• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kenali 7 Jenis Pemandu Atas Jalan Raya, dan Anda Salah Seorang Daripadanya?

Kenali 7 Jenis Pemandu Atas Jalan Raya, dan Anda Salah Seorang Daripadanya?

March 27, 2016 By AO Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAJIAN Eropah terbaru mendedahkan tujuh jenis pemandu atas jalan raya hari ini. Ahli psikologi sosial dari Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London (LSE) bersama Goodyear Tires menjalankan satu kajian psikologi sosial mengenai keselamatan jalan raya. Hasilnya, kajian mengenal pasti beberapa cara reaksi manusia apabila berinteraksi dengan pemandu lain di jalan raya.

Menerusi temu bual mendalam dan pengurusan kumpulan fokus ke atas pemandu Eropah, penyelidik mengenal pasti tujuh personaliti berbeza yang sering terserlah apabila seseorang itu di jalan raya. Nampaknya tidak banyak berbeza dengan pemandu di Malaysia bukan?

Mari kita baca dan semak diri.

1. GURU

cikgu-pandulajudotcomdotmy
Pemandu jenis pertama ialah guru  yang merasakan dirinya perlu memastikan pemandu lain tahu kesalahan mereka. Pemandu jenis ini juga mengharapkan pengiktirafan atas usaha mereka mengajar pemandu lain. Ibu dan bapa kita adalah antara pemandu yang mempunyai ciri semulajadi seperti ini. Ada saja yang mahu dikritik mereka tentang cara kita memandu. 😉

2. TAHU APA SAJA

tahu-apa-saja-pandulajudotcomdotmy
Pemandu jenis ini sentiasa memikirkan mereka dikelilingi orang yang kurang bijak dan tidak cekap. Mereka biasanya akan menggembirakan hati dengan menjerit sombong kepada pemandu lain ketika sedang melindungi kenderaan sendiri. Ada saja yang dingomelkan pemandu jenis ini tentang cara pemanduan orang lain.

3. PESAING

Jenis Sikap pemandu atas jalan raya
Mereka sentiasa merasakan perlu berada di hadapan pemandu lain dan mudah rasa terganggu apabila orang lain memotong atau mendapat laluan. Cara mengenalpasti pemandu jenis ini ialah mereka cenderung memecut apabila seseorang cuba memotong kenderaan mereka atau mengekori rapat (cucuk) kenderaan hadapan bagi mengelak dipintas kenderaan lain dari tepi.

4. 'THE PUNISHER'

Jenis Sikap pemandu atas jalan raya
Penghukum naik setahap lebih teruk daripada Tahu Apa Saja. Mereka memang suka menghukum pemandu lain atas sebarang perlakuan yang dianggap salah pada pandangan mata mereka. Gelaran lain untuk mereka ialah pembuli jalanan. Mereka tidak hanya bising di dalam kereta, tetapi turut menjerit dan marah kepada pemandu lain. Mereka bila-bila masa boleh menunjukkan isyarat lucah dan berpotensi melakukan serangan fizikal terhadap pemandu lain.

5. AHLI FALSAFAH

ahli-falsafah-pandulajudotcomdotmy
Bertentangan dengan The Punisher, Ahli Falsafah lebih tenang. Mereka mudah menerima kesalahan orang lain dan cuba menjelaskan rasional kesalahan tersebut. Mereka pandai mengawal emosi ketika dalam kereta. Misalnya, jika ada kereta memandu laju membuta tuli, mereka cuba mewajarkan tindakan itu dengan mengatakan mungkin pemandu tersebut sedang sakit perut.

6. PENGHINDAR

penghindar-pandulajudotcomdotmy
Pemandu ini pula ialah lawan kepada pemandu jenis Pesaing. Penghindar enggan ambil pusing dengan pemandu tidak senonoh dan menganggap mereka sebagai makhluk berbahaya yang perlu dielak. Pendek kata, mereka malas cari pasal dan enggan berkonfrontasi.

7. PENYELAMAT DIRI

penyelamat-diri-pandulajudotcomdotmy

Pemandu jenis ni suka mendengar muzik atau bercakap telefon ketika memandu. Mereka cuba mengalihkan perhatian diri menerusi hubungan sosial tertentu supaya tidak terlibat dengan pemandu lain. Ini juga strategi untuk tidak kecewa atau stres ketika memandu.


Banyak masa kita boleh duduk bahagia dalam gelembung selesa kereta kita, tetapi di setiap sudut mana pun kita mungkin perlu bertinteraksi dengan pemandu lain.

Ini menjadi jalan raya persekitaran sosial yang mencabar dan tidak pasti. Ketika kita mungkin bimbang dengan cara orang lain memandu, kajian menunjukkan tingkah laku mereka juga bergantung kepada apa yang kita sedang buat.

Kita mencipta personaliti yang kita tidak suka. Dari sudut pandang psikologi, perbezaan jenis personaliti ini mewakili pelbagai outlet yang pemandu gunakan untuk berurusan dengan kekecewaan dan perasaan mereka yang kuat. Kita tidak sentiada berada dalam satu-satu jenis personaliti. Bergantung kepada situasi dan interaksi dengan pemandu lain. Rata-rata kita akan mendapati ada banyak jenis personaliti dalam diri."

- Dr Chris Tennant, Ketua Penyelidik LSE

SUMBER: Autoguide.com

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: 7 jenis pemandu, autotainment, Chris Tennant, Goodyear Tires, LSE, perangai pemandu Malaysia, psikologi pemandu, Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Unit Sehari!
    Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Unit Sehari!
  • Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
    Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
  • 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
    34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
  • Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim
    Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my