• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jangan Ambil Risiko Redah Banjir!

Jangan Ambil Risiko Redah Banjir!

January 4, 2021 By Aryon Leave a Comment

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA jalan raya dinasihatkan tidak mengambil risiko meredah jalan banjir untuk meneruskan perjalanan untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, orang ramai perlu memikirkan keselamatan diri kerana banyak jalan dinaiki air dan aliran air deras boleh mengundang padah.

Beliau berkata;

“Pengguna jalan raya perlu bersikap berhati-hati dan jangan mengambil risiko melakukan perjalanan sekiranya jalan dilalui dinaiki air. Berhati-hatilah semasa musim banjir ini. Tidak perlu keluar, jangan keluar, duduk sahaja di rumah."

Jam 8 malam tadi, seorang lelaki dilaporkan hanyut dengan kenderaan di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang ketika cuba menyelamatkan isterinya selepas air naik mendadak apabila pasangan itu cuba melalui jalan berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai rakaman video yang memaparkan pengguna motosikal cuba meredah jalan banjir dan dilimpahi air deras sebelum mengalami kemalangan.

Salah satu video tular itu ialah motosikal milik seorang lelaki yang hanyut dibawa arus deras dan mujurlah penunggang dan pembonceng dapat menyelamatkan diri.

BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 9 Tip Ini Jika Kereta Tenggelam Banjir
BACA >>> #ApaNakBuat: 9 Tip Redah Banjir yang Perlu Anda Tahu (Jika Terpaksa)

SUMBER: Bernama

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, banjir, Jangan Redah Banjir, Redah Banjir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my