Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Warga Emas Maut Skuter EV Meletup dalam Rumah di India, Kualiti Bateri China Diragui?
Auto Terkini

Warga Emas Maut Skuter EV Meletup dalam Rumah di India, Kualiti Bateri China Diragui?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INDIA sejak dua bulan lalu merekodkan beberapa kes skuter elektrik terbakar. Paling terbaharu, insiden sama berlaku di bandar Nizamabad dalam Telangana yang menyebabkan seorang warga emas terbunuh.

Menurut laporan, sebuah skuter elektrik meletup dalam rumah hingga menyebabkan lelaki berusia 80 tahun terbunuh, manakala isteri dan cucunya cedera terbakar.

BACA >>> Singapura Lancar Skuter Elektrik Pertama, Sekali Cas 200km, Harga RM40k!
BACA >>> Yamaha Fokus Penuh Jualan Motosikal, Skuter Elektrik Bermula 2050

Skuter itu dilaporkan dikeluarkan syarikat Pure EV yang berpangkalan Hyderabad dan juga bukan kes kebakaran pertama. Malah Pure EV sudah memanggil balik 2,000 unit skuter itu dari rangkaian ETrance Plus dan EPluto 7G berikutan kes kebakaran yang berlaku.

Terdahulu, syarikat EV lain , Okinawa Autotech turut memanggil balik 3,215 unit skuter elektrik, Praise Pro. Banyak kes skuter elektrik terbakar mencetuskan kebimbangan umum hingga wujud desakan supaya ujian ekstensif di bawah kawalan ketat diadakan. Malah timbul persoalan mengenai kandungan kimia dalam bateri, pembuatan bateri, sistem pengurusan bateri (BMS), sistem pengurusan haba (HMS) dan rekabentuk pek bateri untuk mencegah gejala panas lampau luar jangka.

Menteri Pengangkutan Jalan Raya Dan Lebuh Raya India, Nitin Gadkari menerusi ciapan Twitter menyatakan Kerajaan akan menggariskan undang-undang ketat berhubung kualiti EV.

Nitin berkata;

Kita sudah membentuk Suruhanjaya Pakar untuk menyiasat insiden berkenaan dan mengemukakan langkah pemulihan.

“Berdasarkan laporan, kami akan mengeluarkan arahan yang perlu kepada syarikat terlibat. Kami juga akan mengeluarkan garis panduan kualiti untuk EV.

“Jika ada syarikat didapati cuai dalam proses sendiri, penalti berat akan dikenakan dan perlu memanggil balik produk mereka.”

We have constituted an Expert Committee to enquire into these incidents and make recommendations on remedial steps.

Based on the reports, we will issue necessary orders on the defaulting companies. We will soon issue quality-centric guidelines for Electric Vehicles.

— Nitin Gadkari (@nitin_gadkari) April 21, 2022

KENAPA BATERI EV BOLEH TERBAKAR?

  • Bateri litium-ion digunakan untuk hampir semua produk EV di India dengan operasi optimum hingga suhu 38°C ± 5°C.
  • Bagaimanapun, suhu musim panas di India boleh mencecah hingga 50°C, lebih2 lagi apabila terdedah kepada cahaya matahari secara langsung yang menyebabkan situasi panas lampau (overheat) dan kebakaran.
  • Cuaca dan jalan raya di India juga menyumbang kepada degradasi bateri yang lebih pantas.
  • Pengeluar perlu mengambil kira semua faktor di atas apabila menghasilkan perkakasan BMS, rekabentuk mekanikal, strategi penyejukan, sistem prestasi pintar ketika mengecas atau nyah cas, dan pada suhu ekstrem.
  • Ada beberapa pengeluar EV India menggunakan bateri yang diimport dari China, termasuk komponen trenkuasa. Bateri substandard mungkin tidak sesuai dengan iklim panas melampau di India.
  • Bateri import juga mungkin tidak diuji sebelum pengeluaran komersial dilakukan.
  • Tiada mekanisme dikuatkuasakan untuk memastikan pengilang asal melakukan kawalan kualiti, terutama komponen bateri.

BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla
BACA >>> Harga Kereta Elektrik Turun Hampir 50 Peratus di China, Dapat Beli Semurah RM8.3k
BACA >>> Kajian: Satu Pertiga Penunggang UK Tidak Mahu Motosikal Elektrik

SUMBER: ET Auto | TOI

Auto Terkini Kenderaan Elektrik Okinawa Autotech Pure EV Pure EV EPluto 7G Pure EV ETrance Plus roda2 skuter elektrik terbakar Skuter EV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.