Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Jualan Kereta Dijangka Meningkat Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam
Auto Terkini

Kajian: Jualan Kereta Dijangka Meningkat Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

SyafieBy Syafie24/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BIMB Securities menjangka jualan kereta di Malaysia meningkat positif berikutan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam pada Belanjawan 2025, Jumaat lalu.

Dalam kajian dibuat firma penyelidikan itu, kenaikan gaji memainkan peranan penting dalam peningkatan kuasa beli dan merancakkan perbelanjaan pengguna, terutama dalam pembelian kenderaan baharu.

Walaupun jumlah jualan keseluruhan (TIV) mencatatkan penurunan 18.5 peratus pada September lalu, ia masih menunjukkan peningkatan bagi angka jualan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Penurunan TIV kepada 58,032 unit dipengaruhi beberapa faktor seperti:

  • Penutupan operasi pengeluar peralatan asli (OEM) bagi tujuan penyelenggaraan dan peralihan model.
  • Pengurangan hari pekerja disebabkab cuti umum.
  • Jangkaan pengguna terhadap insentif dalam Belanjawan 2025.

Pengenalan subsidi RON95 bersasar menjelang pertengahan 2025 juga dijangka memberikan kesan positif terhadap pemilikan kenderaan baharu, sekali gus mengalihkan permintaan pengguna ke arah kenderaan cekap tenaga dan kenderaan elektrik (EV).

Dasar ini turut membantu memansuhkan subsidi bagi warga asing dan 15 peratus golongan berpendapatan tinggi serta mendorong perubahan tingkah laku bagi golongan T15 untuk beralih kepada EV.

Jadi golongan berpendapatan rendah dan M40 akan terus menikamati subsidi bahan api yang meliputi 85 peratus populasi.

BIMB Securities mengekalkan saranan ‘Overweight’ bagi sektor automotif dengan saranan ‘Buy’ untuk BAuto (harga sasaran: RM2.80) dan SIME Darby (harga sasaran: RM3.00), serta ‘Hold’ untuk MBMR (harga sasaran: RM5.50).

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Belanjawan 2025 BIMB Securities kajian automotif Kenderaan Elektrik (EV)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group

    16/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.