Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Elektrifikasi»Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?
Elektrifikasi

Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

Abang HirataBy Abang Hirata20/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lepas L6 2026 Euro

LEPAS bakal hadir di Milan selepas model Lepas L6 EV membuat debut global di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2026. Sebagai makluman,  Lepas ialah jenama di bawah Chery Group selain Jaecoo, Omoda dan iCar/iCaur.

Model Lepas L6 yang akan diperkenalkan di Eropah ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak dan bakal memasuki pasaran Britain pada suku keempat 2026.

Selepas tampil di Bangkok dan Eropah, adakah Lepas L6 akan muncul pula untuk pasaran Malaysia?

Sebenarnya, Lepas ada dua lagi model, iaitu L4 dan L8, yang mana jenama itu sudah pun bertapak secara rasmi di Malaysia dan mempunyai rancangan besar.

Rekabentuk Berteraskan Konsep ‘Leopard’ dan ‘Passion’

Lepas L6 2026 Euro
Lepas L6 2026 Euro

Nama Lepas diambil daripada gabungan perkataan ‘Leopard‘ dan ‘Passion‘. Jenama itu melambangkan etos dan DNA rekabentuk yang komited terhadap mobiliti pintar.

Lampu depan LED model itu direka khas untuk menyerupai renungan mata harimau bintang.

Walaupun saiz lebih kecil berbanding model utama L8, Lepas L6 tetap menggabungkan perkadaran premium dengan kabin pintar yang mempunyai konektiviti tinggi.

Teknologi, Platform NEV

Lepas L6 2026 Euro

Lepas L6 menggunakan teknologi daripada syarikat induk, Chery International yang  dibina atas platform modular kenderaan tenaga baharu (NEV) serba baharu.

Platform itu direka untuk memberikan gabungan prestasi, keselesaan dan kecekapan untuk pemanduan di jalan raya Eropah.

Model berkenaan dibina mengikut piawaian keselamatan 5-bintang global dan dilengkapi teknologi bantuan pemandu termaju (ADAS)  generasi baharu serta teknologi kabin pintar untuk pengalaman pemanduan yang canggih.

Trenkuasa Lepas L6

Lepas L6 ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa: Super Hybrid dan kenderaan elektrik bateri (BEV). L6 yang ditayangkan di BIMS 2026 pula adalah versi EV/BEV.

Varian Super Hybrid menggunakan sistem cas sendiri yang menggabungkan enjin 1.5L dengan motor elektrik, dan pek bateri untuk memberikan jarak gerak keseluruhan melebihi 1,126km.

Varian EV pula menggunakan bateri kapasiti 67kWj yang menawarkan jarak gerak sejauh 434km (WLTC).

Spesifikasi itu sama dengan model diperkenalkan di Bangkok menerusi keupayaan pengecasan pantas , yang mana bateri boleh cas 30 – 80 peratus sepantas 20 minit.

Perkembangan Lepas di Asean, Malaysia

Logo LEPAS

Lepas sudah pun dilancarkan di Indonesia dan Thailand sebelum diperkenalkan di Eropah. Jenama itu baru bertapak di Malaysia dan mempunyai perancangan rangkaian seperti berikut:

  • Pembukaan 20 bilik pameran meliputi Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan negeri utama lain
  • Sasaran 30 lokasi strategik menjelang Disember 2026
  • Kakitangan jualan dan servis terlatih di bawah program pensijilan Lepas Malaysia
  • Rangkaian bekalan alat ganti dan sistem waranti komprehensif bagi mengekalkan standard kualiti perkhidmatan

Lebih besar, Chery Malaysia mempunyai perancangan bernilai RM2.2 bilion menerusi pembangunan hab seluas 200 ekar di Lembah Beringin, Selangor.

Spesifikasi Lepas L6 Eropah

Lepas L6 2026 Euro
Lepas L6 2026 Euro
  • Varian Super Hybrid: Enjin 1.5L hibrid cas sendiri
  • Jarak pandu Super Hybrid: Lebih 1,126km
  • Varian BEV: Bateri 67kWj
  • Jarak pandu BEV: 434km (WLTC)
  • Pengecasan pantas: 30 – 80 peratus sepantas 20 minit
  • Platform: Modular NEV
  • Segmen: SUV segmen-C
  • Kapasiti penumpang: 5-kerusi
Lepas L6 2026 Euro
Lepas L6 2026 Euro
Lepas L6 2026 Euro
Lepas L6 2026 Euro
Lepas L6 2026 Euro
Auto Terkini chery group Chery International EV Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) LEPAS LEPAS L6 Lepas L6 2026 Pameran Auto Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2026 Roda4 SUV kompak SUV Segmen-C
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.