• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MITI Rangka Dasar Khusus EV, Tubuh Jawatankuasa Khas Urus Industri EV

MITI Rangka Dasar Khusus EV, Tubuh Jawatankuasa Khas Urus Industri EV

March 14, 2023 By Sharil Leave a Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang merangka dasar khusus berkaitan kenderaan elektrik (EV) yang dijangka menyaksikan pertumbuhan progresif dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong, berkata tugas itu kini digalas jawatankuasa khas EV di bawah MITI selepas penubuhannya diluluskan Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu.

Beliau berkata, pasukan itu antara lain ditugaskan untuk mengurus industri EV antaranya meneliti pengeluar, pengimport dan jenama yang boleh diberi peluang bagi pasaran domestik.

Aspek kedua membabitkan stesen pengecasan (kenderaan EV), selain rangkaian elektrik dan elektronik (E&E) dengan pengeluar EV.

Ketika menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, Liew berkata kerajaan memerlukan sedikit masa untuk menggariskan masa depan EV.

Berkenaan penghasilan kenderaan EV secara domestik, Liew berkata ia dijangka dibuat dalam tempoh sehingga dua tahun lagi.

Dari segi harga pengeluaran dan kereta, memang ia akan menyaksikan perubahan sangat besar, membabitkan aspek persaingan serta perubahan daripada kenderaan enjin konvensional kepada EV.

Menerusi perkembangan ini, mungkin ada peluang keadaan baharu akan wujud dalam setahun dua lagi," katanya.

MITI menyasarkan pelaburan EV dapat menarik pelaburan RM20 bilion menjelang 2025, dengan Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, dilaporkan berkata jumlah itu diunjur meningkat kepada RM40 bilion pada 2030.

BACA >>> Menteri MITI: Kerajaan Tak Kawal Harga Kereta
BACA >>> Kajian: Ramai Tidak Yakin Misi Beralih kepada EV Dapat Dicapai Menjelang 2040

SUMBER: Berita Harian

Artikel Berkaitan

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dewan Rakyat, EV, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kenderaan Elektrik, Liew Chin Tong, Stesen Pengecas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my