku kurang yakin memandu.
  • Golongan muda juga kumpulan paling besar yang rasa ragu-ragu hendak memarkir kenderaan, iaitu 38 peratus berbanding semua peringkat umur responden (26 peratus).

BACA >>> Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa

Ketua Produk SEAT, John French berkata, jutaan penduduk Britain sebelum ini terpaksa kekal berada dalam kawasan kediaman masing-masing sejak 14 bulan lalu.

Menurutnya, penarikan balik beberapa sekatan penjarakan sosial menyebabkan ramai pemandu perlu berdepan kawasan padat dengan trafik tinggi, lot parkir sempit dan beberapa laluan jalan yang asing bagi mereka.

Namun pada masa sama, ramai pemandu Britain menyatakan keyakinan mereka naik semula walaupun pada kadar rendah kerana kebanyakan kenderaan moden masa kini dilengkapi sistem bantuan pemandu dan teknologi keselamatan termaju.

BACA >>> #TahukahAnda: 9 Situasi Kita Jadi Buta Ketika Memandu dan Cara Atasi
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nyamuk Suka Masuk Dalam Kereta?
BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Volkswagen Beetle, Microbus Lama Ada Pasu Bunga?
BACA >>> #ApaNakBuat: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?

SUMBER: FleetPoint

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Covid-19 dan skil pemandu, John French, kajian, Pemandu takut pandu kereta, pemandu uk, Pemandu UK Sepanjang Kuarantin, Seat, Skill pemandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my