Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Serius Mahu Saman! Kini Aduan Kesalahan Trafik Semudah WhatsApp
Auto Terkini

JPJ Serius Mahu Saman! Kini Aduan Kesalahan Trafik Semudah WhatsApp

Han OthmanBy Han Othman22/06/201711 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERINGATAN, jangan sesekali lakukan kesalahan menjelang musim perayaan ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang Jun ini sudah beberapa kali memuat naik maklumat bergambar di laman Facebook JPJ Malaysia yang mengajak orang ramai membuat aduan kesalahan pengguna jalan raya secara kiriman WhatsApp.

Menurut pemerhatian kami, JPJ sudah memuat naik status mengenai aduan kesalahan secara kiriman WhatsApp itu sebanyak lima kali berturut-turut bermula 18 (dua kali muat naik dalam sehari), 19, 20 dan 21 Jun lalu (semalam). Ini bermakna, JPJ benar-benar serius mahu menakutkan, sekali gus menangani karenah pesalah-pesalah lalu lintas yang dipercayai akan berleluasa sepanjang musim beraya nanti.

Menurut JPJ, pengadu boleh menghantar aduan Whatsapp ke talian +6 011-5111 5252, ataupun mengirim e-mel ke [email protected].

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai butiran apa yang perlu dikirimkan kerana tidak disertakan sekali dengan maklumat bergambar tersebut. Tetapi, berasas tinjauan pada satu komen balas JPJ, butiran yang perlu dilaporkan ialah:

Butiran Pengadu
  1. Nama
  2. No Kad Pengenalan
  3. Nombor Telefon
  4. Alamat
Butiran Aduan
  1. Ambil gambar/video berhubung kesalahan trafik
  2. Lokasi kejadian
  3. Tarikh
  4. Masa
  5. Nombor plat kenderaan
  6. Kesalahan

Kemudian, semua butiran di atas hendaklah dikirimkan kepada nombor telefon atau e-mel seperti dinyatakan di atas.

Apapun, pesanan kami, sila pastikan maklumat anda juga bersih dalam rekod saman JPJ. Nanti tidak pasal-pasal anda pun akan disaman sekali bersama orang yang anda adukan. Hah, mana mahu letak muka?

Akhir kata, selamat memandu cermat dan sila patuhi undang-undang jalan raya ok! 😛

aduan JPJ secara WhatsApp Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ saman jpj saman raya
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

UPSI, Proton Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Ekosistem BEV Nasional

25/02/2026
Auto Terkini

Chery Serah Tiggo Cross HEV kepada Pemenang Cabutan Bertuah!

25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

25/02/2026
Pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Turkiye
Auto Terkini

F-16 Turkiye Terhempas Penerbangan Malam, Juruterbang Maut

25/02/2026

11 Comments

  1. A Bakar on 05/12/2017 08:52

    Masih aktif lagikah kemudahan ini?
    Masih boleh watsapp aduan ke?

    Reply
  2. Jacqueline on 29/06/2018 13:14

    Kenapa di jalanraya federal Highway skrg semakin berleluasa penungang motosikal masuk jalan besar ,atau pun penungang sudah boleh pakai jalan tersebut . Saya rasa amat bahaya mrk ni ..belok sini sana sesuka hati mrk , klu berlaku sebarang kemalangan, penguna kerata tak jadi salah tak apa la. Ni Kita hentak sentiasa memerhati selok belok mrk .Org luar Negeri pun tak tahan tenggok ni. Mrk cakap Negara Kita ni tak ada system undang2 ke .

    Reply
  3. Raj on 20/03/2019 04:27

    What the they are driving…
    Lorry drivers otw to jb…malay driver drunk and keep driving left to right road and blocking the road….
    Plate number T/NA 1768-RAA5022
    And when i put up headlights and overtake him…he opens up the window and keep warning…i don’t have time take video or pic coz I’m rushing to jb due some medical problem….

    Reply
  4. LEONG KOK WAH on 03/09/2019 17:55

    I have email according to your email address many time but bouced back and no response. Mahu whatapp seperti di atas pun tak boleh?

    Reply
    • AO on 05/09/2019 23:57

      Boleh PM direct ke FB JPJ

      Reply
  5. Isa suri on 07/09/2019 16:13

    Kelian intan hulu perak..sebuah lori 3 tan di jadikan kenderaan mngangkut pkerja banglasesh dr pekan kelian intan ke lombong rahman hidraulik(rht).melalui jln besar.jpj boleh tunggu di gerbang masuk le pelan kelian intan antar jam 6.30 pg@ptg di situ.lori yg bawa pkerja bangla pasti lalu.6.30pg@ptg waktu tukar shif.pemandu pon tiada lesan E dan GDL..tolong ambil peduli..terima kasih.

