Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lagi Kes Maut Akibat Bateri Skuter Elektrik Meletup di India
Auto Terkini

Lagi Kes Maut Akibat Bateri Skuter Elektrik Meletup di India

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG bapa berumur 40 tahun terbunuh, manakala isteri dan dua anak perempuannya melecur teruk apabila bateri sebuah skuter elektrik meletup dan terbakar di India.

Kes itu ialah insiden kematian kedua membabitkan bateri skuter elektrik terbakar dan meletup sepanjang bulan ini, dan mangsa terbunuh ialah Kotakonda Siva Kumar.

BACA >>> Warga Emas Maut Skuter EV Meletup dalam Rumah di India, Kualiti Bateri China Diragui?
BACA >>> Kes Bateri Terbakar: Ola Electric Panggil Balik 1,441 Skuter Elektrik di India

Polis India berkata, keluarga mangsa membeli skuter elektrik Boom Motors Corbett 14 sehari sebelum nahas itu berlaku. Mangsa dikatakan menanggal pek bateri dan membawanya ke dalam rumah sewa untuk dicas kerana tiada soket luar. Insiden berlaku sekitar jam 3.30 pagi, Sabtu lalu.

Pegawai Polis Suryaraopet, Inspektor K Janaki Ramayya berkata;

Ini skuter elektrik kedua Siva Kumar. Akibat letupan bateri, ruang tamu mangsa disambar api dan keluarganya lari ke dapur untuk menyelamatkan diri.

“Rumah itu tiada ventilator udara menyebabkan asap tebal terperangkap. Semua mangsa mengalami kecederaan melecur dan asfiksia.”

Mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital, manakala isteri, Harathi, 30, dan dua anak mereka, Bindu Sri, 10, dan Sashi, 6, dirawat dengan 30 peratus badan terbakar.

BACA >>> Bermaz Tayang SUV EV Mazda MX-30, Bakal Masuk Malaysia!

Pengeluar skuter, Booma Innovative Transport Solutions Pvt Ltd (Boom Motors) di Coimbatore dan pengedar Joy e-Bikes di Vijayawada sudah dipanggil polis.

Boom Motors mendakwa menerima tempahan 150,000 unit skuter elektrik untuk Corbett dalam tempoh empat bulan pada harga jualan bermula 86,999-119,999 rupee (RM4,960-RM6,840). Malah pengeluar itu terpaksa menutup tempahan sementara dan memulangkan wang pendahuluan kepada beberapa pelanggan kerana tidak mampu memenuhi jumlah permintaan.

Pengeluar itu juga cuma mampu menghasilkan 50 unit skuter sehari sebelum kapasiti pengeluaran dinaikkan kepada 300 unit sehari. Setakat ini, ada lebih 1,000 unit skuter elektrik keluaran syarikat itu di India.

Corbett menggunakan pek bateri 2.3kWh yang boleh ditambah kepada 4.6kWh dengan jarak tunggangan 200km. Kelajuan skuter itu 75kmj, dan mampu membawa beban hingga 200kg.

BACA >>> #TahukahAnda: RON95 atau RON97, Mana Lebih Bagus, Apa yang Berbeza?
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Paling Selamat Hendak Memotong Kenderaan Lain?
BACA >>> Kenali 7 Jenis Pemandu Atas Jalan Raya, dan Anda Salah Seorang Daripadanya?

SUMBER: NewIndianExpress | MotorBeam

autoterkini Boom Motors Corbett 14 Booma Innovative Transport Solutions Pvt Ltd (Boom Motors) Isu Skuter Elektrik JOY E-Bikes K Janaki Ramayya Kotakonda Siva Kumar roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.