• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 400k unit Kereta Rosak Akibat Banjir Peningkan Industri Insurans China

Lebih 400k unit Kereta Rosak Akibat Banjir Peningkan Industri Insurans China

August 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEBIH 400,000 unit kereta ditemui dalam lumpur selepas banjir besar surut bulan lalu di China membimbangkan pihak insurans republik Komunis itu.

Khabarnya, bencana tersebut menyebabkan kerugian terkumpul kira-kira AS$1 bilion (RM4.23 bilion) yang dijangkaterus meningkat.

Juga ada beberapa laporan mendakwa situasi itu memberi tekanan hebat  terhadap sistem insurans China yang kini bergelut mencari jalan keluar.

BACA >>> Liberty Mutual Mahu Ambil Alih AmGeneral, Jadi Syarikat Insurans Motor Terbesar
BACA >>> Henan Banjir Teruk Sampai Air Masuk dalam Tren

Statistik Persatuan Insurans Henan pada 28 Julai lalu mendedahkan industri insurans Henan menerima 12,300 tuntutan kerugian bernilai kira-kira 9.804 bilion yuan (RM6.4 bilion). Bagi kes insurans motor, jumla mencapai 226,400 tuntutan.

Jumlah kenderaan ditenggelami air sebenarnya lebih tinggi dan angka kenderaan rosak di Zhengzhou saja sudah melepasi 400,000 unit atau satu persepuluh kenderaan di Zhengzhou."

Dianggarkan 25 peratus kenderaan rosak teruk dan layak lupus, manakala 60 peratus lagi yang perlu dibaik pulih.

Statistik Biro Keselamatan Awam Zhengzhou mendedahkan, bandar itu mempunyai 4.901 juta kenderaan, yang juga bandar automotif keenam terbesar China.

Beberapa pihak pengedar pula terpaksa menyewa lot parkir untuk menempatkan ratusan hingga ribuan unit kereta rosak yang menunggu giliran dibaik pulih.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tak Puas Hati Jiran Parkir Depan Rumah? Ambil Tindakan Undang-Undang Ini!
BACA >>> Teringin Pakai Toyota? Berapakah Agaknya Servis Kena Tanggung?

Selain mengejar masa membaik pulih kereta pelanggan terjejas, jurujual dan mekanik juga perlu melayan kerenah ramai pemilik kenderaan yang kerap menghubungi untuk mengetahui status kenderaan mereka.

Beberapa pakar dalam industri kenderaan menjangka kereta banjir yang sudah dibaik pulih akan memasuki pasaran kereta terpakai, acara lelongan atau mungkin dieksport ke luar wilayah atau negara.

Sebaliknya, kenderaan yang sukar dibaik pulih akan dileraikan untuk mendapatkan alat gantu dan dijual semula. Selebihnya, akan dihantar ke pusat pelupusan atau kitar semula.

BACA >>> Jangan Ambil Risiko Redah Banjir!
BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 9 Tip Ini Jika Kereta Tenggelam Banjir

An aerial view of flood-damaged cars waiting to be auctioned off in Zhengzhou, Henan province, Aug. 3, 2021. More than 400,000 vehicles were damaged by record rainfall and massive flooding in the city last month. (Photos: People Visual)

More Daily Tones: https://t.co/lkMSdCykro pic.twitter.com/oyXohVUtV3

— Sixth Tone (@SixthTone) August 4, 2021

SUMBER: Min.News

Artikel Berkaitan

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Banjir China, Bencana Alam, China lelong, Kereta Banjir, lelong kereta banjir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
    EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
  • Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
    Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
  • Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
    Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
  • Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!
    Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my