Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang
Auto Terkini

Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam26/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEBIH 150,000 kenderaan sehari dijangka menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sepanjang tempoh sambutan Hari Raya Aidiladha, cuti persekolahan dan hujung minggu panjang.

Peningkatan aliran trafik itu dijangka berlaku susulan pergerakan orang ramai pulang ke kampung serta aktiviti percutian dalam tempoh berkenaan.

WCE Tangguh Kerja Penyelenggaraan

Bagi memastikan perjalanan pengguna lebih lancar, WCE memaklumkan semua kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Bagaimanapun, pengecualian hanya diberikan untuk kerja kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
Menurut WCE, langkah itu diambil bagi mengurangkan risiko kesesakan selain memastikan aliran trafik utama terus bergerak lancar sepanjang musim cuti. Selain itu, beberapa jentera bantuan termasuk trak tunda turut ditempatkan di lokasi strategik di sepanjang lebuh raya.

Pasukan Kecemasan Bertugas 24 Jam

WCE turut memperkukuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) serta pasukan peronda bagi memastikan bantuan dapat diberikan dengan pantas. Semua pasukan operasi akan bersedia sepanjang masa selama 24 jam sehari bagi menangani sebarang insiden atau kecemasan di lebuh raya.

Menurut kenyataan itu lagi, langkah proaktif tersebut penting untuk meminimumkan gangguan trafik terutama ketika waktu puncak. Dalam masa sama, pengguna juga digalakkan memanfaatkan aplikasi mudah alih WCE untuk mendapatkan maklumat perjalanan secara masa nyata.

Aplikasi WCE Kini Lebih Canggih

Aplikasi terbaru WCE kini dilengkapi pelbagai fungsi termasuk navigasi laluan, lokasi stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), tempat berteduh motosikal dan telefon kecemasan. Lebih menarik, aplikasi itu turut menawarkan bantuan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) selain paparan trafik semasa menerusi ciri CCTV.

Pengguna juga boleh menggunakan sistem PayDirect Touch ‘n Go di semua plaza tol WCE.
Sistem itu membolehkan caj tol ditolak terus daripada baki e-dompet tanpa perlu tambah nilai kad secara manual.

Enam R&R Disediakan Untuk Pengguna

Bagi pengguna yang ingin berehat, WCE menyediakan enam Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lengkap dengan kemudahan asas seperti surau, tandas dan kawasan parkir. Gerai makanan turut disediakan di beberapa lokasi terpilih termasuk R&R Sungai Nyior arah utara dan selatan serta R&R Bukit Kapar arah utara.

Selain itu, setiap plaza tol di WCE juga mempunyai Hentian Sebelah dengan kemudahan asas untuk keselesaan pengguna. Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix menasihatkan semua pengguna supaya merancang perjalanan lebih awal terutama ketika aliran trafik tinggi.

Utamakan Keselamatan Ketika Balik Kampung

 

Beliau turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan.
Menurutnya, dengan bantuan kemudahan digital dan kesiapsiagaan operasi, WCE komited untuk memastikan perjalanan pengguna lebih selamat dan efisien.

WCE juga menggalakkan pengguna memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan termasuk memeriksa tayar, brek dan tahap minyak enjin. Selain itu, pengguna diingatkan supaya memastikan baki Touch ‘n Go atau e-dompet mencukupi bagi mengelakkan gangguan transaksi di plaza tol.

Elak Microsleep, Rehat Secukupnya

Semua pengguna turut dinasihatkan mematuhi had laju, memakai tali pinggang keledar dan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) jika membawa anak kecil. WCE juga menggesa pengguna supaya mengamalkan pemanduan berhemah serta mengambil rehat secukupnya di R&R atau Hentian Sebelah bagi mengelakkan keletihan dan risiko microsleep.

Aplikasi mudah alih WCE boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store untuk membantu pengguna merancang perjalanan dengan lebih mudah sepanjang musim perayaan dan cuti panjang ini.

SUMBER: Sinar Harian

Hari Raya Aidiladha Hentian Sebelah Kecerdasan Buatan (AI) Kenderaan kerja penyelenggaraan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) PayDirect Touch ‘n Go
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.