Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kutipan Tol Lebuhraya EKVE Mula Tengah Malam Ini!
Auto Terkini

Kutipan Tol Lebuhraya EKVE Mula Tengah Malam Ini!

SyafieBy Syafie24/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE)

SELEPAS hampir dua bulan menikmati laluan percuma, pengguna Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) akan mula dikenakan tol bagi Seksyen 1 bermula jam 12:01 tengah malam ini, 25 Oktober 2025 (Sabtu).

Langkah itu menandakan fasa operasi penuh lebuh raya berkenaan selepas dibuka secara rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Ogos lalu sebagai sebahagian inisiatif Kerajaan MADANI untuk melancarkan aliran trafik di kawasan Ampang, Hulu Langat dan Sungai Long.

Kutipan Tol Secara Elektronik Penuh

Logo EKVE

EKVE Sdn Bhd (EKVE) memaklumkan kutipan tol di Seksyen 1 EKVE akan dilaksanakan sepenuhnya secara elektronik menggunakan sistem Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID.

Pengguna diingatkan memastikan baki eWallet atau kad Touch ‘N Go (TNG) mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesulitan ketika melalui plaza tol.

Kadar Tol Ikut Kelas Kenderaan

Caj Lebuhraya EKVE
Caj Lebuhraya EKVE
Caj Lebuhraya EKVE
Caj Lebuhraya EKVE

Nasihat kepada Pengguna

Pihak EKVE Sdn Bhd menasihatkan semua pengguna:

  • Mematuhi papan tanda arah dan peraturan jalan raya
  • Menyemak baki eWallet sebelum perjalanan
  • Menggunakan lorong RFID, SmartTAG atau TNG dengan betul untuk kelancaran trafik

Dengan bermula kutipan tol itu, pengguna EKVE diharap dapat menyesuaikan diri dengan kadar baharu dan sistem kutipan tanpa tunai sepenuhnya.

Pihak EKVE turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas maklum balas positif dan sokongan sepanjang tempoh percuma lalu, serta berharap kerjasama tersebut diteruskan bagi menjamin pengalaman pemanduan lebih selamat dan lancar di Lembah Klang Timur.

SUMBER: FB SKVE

Auto Terkini East Klang Valley Expressway (EKVE) kerajaan madani Lebuhraya EKVE Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

    01/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.