Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: RON95 atau RON97, Mana Lebih Bagus, Apa yang Berbeza?
Autotainment

#TahukahAnda: RON95 atau RON97, Mana Lebih Bagus, Apa yang Berbeza?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MANA satu pilihan terbaik untuk buat isian semula bahan api, minyak RON95 atau RON97? Persoalan ini sememangnya pernah bermain dalam fikiran hampir semua pemilik kenderaan. Tidak dinafikan, ramai yang beranggapan bahan api RON97 adalah pilihan yang lebih baik untuk kereta. Adakah ini bermakna RON95 kurang baik jika digunakan? Jawapannya, TIDAK.

Bagi mendapat pemahaman mengenai apa sebenarnya RON dan kenapa pilihan RON amat penting untuk enjin kereta anda, jom baca artikel ini.

APA MAKSUD RON?

Research Octane Number atau singkatan RON menunjukkan keupayaan petrol untuk menahan ketukan (dan bukan kuasa).

Penarafan (rating) RON ini penting kerana apabila ketukan berlaku, enjin akan hilang kuasa dan kerosakan boleh berlaku. Lazimnya, oktana yang diperlukan enjin sudah ditetapkan pembuat enjin atau pengilang komponen asli (OEM).

Ini bermaksud, RON boleh menentukan tahap antiketukan (anti-knock) dan ketahanan terhadap pranyalaan (pre-ignition). Lebih tinggi oktana, lebih tinggi ketahanan minyak terhadap proses mampatan sebelum pembakaran.

Kebanyakan kereta di Malaysia sesuai menggunakan RON95 dan RON lebih tinggi tidak semestinya menjanjikan prestasi lebih baik.

KEMAJUAN TEKNOLOGI ENJIN

Inovasi dalam teknologi enjin terkini dengan sistem pengurusan enjin (engine management system) kini boleh mengubah suai sistem enjin sesetengah kenderaan secara automatik untuk memperoleh prestasi lebih baik jika menggunakan bahan api RON lebih tinggi.

Saintis Shell, Colin Chin berkata;

Oktana boleh diumpamakan dengan kuantiti makanan. Badan memerlukan makanan secukupnya untuk kita menahan lapar dan memberi tenaga.

“Mengambil contoh makanan dengan RON sebagai kuantiti makanan. Kalau badan kita dapat mengubah suai kadar penghadaman makanan dan meningkatkan kadar metabolisma, kita boleh dapat lebih bertenaga kalau ada lebihan makanan.

“Jadi, keadaan ini bergantung kepada jenis enjin pada sesetengah kenderaan dan boleh menikmati faedah daripada oktana tinggi.”

BAGAIMANA PILIH RON BERKUALITI TINGGI


Oktana bukan hanya satu ciri bahan api penting. Ada perkara lain yang penting berkaitan bahan api, iaitu:

  • Kadar kebersihan enjin membabitkan komponen injap dan injektor bahan api.
  • Geseran dalam bahan api baik, bergantung rumusan aditif khas.

Rumusan aditif khas itu sebenarnya amat penting kerana ia mengekalkan kadar kebersihan sistem enjin kenderaan dan aditif pengurang geseran untuk prestasi lebih baik.

RON95 vs RON97

Anda boleh ketahui saranan jenis RON bahan api yang sesuai untuk keperluan kenderaan dengan merujuk buku manual dibekalkan pengeluar automotif. Apa anda perlu sedar bukan semua bahan api di pasaran adalah sama.

Jika mahu membuat isian semula bahan api, anda disarankan supaya jangan sekadar pilih RON, tetapi pilihlah bahan api mengandungi rumusan (formulasi) khas yang membantu:

  • Meninggikan prestasi
  • Meningkatkan kadar keefisienan enjin
  • Memberi perlindungan tambahan

Kenapa RON95 berwarna kuning cair dan RON97 kelihatan kemerah-merahan? Sebenarnya warna tulen bahan api petrol dan diesel bersifat kekuningan. Perbezaan warna merah itu disebabkan terdapat campuran pewarna merah.

Beberapa laporan pernah mendedahkan pihak berkuasa Malaysia menetapkan RON97  perlu berwarna merah untuk tujuan pengenalan kepada beberapa gred dan jenis bahan api. Jangan risau, pewarna itu tidak memberi sebarang kesan terhadap kualiti bahan api atau prestasi enjin. Ia sekadar warna.

Dari segi nombor oktana, RON97 memiliki daya ketahanan minyak terhadap proses mampatan lebih tinggi yang membawa kepada penghasilan kuasa lebih bertenaga. Bagaimanapun, kedua-dua bahan api iaitu RON97 dan RON95 ialah produk berkualiti tinggi.

Maklumat syarat minimum RON untuk enjin ada dinyatakan dalam buku manual kenderaan.

Jika buku manual menyarankan penggunaan RON95 dan anda menggunakan bahan api oktana sama, ia tidak mendatangkan risiko kerosakan enjin. Sebaliknya, jika memilih menggunakan RON97 atau gred bahan api lebih tinggi, langkah itu juga tidak menyebabkan masalah terhadap kenderaan.

Mungkin ada masih tidak sedar RON95 menawarkan penjimatan wang dan bahan api kepada pengguna. Ini kerana Shell Malaysia sudah menawarkan bahan api Shell FuelSave 95 yang direka dengan teknologi DYNAFLEX untuk ekstra kilometer melalui:

  • Ekstra Penjimatan Serta-merta  – Shell FuelSave 95 mengurangkan geseran sehingga 90 peratus pada bahagian kritikal enjin untuk memaksimumkan penjimatan petrol.
  • Ekstra Bersih – Shell FuelSave 95 menghalang pembentukan mendapan sehingga 95 peratus untuk enjin lebih bersih.
  • Ekstra Perlindungan – Shell FuelSave 95 melindungi enjin daripada kehausan, kakisan dan pembentukan mendapan dengan ‘Triple Action Formula’.

KESIMPULAN

Rata-rata pemilik kenderaan di Malaysia boleh dikategorikan dalam dua golongan pengguna bahan api iaitu:

  • Mementingkan ekstra kilometer atau penjimatan.
  • Menggemari kuasa atau prestasi tinggi.

Keperluan itu sudah disediakan di sebahagian besar stesen minyak Shell dengan tawaran dua jenis bahan api berkualiti tinggi, iaitu Shell FuelSave 95 dan Shell V-Power 97.

Kedua-duanya mempunyai formulasi Shell DYNAFLEX untuk memberikan kelebihan kepada enjin kenderaan anda. Shell FuelSave 95 adalah untuk Ekstra Kilometer dan Shell V-Power 97 pula disediakan khas kepada mereka yang mahukan prestasi lebih tinggi.

autotainment Petrol Shell RON95 vs RON97 Shell Shell FuelSave 95 Stesen Minyak Shell tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.