Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»Lepas Pandu Uji Lebih 250km, Ini Pandangan Abang Tentang Mitsubishi Triton (2019)
Pandu Uji

Lepas Pandu Uji Lebih 250km, Ini Pandangan Abang Tentang Mitsubishi Triton (2019)

Abang GYLBy Abang GYL31/01/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Abang bersama rakan media lain baru saja pulang dari Kota Kinabalu, Sabah untuk sesi pandu uji Mitsubishi Triton (2019). Ini juga kali kedua abang memandu uji Triton (2019) yang sebelum ini juga berpeluang menghadiri acara pelancaran global trak pikap itu di Bangkok, Thailand, tahun lalu.

Selepas bersua muka dan berpeluang memandu uji buat kali pertama di Bangkok, tanpa malu abang katakan ini antara trak pikap paling seksi dan garang pernah dihasilkan Mitsubishi, jika mahu dibandingkan dengan segmen lain.

Sebaik saja memegang stereng dan memijak pedal minyak, abang dapat rasa beberapa perubahan ketara dilakukan jurutera Mitsubishi. Antaranya, olengan badan Triton (2019) kini lebih bagus jika dibandingkan dengan model lama. Trak pikap ini juga lebih stabil ketika dipandu laju.

BACA >>> Mitsubishi Triton (2019) Lebih Seksi dan Garang Kini di Malaysia, Harga Bermula RM100k

Begitu juga hentakan ketika melanyak lubang-lubang sepanjang laluan off-road. Tiada kesan keras dan hentakan dapat diserap sebaiknya absober yang sudah ditala semula. Memang abang tidak sabar hendak melenjan lebih jauh dan kini masa sudah tiba. Kami berpeluang beraksi lebih jauh dengan memandu sejauh 250km.

Bermula Kota Kinabalu, kami menuju ke Tamparuli sebelum meneruskan perjalanan ke Nabalu dan Kundasang meliputi jalan-jalan bandar, kampung dan laluan off-road yang tidak berturap.

Sebelum mengulas lebih lanjut tentang Triton (2019), lebih baik abang terangkan serba sedikit pasal latar belakang trak pikap ini.

HARGA BERMULA RM100,200

Hadir dalam lima varian, Triton (2019) bagaimanapun cuma ada satu varian enjin saja,  2.4L Mivec Turbodiesel VVT dengan teknologi Turbo Geometri Variabel @Variable Geometri Turbo (VGT) berkuasa 179hp dan tork maksimum 430Nm.

Hantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi automatik 6-kelajuan. Ya, ini kotak gear baharu untuk model ini. Berikut senarai harga setiap varian Triton (2019):

  • Mitsubishi Triton VGT Adventure X – RM135,200
  • Mitsubishi Triton AT Premium – RM118,600
  • Mitsubishi Triton MT Premium – RM112,500
  • Mitsubishi Triton AT – RM105,990
  • Mitsubishi Triton MT – RM100,200

APA PANDANGAN TENTANG MITSUBISHI TRITON (2019)?

Ramai tahu Sabah terkenal dengan laluan off-road mencabar dan betul, kami sudah meredahnya. Tak perlu membebel panjang, jom tonton dulu video ulasan abang pasal Triton (2019).

Agak panjang, tapi berbaloi layan sampai habis (#donepuji) 🤭. Kalau ada yang tidak puas hati, marah, terguris perasaan atau apa saja, bolehlah luahkan perasaan anda itu dalam ruang komen di bawah.

BACA >>> Mitsubishi Xpander Sah Masuk Malaysia Tahun Ini

2019 Mitsubishi Triton enjin Mitsubishi Triton 2019 Ford Ranger harga Mitsubishi Triton 2019 isuzu dmax Mitsubishi Triton (2019) Mitsubishi Triton (2019) test drive pandu uji Mitsubishi Triton (2019) Toyota Hilux
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Toyota Hilux BEV offroad
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

    09/04/2026

    3 Comments

    1. Sadir on 06/02/2019 18:59

      HP bukan 179

      181 lah Tuan

      Reply
      • AO on 08/02/2019 22:58

        181ps = 179@178hp

        Reply
    2. Pilarico on 06/02/2019 21:51

      I got M/T primeum 2017 and third gear always disengage n complain did first step done but still the problem same

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.