Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Sportage (2023) Kini Lebih Menawan, Bakal Masuk Pasaran AS Tahun Depan
Auto Terkini

Kia Sportage (2023) Kini Lebih Menawan, Bakal Masuk Pasaran AS Tahun Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS debut model Kia Sportage (2023) di Korea Selatan dan Eropah, model generasi kelima crossover itu membuat kemunculan di Amerika Syarikat (AS). Ia dijangka memasuki pasaran pada suku pertama 2022.

Sportage (2023) menggunakan platform N3 sama seperti model Sorento iaitu module berasaskan keluli ketahanan tinggi yang direka untuk menambah baik kekuatan dan ketegaran torsi. Model itu juga menggunakan material serapan bunyi dan bahan penebat untuk memastikan suasana lebih senyap dalam kabin semasa pemanduan.

BACA >>> Lakaran Bayangan Kia Sportage (2021) Berdasarkan Video Intip, Lancar Bulan Ini!
BACA >>> Kia Sportage JBL Black Edition (2021) Tawar Pembesar Suara Premium Berkualiti

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?
BACA >>> Ini Janji Bermaz untuk Pemilik Kia Malaysia

Dimensi Sportage baharu ditambah berbanding model terdahulu iaitu 18 sentimeter (sm) lebih panjang dengan tambahan jarak roda sebanyak 8.64sm.

Kia masih tidak mendedahkan jenis trenkuasa yang akan digunakan model Sportage tetapi berdasarkan data yang ada, enjin 4-silinder 2.5-liter itu dianggarkan menghasilkan kuasa 187hp dan menggunakan sistem transmisi automatik8-kelajuan.

Ada dua pilihan sistem pacuan roda iaitu dua roda depan atau empat roda (AWD). Khabarnya, ada trenkuasa hibrid mungkin memasuki pasaran AS tetapi tiada maklumat dikongsi. Di Korea Selatan, Kia ada menawarkan Sportage jenis Plug-in Hybrid.

BACA >>> Ini Sebab Kenapa Sistem Hibrid Toyota Sesuai untuk Pasaran Malaysia

Kia ada varian crossover lebih rugged iaitu Sportage X-Line dan X-Pro  yang hadir dengan sistem pacuan semua roda. X-Line ada kemasan krom pada bampar dan kemasan hitam berliat pada perumah cermin sisi, rak bumbung dan bingkai tingkap. Rim digunakan ialah 19 inci.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 10 Budaya Kereta Jepun yang Perlu Anda Tahu

Varian X-Pro (2023) lebih bertenaga untuk pemanduan off-road dengan penggunaan rim 17 inci dengan balutan tayar B.F. Goodrich All terrain. Model itu juga hadir dengan lampu kabus LED, pemanas cermin depan dan mode pemanduan multi-permukaan dengan tetapan Normal, Sport, Smart dan Salji.

Selain dua model itu, Kia juga ada varian X-Pro Prestige dengan beberapa tambahan ciri seperti lampu projektor LED, kerusi dengan ciri ventilator udara dan ciri penyelarasan 8-tahap untuk kerusi penumpang barisan depan.

BACA >>> Orang Malaysia Sudah Boleh Masuk Thailand 1 November Ini

Desain Sportage baharu lebih menarik berbanding generasi sebelumnya dengan grill tiger nose lebih kecil. Ada lampu siang (DRL) berbentuk bumerang.

Ruang kabin ada skrin panoramik yang mengandungi dua skrin dengan sebesar 12.3 inci untuk paparan maklumat iaitu kluster instrumen dan sistem infotainmen. Ada touch pad untuk kawalan iklim dan audio dalam kabin, serta fungsi menukar tetapan suhu kabin dan paras bunyi audio menggunakan tombol.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Ativa X – Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

Hadir dengan pakej keselamatan seperti Bantuan Pencegahan Pelanggaran Depan, Bantuan Kekal Lorong, Amaran Jarak Undur Parkir, Amaran Perhatian Pemandu dan Amaran Penumpang Barisan Belakang.

Ciri opsyen pula merangkumi Amaran Pelanggaran Dalam Zon Titik Buta, Amaran Jarak Parkir Arah Depan, Bantuan Cegah Pelanggaran Parkir Belakang dan Kawalan Kruise Adaptif.

Ada beberapa varian Sportage 2023 iaitu LX, EX, SX, SX-Prestige, X-Line, X-Pro dan X-Pro Prestige. Kia akan umum harga pada hari pelancaran.

BACA >>> Lebih 400k unit Kereta Rosak Akibat Banjir Peningkan Industri Insurans China
BACA >>> Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bukan Myvi, Tetapi Banyak Tayar Lori, Treler Tercabut?
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal

SUMBER: Motor1

Kia Kia Sportage 2023 plug-in hybrid Roda4 SUV Crossover Kia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

    08/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.