• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Acah Toyota Kijang Innova Serba Baharu Didedahkan

Foto Acah Toyota Kijang Innova Serba Baharu Didedahkan

October 25, 2022 By Han Othman Leave a Comment

347
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Indonesia mendedahkan foto acah model kenderaan pelbagai guna (MPV), disebut sebagai crossover, dipercayai Toyota Kijang Innova serba baharu dalam akauan Instagram wakil pengedar itu.

Ramai netizen Indonesia mendakwa foto acah itu ialah Toyota Innova Zenix, tetapi tiada maklumat sahih itu model diperkatakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ToyotaID (@toyotaid)

Foto dimuat naik cuma memaparkan bahagian depan MPV tersebut bersama kapsyen tertulis 'The Crossing-Edge is Coming'. Di bawah ini ialah rupa foto acah yang lebih jelas selepas kami pertingkat tahap kecerahan.

Dapat dilihat rekaan paten gril unik yang berbeza daripada apa terdapat pada Toyota Veloz dengan diapit frem krom pada sisi gril. Rekabentuk lampu utama juga berbeza daripada Veloz yang tipis tapi sedikit besar pada sisi lampu. Kelihatan strip lampu siang (DRL) dimasukkan dalam unit lampu utama.

Imej celoreng garis biru yang sengaja dilukiskan pada lampu dan gril seakan memberi bayangan mengenai varian hibrid bakal diperkenalkan.

Toyota Kijang Innova (2021)

Khabar lain, jika model Toyota Kijang Innova menampilkan rekabentuk luaran signifikan, pasti tidak terkecuali rekabentuk dalaman, termasuk trenkuasa yang dijangka diperbaharui.

Dengan platform Arkitektur Toyota Serba Baharu (TNGA), Toyota Kijang Innova serba baharu dikhabarkan akan ditawarkan dalam dua varian enjin, petrol 2.0L dan 2.0 hibrid. Model itu dijangka menjengah pasaran tahun depan atau penghujung tahun ini.

Related

347
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Crossover, Foto Acah, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), teaser, Toyota Indonesia, Toyota Innova Zenix, Toyota Kijang Innova, Toyota Zenix

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev