Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UK Bakal Benarkan Pemandu Lepas Tangan Ketika Memandu Bawah 60kmj
Auto Terkini

UK Bakal Benarkan Pemandu Lepas Tangan Ketika Memandu Bawah 60kmj

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMANDU Britain yang memiliki kereta dilengkapkan sistem bantuan pemandu terkini akan dibenarkan melepaskan tangan daripada stereng dengan syarat memandu tidak melebihi kelajuan maksimum 60kmj di jalan raya. 

Pengumuman itu dibuat selepas Kerajaan dijangka membenarkan penggunaan Sistem Kekal Lorong Autonomi (ALKS) untuk pemanduan secara bebas tangan di jalan raya yang biasanya digunakan ketika memandu di laluan sesak.

ALKS berfungsi mengawal kereta dalam lorong, dan apabila digunakan di simpang bersama Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), pemandu boleh membiarkan kereta membuat keputusan sendiri dalam situasi tertentu. Undang-undang mengenai halmitu akan dikemas kini hujung tahun ini.

Auto Express memetik Menteri Pengangkutan Masa Depan Britain, Rachel Maclean berkata, Kerajaan sedang melaraskan undang-undang menegnai ALKS dengan sangat berhati-hati.

Ini kerana terdapat kemungkinan had 60kmj dinaikkan kepada  (110kmj) pada masa akan datang.  Maclean turut menyuarakan  kebimbangan mengenai pihak yang akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan berpunca daripada ALKS. Namun setakat ini, Kerajaan tidak akan menghukum pemandu.

Bagaimanapun, perbincangan lanjut mengenai situasi berkenaan akan diadakan sebelum undang-undang dilaksanakan.

Pengarah Penyelidikan Thatcham Research, Matthew Avery pula berkata,  ada banyak usaha perlu dilakukan penggubal undang-undang dan industri automotif sebelum sesebuah kenderaan dikelaskan sebagai automatik dan boleh dipandu selamat atas jalan raya Britain.

Menurutnya, ALKS bukan sistem automatik kerana dalam situasi tertentu masih bergantung kepada pemandu untuk mengawal sepenuhnya. Avery turut mengingatkan, langkah tersebut boleh mendatangkan kekeliruan dan menjurus kepada kemalangan maut. 

BACA >>> Saksi Kes Tesla Terbakar Tanpa Pemandu: Mangsa Memang Nak Uji Autopilot
BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat

SUMBER: AutoExpress.co.uk

ADAS alks Auto Terkini autonomous driving Britain Sistem Kekal Lorong Autonomi (ALKS)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.