Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: 9/10 Pemandu UK Akui Lampu Utama Kereta Moden Terlampau Terang
Auto Terkini

Kajian: 9/10 Pemandu UK Akui Lampu Utama Kereta Moden Terlampau Terang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Kajian mendapati sembilan daripada 10 pengguna jalan raya di Britain mendakwa lampu utama kenderaan lain di jalan raya terlampau terang.

Malah, masalah lampu terlampau terang itu didapati semakin buruk apabila ramai pemandu mengakui mengalami masalah mata silau berbanding situasi satu atau dua tahun lalu.

BACA >>> Tentang Masalah Lampu Depan Silau yang Perlu Anda Tahu

Kajian dibuat Kelab Automobil Diraja (RAC) di Britain itu membabitkan 2,700 pemandu. Berikut dapatan diperoleh:

  • 89 peratus responden berpendapat sebahagian atau kebanyakan kereta menggunakan lampu utama terlampau terang.
  • 88 peratus mendakwa mengalami masalah silau semasa memandu di jalan raya dan lebuh raya.
  • 63 peratus yang mengalami kejadian silau mendakwa perkara itu semakin ketara sejak satu atau dua tahun lalu.
  • 24 peratus responden yang mengalami masalah silau menyatakan kejadian itu semakin kerap berlaku sejak beberapa tahun lalu.
  • 64 peratus pengguna jalan raya percaya lampu utama terlampau terang boleh menyebabkan risiko kemalangan
  • 67 peratus pemandu tidak dapat membezakan sama ada kenderaan dari arah bertentangan menggunakan lampu rendah atau lampu tinggi.
  • 16 peratus individu mengakui enggan pandu waktu malam disebabkan faktor lampu utama kenderaan lain yang terlalu terang. Ini merangkumi:
    • Wanita (22 peratus) berbanding lelaki (9 peratus)
    • Pemandu berusia 65 tahun ke atas (24 peratus)

BACA >>> Lampu HID Terlalu Terang Punca Kemalangan? Wajarkah Diharamkan?
BACA >>> #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?

Pemandu muda lebih banyak mengadu mengenai tahap terang lampu utama dari arah depan, membabitkan:

  • 30 peratus pemandu muda lingkungan usia 17 hingga 34 tahun.
  • Hanya 19 peratus pemandu berumur lebih 65 tahun bersetuju dengan pendapat orang muda.

APA PUNCA MASALAH?

Rata-rata pemandu tidak tahu kenapa lampu utama semakin terang walaupun ada peraturan menghalang pengeluar kenderaan menawarkan kadar pencahayaan terlampu tinggi.

  • Hampir 23 peratus responden berpendapat masalah itu disebabkan lampu utama jenis LED yang digunakan banyak kenderaan moden.
  • 22 peratus responden tidak tahu sama ada ada mana-mana lampu utama khusus untuk dipersalahkan.
  • 17 peratus responden berpendapat masalah itu disebabkan sudut suluhan lampu utama kenderaan dari arah bertentangan.
  • 6/10 pemandu ‘rendah’ seperti hatchsback, sedan dan wagon (61 peratus) mendakwa lampu utama kenderaan lebih tinggi sebagai punca.
  • 28 peratus pemandu kenderaan lebih tinggi menyalahkan kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) dan pemandu van.

Jurucakap RAC, Rod Dennis berkata;

Memang jelas, masalah silau pemandu disebabkan lampu utama masih berterusan. Malah kajian kami mendapati sebahagian besar pemandu mendakwa mata silau lebih kerap berbanding satu atau dua tahun lalu.

“Apa yang lebih mengejutka ialah pemandu muda lebih ketara mengadu mengenai silau yang menandakan masalah itu mungkin sedikit atau tiada kaitan dengan keadaan mata setiap individu.

“Ada beberapa faktor menyebabkan kejadian silau akibat lampu utama dan antaranya ialah sudut paparan pencahayaan. Jika sudutnya tidak tepat, pemandu kenderaan dari arah bertentangan, ada peluang anda jadi buta seketika.

“Agak ironi kerana lebih terang paparan pencahayaan, jalan nampak lebih jelas semasa pemanduan malam. Bagaimanapun, masalah berlaku kepada kenderaan lain dari arah bertentangan iaitu mata jadi buta seketika. Bukan hanya tidak berasa selesa dengan kejadian silau tetapo ia boleh menjadi risiko keselamatan di jalan raya.”

BACA >>> Kanada Perkenalkan Cara Atasi Pemanduan Tanpa Aktifkan Lampu Depan
BACA >>> Kajian: Lampu Siang (DRL) Buat Pemandu Keliru, Tidak Pasang Lampu Belakang Ketika Gelap
BACA >>> Pelajar Cipta Peranti Amaran Lupa Tutup Signal Belok Motosikal

SUMBER: Motor1

kajian Kajian Lampu Utama Lampu Kereta Silau Lampu Utama Silau RAC Rod Dennis Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.