Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenapa Toyota Kijang Innova Zenix (2023) Guna Platform TNGA-C, Bukan Lagi IMV?
Roda4

Kenapa Toyota Kijang Innova Zenix (2023) Guna Platform TNGA-C, Bukan Lagi IMV?

Han OthmanBy Han Othman23/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Indonesia akhirnya rasmi melancarkan Toyota Kijang Innova Zenix (2023) serba baharu, juga generasi ketujuh daripada famili Kijang di Indonesia.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sememangnya memiliki nama besar di Indonesia dan kini hadir dengan perubahan menyeluruh menerusi penampilan yang lebih kepada gaya crossover.

BACA >>> Bocor Imej Frem Badan Toyota Kijang Innova Zenix, Ada Bumbung Suria!
BACA >>> Foto Acah Toyota Kijang Innova Serba Baharu Didedahkan

Sedikit fakta mengenai Toyota Kijang Innova Zenix (2023):

  • Ditawarkan dalam empat varian:
    • Gasoline – Rp419 juta (RM122,160)
    • G Hybrid – Rp458 juta (RM133,520)
    • V Hybrid – Rp522.15 juta (RM152,230)
    • Q Hybrid – Rp601.15 juta (RM175,260)
  • Varian paling premium, Q Hybrid mendapat tambahan rim 18 inci, pintu but elektrik dengan arahan suara, kerusi Kapten dengan Ottoman, dua unit infotainment 10 inci pada kerusi belakang (juga ada pada varian Gasoline), kamera perakam digital (DVR/dashcam), pengecas wayarles, dan teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) 3.0.
  • Ada lima pilihan warna: Platinum White Pearl (putih), Silver Metallic (perak), Gray Metallic (kelabu), Attitude Black (hitam), DK Steel MC (kelabu cerah, tempahan khas).
  • Varian hibrid dijana enjin M20A-FXS 4-silinder sebaris 16-injap 1,987cc DOHC dengan teknologi pacuan rantai Dual VVT-i.
  • Kapasiti tangki minyak 52 liter.

  • Dimensi panjang 4,755mm, lebar 1,850mm, tinggi 1,795mm dan jarak roda 2,850mm, manakala tinggi lega bumi 185mm.
  • Transmisi automatik CVT dan e-CVT (untuk hibrid).
  • Sistem suspensi strut MacPherson (depan) dan torsion beam (belakang), termasuk stabiliser di depan dan belakang.

  • Dilengkapi brek parkir elektrik (EPB) dan brek pegun (auto hold).
  • Tayar 205/65 R16 (R17 untuk V Hybrid, dan R18 untuk Q Hybrid).

Model generasi baharu ini juga menjadi penanda aras baru dalam evolusi Kijang di Indonesia yang kali pertama hadir sebagai konsep kenderaan utiliti asas (BUV) pada 1977, dan kini mengalami transformasi besar-besaran.

MPV itu bukan sekadar naik kelas tetapi juga menawarkan tahap baharu sebuah kenderaan famili yang mesra pelbagai pengguna. Berikut apa ditawarkan Toyota Kijang Innova Zenix Hybrid:

  • Dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota, TNGA-C, menggantikan IMV (Innovative International Mupti-purpose Vehicle) yang sebelum ini meraih pujian ramai pengguna.
  • Platform IMV adalah berasaskan frem-tangga (ladder-frame), tetapi TNGA-C ialah frem monokok dengan sistem pacuan roda depan (FWD), sama seperti adiknya Toyota Avanza.

  • TNGA-C memberikan banyak manfaat kepada Toyota Kijang Innova Zenix Hybrid yang tidak dapat dimiliki jika menggunakan platform IMV. Antaranya:
    • Penggunaan teknologi hibrid. Walaupun tidak didedahkan Toyota, kemungkinan besar platform IMV tidak sesuai digunakan untuk trenkuasa hibrid.
    • Trenkuasa hibrid memerlukan tambahan banyak komponen dan lebih ruang diperlukan. Malah, TNGA-C sememangnya sudah sedia dibangunkan untuk memuatkan trenkuasa jenis hibrid dan petrol.
    • TNGA-C membolehkan Toyota Innova Zenix menggunakan enjin baharu, sekali gus menamatkan khidmat enjin 1TR-FE yang sudah dua dekad digunakan.
    • Enjin baharu kini ialah M20A-FKS dengan output kuasa dan tork lebih berkuasa, termasuk mampatan lebih tinggi dan teknologi lebih canggih yang mempengaruhi aspek emisi besih dan penggunaan bahan api lebih jimat.
    • Berat dapat dikurangkan sebanyak 170kg, dan pada masa sama kerangka badan lebih kuat serta stabil.
  • Walaupun sesetengah peminat tidak sukakan perubahan platform Toyota Innova Zenix, tetapi apa harus diakui, evolusi tetapi akan berlaku. Model baharu yang lebih moden dan canggih pasti menggantikan model lama.

BACA >>> Perodua Alza AV (2022) Kini Ada Akses Apple CarPlay!
BACA >>> ‘Alza Indonesia’ Terpakai Tahun 2015 Dapat Dibeli Serendah RM29k

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Segmen-C Roda4 Toyota Indonesia Toyota Innova Zenix Toyota Innova Zenix (2023) Toyota Innova Zenix Hybrid (2023) Toyota Safety Sense (TSS) 3.0
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

14/05/2026
Roda4

Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

14/05/2026
Auto Terkini

Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

13/05/2026
Toyota Corolla 60th Edition 2026
Roda4

Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

12/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

By Syafie08/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.