Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah yang Widad Business Group Tawar Jika Dapat Beli PLUS
Auto Terkini

Inilah yang Widad Business Group Tawar Jika Dapat Beli PLUS

Han OthmanBy Han Othman10/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI firma berminat membeli PLUS Expressway Bhd (PLUS). Kali ini konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu tempatan, Widad Business Group (WBG) menawarkan dua pilihan, iaitu:

  • Menguasai 51 peratus pegangan Khazanah Nasional Bhd dalam konsesi PLUS dengan pertimbangan tunai RM1.5 bilion. Baki selebihnya dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Menguasai 100 peratus pegangan Khazanah dan KWSP  dengan pertimbangan tunai RM3 bilion.

WBG dalam kenyataan berkata, cadangan pengambilalihan itu sudah diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 9 Oktober (semalam). Lebuhraya yang terlibat dalam konsesi PLUS terdiri daripada:

  • Lebuh raya Utara Selatan
  • Lebuh raya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuh raya Butterworth Kulim (BKE)
  • Lebuh raya Seremban-Port Dickson (SPDH)

Kedua-dua tawaran itu akan melupuskan pampasan Kerajaan bernilai RM2.7 bilion disebabkan pemansuhan kutipan tol Plaza Batu Tiga and Bukit Kayu Hitam yang dilakukan pemerintah terdahulu.

BACA >>> Kutipan Tol di Batu Tiga, Sungai Rasau & Bukit Kayu Hitam Dimansuhkan Mulai 1 Januari 2018

Tawaran itu turut mengambil kira tambahan lanjutan konsesi untuk tempoh 20 tahun daripada tarikh tamat konsesi sedia ada.

Menurut WBG lagi, pilihan pertama lebih berdaya maju kerana melibatkan kerjasama awam dan swasta, sekali gus memupuk budaya keusahawanan dalam pengurusan PLUS. WBG turut mengenal pasti rakan strategik global atau pelabur untuk menyediakan dana bagi tujuan pengambilalihan tersebut, selain dana dalaman syarikat sendiri dan cadangan meraih dana menerusi sukuk MTN serta terbitan ekuiti.

TAWARAN WBG

Berikut apa yang mahu ditawarkan WBG seperti disebut Pengerusi Eksekutif Kumpulan WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah (gambar atas) dalam kenyataan rasmi:

  • Mengurangkan kadar tol 25-40 peratus berbanding kadar sedia ada.
  • Membayar pampasan bagi pihak Kerajaan sebanyak RM338.5 juta kepada PLUS yang tertunggak sejak 31 Disember 2018.
  • Diskaun 50 peratus pada musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, dan Deepavali sepanjang tempoh difikirkan sesuai.
  • Menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada, dan melaksanakan penggunaan teknologi kepintaran buatan (AI) bagi meningkatkan kelancaran dan pengurusan trafik
  • Jaminan tiada sebarang pemberhentian pekerja dalam tempoh lima tahun selepas pengambilalihan PLUS.

“Pengurangan kadar tol ini sejajar hasrat Kerajaan untuk mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya, sekali gus memenuhi manifesto Kerajaan dan memenuhi kehendak dasar Kerajaan semasa,” kata Muhammad Ikmal.

SIAPA WBG?

WBG diasaskan Muhammad Ikmal yang juga pengerusi eksekutif, dan firma itu kini menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 1,500 orang seluruh negara. WBG ialah kontraktor Bumiputera berkaliber yang diperbadankan pada 2002 bagi memenuhi keperluan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

Sejak itu, WBG terus berkembang pesat dengan meluaskan profail firma menerusi pengurusan fasiliti bersepadu, pembinaan, penyelenggaraan dan operasi, perkhidmatan elektrikal dan mekanikal, sistem automasi bangunan, pengurusan tenaga, pembangunan hartanah, pendidikan, perkhidmatan ICT dan media, hospitaliti, minyak dan gas serta akuakultur.

Auto Terkini PLUS Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah Widad Business Group
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
Auto Terkini

BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

14/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.