Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?

Abang HirataBy Abang Hirata14/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CROSSOVER
MX-30 ialah kenderaan elektrik (EV) pertama Mazda. Model ini juga sebahagian strategi elektrifikasi Mazda seperti yang dapat dilihat pada sistem hibrid ringan Mazda M Hybrid dan digunakan pada Mazda3, Mazda CX-30 dan beberapa model terpilih Mazda2.

Apabila menyentuh tentang EV, dua perkara yang harus diberi perhatian ialah jarak pemanduan dan tempoh pengecasan. MX-30 pula boleh dipandu hingga 124 batu (200km). Berdasarkan standard EV semasa, jarak ini cuma biasa-biasa saja.

Kenapa? Adakah Mazda tiada kepakaran dan teknologi mencukupi? Sebelum itu, kita kenali dahulu teknologi dan komponen digunakan MX-30.

BACA >>> #RetroAuto: Mazda Miata – Roadster Popular Unik Lebih Tiga Dekad

 SPESIFIKASI TRENKUASA MX-30

  • Menggunakan motor elektrik AC segerak (synchronous)
  • Pacuan roda depan (FWD)
  • Bateri litium-ion 35.5kWh
  • Pengecasan AC hingga 6.6Kw dan pengecasan pantas DC patuh standard cas kombo 125A
  • Kuasa maksimum sistem 143hp  dan tork 271Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 9.7 saat
  • Ada kabel pengecas Type 2 Mode 2 untuk soket tiga pin. Type 2 Mode 3 untuk cas di rumah atau fasiliti pengecasan awam
  • Soket DC mampu mengecas pantas hingga 50kW. Cara ini memberikan 80 peratus tenaga dalam masa 30-40 minit

Soalannya, kenapa MX-30 hanya boleh dipandu sekitar 200km sahaja? Dengan jarak tersebut, MX-30 dilihat lebih mesra untuk pemanduan dalam bandar dan bukan jarak jauh. Sekali lagi, falsafah sentiasa mendahului aspek pembangunan kenderaan Mazda, iaitu mengenai penggunaan sumber kuasa betul, di tempat betul, dan pada masa tepat.

Ia membentuk pendekatan ‘dari telaga (minyak) ke roda (well-to-wheel)’ bagi mengukur emisi.

BACA >>> #PanduUji: Mazda 3 (2019) yang Seksi dan Mantap Serba-Serbi

FALSAFAH DAN SEBAB MAZDA MAHU TAMPIL BERBEZA

  • Kaedah atau pendekatan ‘dari telaga ke roda’ yang digunakan itu bukan mengenai emisi karbon dioksida (C02) daripada kenderaan saja, tetapi merangkumi proses pengeluaran dan penapisan minyak.
  • Kebaikan atau keburukan tidak dikira pada sesebuah kenderaan itu, tetapi keseluruhan proses awal hingga akhir.
  • EV adalah mengenai penjanaan elektrik. Ia adalah tentang EV dan bateri digunakan. Mazda anggap ia penting untuk mengurangkan pelepasan CO2 sepanjang kitaran hayat produk.
  • Menggunakan Penilaian Kitaran Hayat (LCA), iaitu teknik yang direka bagi mengukur impak terhadap alam sekitar sepanjang hayat produk, bermula pengekstrakan bahan mentah diperlukan untuk pengeluaran hingga pelupusan selepas tamat digunakan.

BERIKUT KAJIAN SOKONGAN INISIATIF MAZDA

  • Kajian Mazda dan Universiti Kogakuin yang diterbitkan dalam majalah Sustainable Science dan LCA mendapati EV dengan bateri lebih kecil cenderung menghasilkan pelepasan CO2 lebih rendah berbanding kereta dengan enjin diesel yang setara.
  • Mazda percaya kapasiti 35.5kWh pada bateri MX-30 memberikan keseimbangan optimum antara jarak pemanduan dan pelepasan CO2 dari perspektif LCA.
  • Ini menjadikan berat keseluruhan MX-30 lebih rendah untuk pengendalian yang baik dan lebih tangkas.
  • Saiz bateri dipilih dengan cermat supaya dapat meminimumkan pelepasan CO2 sepanjang kitaran hayat daripada pengekstrakan sumber hingga pelupusan bateri.

Dari segi prestasi, MX-30 yang dipacu roda depan ini memiliki kuasa 143hp dan tork 271Nm, manakala pecutan 0-100kmj memerlukan masa 9.7 saat. Di sini jelas menunjukkan bukan Mazda tidak mahu MX-30 dipandu lebih jauh, tetapi pengeluar itu faham tentang apa dilakukan. Alang-alang masuk dalam bidang EV, biarlah sepadan dengan impak alam sekitar.

Sekali lagi Mazda menunjukkan dan membuktikan cara fikir yang berbeza berbanding pengeluar lain, sama seperti apa dilakukan pada teknologi SkyActiv.

BACA >>> Mazda CX-30, MX-30 Raih Anugerah Red Dot: Product Design 2020

GALERI
MAZDA MX-30 100th Aniversary Model (Japanese Specification)
Crossover Crossover EV EV Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mazda Mazda MX-30 Roda4 tahukah anda
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    06/05/2026
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.