Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Jepun Lancar Honda CR-V BLACK EDITION dengan Pilihan 7-Kerusi
Roda4

Jepun Lancar Honda CR-V BLACK EDITION dengan Pilihan 7-Kerusi

Abang HirataBy Abang Hirata24/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA CR-V generasi pertama dilancarkan pada 1995 sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan keselesaan seperti sebuah sedan. Kini memasuki generasi kelima, CR-V sentiasa kekal menarik perhatian dengan mengumpul kelompok peminat tersendiri.

Berbeza empat generasi terdahulu, generasi kelima (G5) hadir dengan rekabentuk agresif sebagai SUV peneroka hutan konkrit. CR-V G5 mula dikeluarkan pada November 2016 dan seperti kelaziman, versi naik taraf (facelift) diperkenalkan dalam tempoh pertengahan kitaran produk.

BACA >>> Honda CR-V Spesifikasi Eropah Paling Selamat, Penuhi Piawaian Keselamatan EU

Versi naik taraf didedahkan pada November 2019 di Amerika Utara selain menjadi CR-V pertama di rantau itu dengan trenkuasa hibrid. Jika CR-V G5 pun sudah agresif, penampilan versi naik taraf pasti lebih menonjol dengan bahagian depan ala kereta sport.

Fakta menarik mengenai jualan CR-V adalah model SUV itu sebenarnya lewat masuk ke pasaran negara sendiri, Jepun iaitu pada Ogos 2018.

Malah, pelancaran di Negara Matahari Terbit itu lebih lewat berbanding Thailand, Indonesia dan negara kita pada 2017. Perkara itu bukan pelik kerana sesuatu model akan dilancarkan mengikut kepelbagaian pelanggan dan pilihan yang ada. Bukan lagi mengikut negara asal sesuatu jenama itu.

BACA >>> #KLIMS2018: Honda HR-V RS, Jazz dan CR-V Konsep Mugen Tarik Perhatian Ramai

CRV BLACK EDITION DIPERKENAL

Walaupun lewat, pasaran Jepun memintas menerusi CR-V sebagai model perubahan minor (MMC) dengan nama CR-V BLACK EDITION pada 18 Jun 2020, dan tidak seperti CR-V pasaran Amerika Utara dengan penampilan agresif. Tiada bampar depan menonjol kecuali perubahan pencahayaan lampu signal kepada jenis sekuensial dan stereng dengan pemanas sebagai ciri standard.

Honda juga memperbaharui varian dan memperkenalkan tiga warna baharu, manakala model hibrid dijenamakan sebagai CR-V e:HEV seperti digunakan pada Jazz baharu.

CIRI HONDA CR-V BLACK EDITION

Luaran
  • Gril depan, kemasan lampu kabus, kemasan bahagian bawah pintu, kemasan pintu but dalam warna hitam krom.
  • Warna sambungan lampu depan ditukar kepada hitam.
  • Lampu kombinasi LED belakang jenis smoke.
  • Rim aloi BLACK EDITION hitam 18 inci.
  • Lencana khas BLACK EDITION.
Dalaman
  • Kerusi kulit asli dengan lencana BLACK EDITION.
  • Kemasan pintu dan bahagian lain berwarna hitam piano.
  • Kemasan kayu ditukar kepada hitam.
  • Pelapik bumbung hitam.
Honda CR-V EX BLACK EDITION
Honda CR-V eHEV EX BLACK EDITION

Menggerakkan CR-V EX Black Edition ialah enjin 1.5L VTEC Turbo DOHC dengan padanan transmisi CVT (jenis penukar tork), mod 7-kelajuan dan pedal syif.

Varian CR-V e:HEV EX BLACK EDITION dipacu enjin 2.0L DOHC i-VTEC +e:HEV (hibrid) dengan transmisi E-CVT dan pemilih nyahpecutan (deceleration selector).

Kedua-dua jenis enjin ditawarkan dalam pilihan pacuan 2WD (FF) atau 4WD. Bagi jumlah penumpang, CR-V EX BLACK EDITION boleh dipesan dengan konfigurasi 5- atau 7-kerusi, manakala CR-V e:HEV EX BLACK EDITION hanya ditetapkan kepada 5-kerusi sahaja.

Mengenai harga, CR-V EX BLACK EDITION (FF, 5-kerusi) ditawarkan pada harga 3,774,100 yen (RM150,970), manakala CR-V e:HEV EX BLACK EDITION (FF) berharga 4,338,400 yen (RM173,550).

BACA >>> Honda e Janjikan Pemanduan Seronok dengan Sistem RWD dan Tork 300Nm!

GALERI
Honda CR-V eHEV EX BLACK EDITION
Honda CR-V eHEV EX BLACK EDITION
Honda CR-V EX BLACK EDITION
Honda CR-V eHEV EX BLACK EDITION
Honda Honda CR-V Honda CR-V 7-Kerusi Honda CR-V Black Edition Honda Japan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV Segmen-C
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.