Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Jetour Ice Cream EV (2023) – Kereta Elektrik Harga Rahmah di Filipina, RM57.3k Sahaja!
Roda4

Jetour Ice Cream EV (2023) – Kereta Elektrik Harga Rahmah di Filipina, RM57.3k Sahaja!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize17/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Jetour Ice Cream EV (2023) ialah kenderaan elektrik (EV) yang dibawa masuk Jetour Auto Philippines, iaitu jenama dibawah Chery Filipina dan menjadi antara model EV harga patut di negara Asean itu.

Dikenali sebagai QQ Ice Cream EV di China, EV comel ini dilengkapi unit motor elektrik cekap, kabin agak luas yang boleh memuatkan empat penumpang pada satu-satu masa, dan pakej dalaman unik yang memaksimumkan ruang dalaman.

BACA >>> Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k
BACA >>> Nissan Sakura, Mitsubishi eK X EV Dipilih Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2022/23

Dari segi dimensi, Jetour Ice Cream EV (2023) memiliki saiz panjang 2980mm, lebar 1496mm lebar, dan tinggi 1637mm. Walaupun bersaiz kei-car, EV itu memiliki jarak roda panjang 1,960mm, dan mempunyai jarak tinggi bumi 120mm.

Rekabentuk Jetour Ice Cream EV (2023) tampil comel dalam bentuk berkotak. Lampu utama bulat disertakan bersama lampu siang (DRL) LED unik bentuk-U.

Rekaan lampu belakang juga dalam bentuk-U. Model ini dipasangkan rim 12 inci dengan tayar 145/70 di depan dan belakang.

Ruang kabin Jetour Ice Cream EV (2023) mengetengahkan gaya minimalis dengan ergonomik ringkas. Kluster instrumen digital di depan stereng disepadukan bersama unit infotainment yang bertujuan menjimatkan ruang.

Sementara itu, papan pemuka terhidang set kawalan penyaman udara jenis tombol, dan turut disediakan pemegang fon unik untuk diletakkan peranti pintar.

Walaupun bersaiz kompak, Jetour Ice Cream EV (2023) didatangkan dengan kerusi belakang untuk dua penumpang yang boleh dilipat ke bawah sebagai ruang but tambahan.

Ciri lain yang ada ialah kamera undur, mod pandu Eco dan Sport, stereng dengan kawalan audio dan telefon, suis tingkap kuasa di konsol gear, dan port USB.

Prestasi Jetour Ice Cream EV (2023) dijana motor elektrik 20kW berkuasa 27hp dan tork 85Nm, manakala kelajuan maksimum 100kmj.

Jetour Ice Cream EV (2023) boleh dipandu antara 120km dan 170km untuk sekali isian cas penuh menerusi bateri litium-ion berkapasiti 9.6kWj hingga 13.9kWj. Kereta bandar ini mengambil masa cas penuh 6 hingga 8 jam.

Model elektrik ini berharga 699,000 peso (RM57,350),yang cukup mampu milik buat mereka yang mahukan EV pada harga bajet.

Jetour Ice Cream EV (2023) dan barisan Jetour lain akan ditayangkan kepada umum di Pameran Auto Antarabangsa Manila 2023, bulan depan.

BACA >>> MITI Rangka Dasar Khusus EV, Tubuh Jawatankuasa Khas Urus Industri EV
BACA >>> Nissan e-NV200 Ice Cream Concept – Contoh Kereta Niaga Bergerak yang Jimat, Praktikal

SUMBER: AutoIndustriya

Chery Chery Filipina EV Filipina Jetour Auto Philippines Jetour Ice Cream EV 2023 Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik QQ
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Honda V2H Stand: Peranti Bekalkan Elektrik Dari EV Ke Rumah

    21/05/2026
    Roda4

    Geely Preface TCR menang perlumbaan sulung di Misano!

    20/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    20/05/2026
    iCAUR 03 lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    SUV Elektrik iCAUR 03 CKD Mula Pasang di Malaysia, Harga RM129,880 Sahaja

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.