Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lamborghini Urus Performante Essenza SCV12  Special Edition (2023) Ini Ada 40 Unit Sahaja!
Roda4

Lamborghini Urus Performante Essenza SCV12  Special Edition (2023) Ini Ada 40 Unit Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata09/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA diperhatikan pemilik kenderaan eksotik biasanya individu yang sama. Jika seseorang itu ada Ferrari, dia juga memiliki Lamborghini, McLaren dan pelbagai jenama lain di rumahnya.

Pengeluar juga yang mempunyai pangkalan data golongan itu akan menawarkan atau menjemput mereka memiliki model terbaharu. Justeru tidak hairan jika sesebuah model itu habis dijual sebelum dilancarkan secara rasmi.

Ini pula projek terbaharu Lamborghini, iaitu Urus Performante Essenza SCV12  Special Edition (2023) yang didedikasi untuk hypercar Lamborghini Essenza SCV12 dan dibuat khas untuk 40 pemilik kereta hiper tersebut.

Lamborghini Essenza SCV12 diperkenalkan pada Julai 2020 dengan spesifikasi istimewa untuk pemanduan trek sahaja, atau bermaksud tidak sah digunakan di jalan raya awam.

Lamborghini Urus Performante Essenza SCV12 Special Edition (2023) dibuat divisyen Ad Personam Lamborghini dan setiap pemilik Essenza SCV12 boleh membuat spesifikasi peribadi.

Menarikkan? Bayangkan anda memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) edisi khas itu ke litar dan kemudian menikmati Essenza SCV12. Lebih menarik jika SUV tersebut dapat pula menunda Essenza SCV12 dengan treler di belakang.

Antara ciri istimewa Lamborghini Urus Performanter Essenza SCV12  Special Edition (2023) adalah penggunaan banyak komponen gentian karbon terdedah dengan kemasan kilat atau kusam (matte). Banyak komponen gentian karbon SUV itu, seperti penutup enjin, bumbung, panel alang pintu, cermin sisi dan braket pintu but.

Badan kereta menggunakan grafik khas dan warna mengikut permintaan pelanggan, dibuat ala Essenza SCV12 seperti nombor pada pintu.

Setiap unit Lamborghini Urus Performante Essenza SCV12  Special Edition (2023) dipasangkan rim 23 inci hitam kilat dan kaliper hitam sebagai ciri standard. Seperti biasa, pelanggan turut diberi kebebasan menukar rim dan warna.

Ruang kabin dibalut kemasan Alcantara Nero Cosmus (hitam), aksen gentian karbon (hitam kilat atau kusam), aluminium hitam dan Dark Package kecuali hendal pintu merah.

Menjadikan model itu lebih istimewa adalah dua plak gentian karbon tertera logo ulang tahun Lamborgini ke-60 tahun, dan satu lagi memaparkan nombor siri kenderaan atau nama pelanggan.

Lamborhini Urus Performante diperkenalkan pada 2022 sebagai siri Urus paling berkuasa dengan enjin 4.0L turbo kembar V8 berkuasa 666hp @ 6,000rpm, dan tork 850Nm @ 2,300rpm-4,500rpm.

SUV itu mampu memecut 0-100 kmj sepantas 3.3 saat, manakala kelajuan maksimum mencecah 306kmj.

BACA >>> Lamborghini Urus S (2023), Versi Performante yang Sama Enjin, Tapi Lebih Ringan, Murah
BACA >>> Lamborghini Untung RM11.4b Sepanjang 2022, Urus Paling Laris!
BACA >>> SUV Super Lamborghini Urus Performante yang Lebih Laju dan Ringan!

Lamborghini Urus Essenza SCV12 Special Edition
Lamborghini Essenza SCV12

 

Lamborghini Lamborghini Essenza SCV12 Lamborghini Urus Lamborghini Urus Essenza SCV12 Special Edition Lamborghini Urus Performante Lamborghini Urus Performante “Essenza SCV12” Limited Edition Lamborghini Urus Performante Essenza SCV12  Special Edition (2023) Lamborghini Urus Performante Special Edition Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.