JIKA anda sedang berkira-kiramahu menukar kereta baharu, inilah masanya. Anak syarikat DRB-HICOM Berhad, Edaran Otomobil Nasional (EON) hari ini secara rasmi membuka tirai EON & Sahabat Autofest 2026 di EON Glenmarie, Shah Alam.
Berlangsung tiga hari sehingga 10 Mei ini, pameran automotif pelbagai jenama edisi ketiga itu menghimpunkan lapan jenama automotif terkenal di bawah payung EON, yang lengkap dengan insentif pembelian yang direka untuk memudahkan proses selain memberi nilai serta-merta.
8 Jenama Bawah Satu Bumbung, Termasuk Ahli Baharu – Hyundai
Autofest 2026 kali ini lebih meriah dengan penyertaan lapan jenama: Proton, smart, Mitsubishi, Honda, Isuzu, Audi, Volkswagen dan ahli keluarga terbaharu, Hyundai.
Dari kereta nasional, kenderaan elektrik (EV) premium, kenderaan utiliti sukan (SUV) lasak hingga sedan mewah Jerman, semua ada untuk diteroka tanpa perlu berulang-alik ke bilik pameran berbeza.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EON Berhad, Akkbar Danial berkata, Autofest ini mencerminkan fokus EON untuk memudahkan perjalanan pemilikan kereta.
Dengan menyatukan jenama kenderaan, pembiayaan, tukar beli, mobiliti dan penyelesaian selepas jualan di bawah satu bumbung, kami mahu bantu pelanggan bergerak dari fasa pertimbangan ke pemilikan dengan lebih jelas, yakin dan mudah,” katanya.
Bertemakan, ‘This is your sign, Say Yes’, Akkbar berkata, adalah komitmen EON untuk menyokong rakyat Malaysia yang mahu membuat keputusan mobiliti seterusnya, sama ada pembeli pertama, mahu menaik taraf, atau beralih kepada model elektrik.
Tawaran Padu: Faedah 0.77%, Lulus Loan dan Dapat Kereta Hari Sama
Ini bahagian paling dinanti, yang mana EON & Sahabat Autofest 2026 menampilkan tawaran yang cukup agresif menerusi lima [5] sorotan tawaran utama:
1. Kadar Faedah Gila Rendah: Nikmati kadar faedah bermula serendah 0.77 peratus untuk model terpilih merentas semua jenama yang mengambil bahagian
2. Lulus Loan Hari Sama: Proses pembiayaan kenderaan dipermudah di lokasi melalui platform pembiayaan digital Tras. Lulus terus, dan boleh buat keputusan beli pada masa itu juga
3. Serahan Kenderaan Serta-Merta: Pembeli layak yang dapat kelulusan pembiayaan ketika acara, anda boleh membawa pulang kereta pada hari sama. Ini dapat menjimatkan masa menunggu yang biasanya berbulan lama
4. Waranti Lanjutan dan Perlindungan Percuma: Pembelian layak akan menerima Program Waranti Lanjutan percuma, memanjangkan perlindungan melebihi tempoh waranti standard, dan perlindungan Kemalangan Peribadi
5. Pandu Uji di Lokasi: Tidak yakin beli sebelum mencuba? Beberapa model terpilih disediakan untuk pandu uji terus di EON Glenmarie
Cabutan Bertuah: Menang Proton e.MAS 7, Ninja 250 dan Pakej Percutian
Semua tempahan yang layak sepanjang acara akan terus layak memasuki cabutan bertuah dengan hadiah tidak masuk akal., iaitu Hadiah Utama berupa sebuah Proton e.MAS 7.
Hadiah lain ditawarkan ialah:
- Modenas Ninja 250 ABS
- Pakej percutian bernilai RM10,000 dari Tripfez
- Gold-i bernilai RM10,000 dari Bank Muamalat
- Pelbagai ganjaran menarik lain
Ya, beli kereta, dan dapat peluang menang kereta lain. Berbaloi sangatkan!
Sambutan Hari Ibu, Aktiviti Keluarga
Memandangkan hari terakhir Autofest jatuh pada Hari Ibu (10 Mei), EON turut merancang aktiviti khas untuk meraikan ibu. Pengunjung boleh menjangka pengalaman mesra keluarga dan token penghargaan eksklusif untuk kaum ibu, menjadikan acara itu lebih meriah dan bermakna.
Budget Car Rental Lancar di Malaysia, Sewa Persona dari RM68 Sehari
Hari pertama Autofest turut menyaksikan debut rasmi sewa kereta Budget di Malaysia. Budget, ialah jenama adik kepada syarikat sewa kereta global Avis, yang dikendalikan DRB-Hicom EZ-Drive Sdn Bhd atau Avis Budget Malaysia.
Kehadiran Budget meluaskan lagi portfolio mobiliti EON dengan menawarkan solusi sewaan yang lebih mudah diakses, fleksibel dan mesra bajet. Satu kolaborasi strategik dengan Tourism Selangor juga diumumkan bagi memacu sektor pelancongan.
Ketua Pegawai Operasi (CEO) Avis Budget Malaysia, Adzfar Abd Aziz, berkata;
Autofest membolehkan pelanggan alami sendiri jenama Budget baharu dan lihat bagaimana kami memudahkan perjalanan harian, sama ada untuk urusan kerja atau santai, pada harga lebih berpatutan.”
Promosi Pelancaran Budget
Sewaan kereta bermula serendah RM68 sehari untuk Proton Persona. Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang tempoh Autofest akan menerima baucar AEON RM10 secara percuma.
Rakan Kongsi DRB-Hicom Turut Serta
Melengkapi pameran kenderaan, Autofest turut menampilkan tawaran daripada pelbagai rakan kongsi dalam Kumpulan DRB-HIicom seperti Avis Budget, Tras, DRB-Hicom University of Automotive Malaysia, Bank Muamalat, Pos Malaysia, Puspakom, Hicom Mechatronics Sdn Bhd, dan banyak lagi. Semua solusi pemilikan dari A hingga Z ada di sini.
Sebagai pameran automotif pelbagai jenama, EON & Sahabat Autofest 2026 diposisikan sebagai platform yang mudah dan boleh diakses untuk bakal pembeli, keluarga dan peminat automotif meneroka tawaran kenderaan dan solusi pemilikan semasa di satu lokasi.
Info Acara
Tarikh: 8 – 10 Mei 2026
Lokasi: EON Glenmarie, Shah Alam
Jenama: Proton, smart, Mitsubishi, Honda, Isuzu, Audi, Volkswagen, Hyundai
Laman web: www.eon.com.my






























































