    Reply
  6. Roslee anak. Akang on 25/09/2019 10:50

    Nak tanya/atau bgtau…saya tak paham pengguna jalanraya kat kuching sarawak sekarang…boleh ke pemandu kereta dan penunggang motorsikal memandu perlahan dalam 40-50kmj di lorong kanan?? Kerana macam dah menjadi trend pulak pemandu dan pembonceng di sarawak ni memandu perlahan di lorong yang tak sepatutnya…bila kita tekan horn mereka akan jeling kita seolah2 nak cari pasal pulak dgn kita atau seolah2 kita pulak yg bersalah..harap pihak berkuasa ambil perhatian tentang perkara tersebut sebelum keadaan akan menjadi lebih serius…dan satu lagi…kereta parking sesuka hati letak kenderaan kat tengah jalan sedangkan melambak parking kosong yg berdekatan…soalan saya…kenapa pihak berkuasa seperti polis traffic atau majlis daerah tidak pernah mengambil tindakkan terhadap masalah tersebut?? Sekian terima kasih

    Reply
  7. mustafa on 11/10/2019 16:17

    Mohon jasa baik Tuan Kuching sekarang semakin motosikal yang berbunyi seperti petir tidur pun boleh dibangunkan.

    Reply
  8. Amirah Binti Saadullah on 20/10/2019 15:35

    Selamat tengahari.Saya ingin membuat aduan berkaitan sikap pemandu sebuah kereta jenis isuzu bernombor pendaftaranWC5572V.saya memandu kenderaan dan memilih lorong paling kiri sekali.sampai di jln menghala ke rawang berhadapan pasar borong,pemandu tersebut cuba memotong saya di lorong kiri (lorong tak sepatutnya).Saya terkejut dan jika dia masuk saya pasti memang saya tidak akan dpt mengelak sbb dia memandu terlalu laju serta membahayakan.Saya terpaksa membunyikan hon dan dia terpaksa membrek secara kecemasan.Selepas itu dia memotong saya sebelah kanan dan tiba2 pergi dihadapan kereta saya dan membrek secara mengejut.saya terpaksa brek juga utk mngelakkan saya melanggar saya dan sikapnya itu seolah-olah menunjukkan dia seperti seorang samseng jalanraya.Saya tidak sempat merakamnya sbb saya memandu dan berharap pihak tuan dpt menjalankan siasatan secara adil dan saksama supaya perkara ini tidak akan menyusahkan dan membahayakan pemandu-pemandu yg lain.kerjasama dari pihak tuan saya ucapkan terima kasih.

    Reply
  9. Azura on 19/11/2020 11:51

    Dalam kawasan perumahan saya pun….ramai penduduk tak ikut peraturan.Tidak.ikut anak panah jalan yang dah ditetapkan…pandu kereta ikut lawan arah.Macam mana nak buat aduan begitu?..walaupun dalam.kawasan perumahan, kena juga ikut peraturan lalulintas kan. Apa yang perlu dilakukan dengan penduduk & pemandu seperti ini.kalau dah terlanggar orang pun, ramai yang masih x sedar dan berubah.

    Reply
  10. MOHD YUSAIRI BIN KHAIRUDDIN on 05/03/2025 07:33

    Assalamualaikum wbt.Mohon jasa baik pihak JPJ mengambil tindakan sewajarnya ke atas kenderaan yang sewenang-wenangnya menggunakan lorong kiri (lorong motosikal) di jalan EcoHill Semenyih bermula dari bulatan EcoHill Semenyih menghala ke Shell EcoHill Semenyih menggunakan laluan highway lekas,Semenyih.Bermula dari jam 6.30 pagi sehingga jam 8.30 pagi adalah waktu kemuncak semua org berpusu-pusu menggunakan laluan ini untuk urusan pergi kerja dan menghantar anak ke sekolah.Aduan yang saya ingin titik beratkan disini adalah pengguna kenderaan seperti kereta,MPV,van dgn sesuka hati menggunakan laluan motorsikal iaitu laluan paling kiri dan akhirnya menyusahkan pengguna motosikal sehingga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.Mohon jasa baik pihak tuan ambil tindakan tegas kepada mereka yang mementingkan diri sendiri sehingga tidak menghiraukan keselamatan pengguna motorsikal.sekian TERIMA KASIH…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.