Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Indonesia Jadi Lokasi Pembangunan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder?
Auto Terkini

Indonesia Jadi Lokasi Pembangunan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/08/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Kawasaki ZX-25R 4-silinder debut di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, banyak spekulasi timbul daripada pesaing Jepun lain utnuk segmen sporbike suku liter itu. Khabar tentang pembangunan CBR250RR dengan enjin 4-silinder dimulakan portal automotif Jepun Young Machine pada April lalu.

Bagaimanapun, berita itu masih belum ada kesahihan itu hanya spekulasi Young Machine yang sengaja dikecohkan, siap dengan imej janaan komputer (CG) dan nama model CBR250RR-R 4-silinder.

BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Indonesia Ada Dua Varian Enjin, Malaysia Dapat Mana Satu?

Seperti mana kita tahu, pasaran dua roda di Indonesia begitu besar hingga pengeluar Jepun memilih negara jiran itu untuk melancarkan pelbagai model global, dan Ninja ZX-25R adalah salah satu daripada produk itu. Jadi tidak hairan ada berita terkini mendakwa CBR250RR-R dengan enjin 4-silinder sedang dibangunkan di Indonesia

Honda kerap menjadi peneraju dalam segmen motosikal suku liter. Misalnya, sejarah kelahiran NSR250, kemudian CBR250RR SP yang masing-masing untuk kelas 250cc 2-lejang dan satu lagi 2-silinder.

Tentunya kehadiran Ninja ZX-25R meninggalkan jurang besar dalam segmen 250cc dari segi enjin dan teknologi. Honda pasti tidak akan berdiam diri kerana segmen 250cc menjadi penanda aras untuk pengeluar menunjukkan kehebatan masing-masing dengan teknologi dan trenkuasa dimiliki.

Walaupun pasaran segmen ini tidak banyak memberikan keuntungan, tetapi lebih cenderung kepada saingan kehebatan. Seperti mana era 80-an dulu ketika semua pengeluar membuka pasaran baharu dan pesaing lain akan turut serta. Termasuk pertempuran kelas 250cc dengan enjin 4-silinder ini. Adakah andaian itu ada kebenarannya?

BACA >>> Yamaha Berminat Perkenal Sportbike 4-Silinder 250cc dengan Nama R25M?

PROJEK 4-SILINDER DIHIDU MEDIA PERMOTORAN

Walaupun sebelum ini hanya sekadar spekulasi tetapi portal negara jiran mula menghidu sesuatu di Indonesia berdasarkan beberapa status dimuat naik sebelum ini yang menunjukkan Honda mula membahaskan projek 4-silinder 250cc. Ini bermakna ada kemungkinan kajian sudah memasuki peringkat lebih serius.

Difahamkan PT Astra Honda Motor (AHM) sudah mula mencari vendor sokongan  untuk projek jangka panjang itu. Projek itu pasti mengambil masa lama seperti mana Ninja ZX-25R. Tidak mustahil Indonesia dipilih sebagai hab pembangunan enjin 4-silinder 250cc baharu kerana  CBR250RR sedia ada dan terdahulu pernah dibangunkan di republik itu.

Hal ini dibuktikan kejayaan kelahiran CBR250RR ( K64A) dan diteruskan CBR250RR SP (K64J) yang mana alat ganti dieksport ke negara luar. Jika benar, jentera empat dapur Honda bakal diperkenalkan sekitar 2023-2024 atau mungkin  lebih awal lagi.

BACA >>> Indonesia Lancar Honda CBR250RR SP Quick Shifter (2020), Harga RM22k

SUMBER: IwanBanaran

Honda Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Honda CBR250RR Honda CBR250RR MC19 Honda CBR250RR-R Kawasaki Kawasaki Ninja ZX-25R roda2 sportbike 250cc Sportbike Suku Liter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Nissan Z 2027: Nostalgia 240Z dan 300ZX Kembali

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Hyundai Stargazer Rasmi Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Mula RM99k!

    15/06/2026

    1 Comment

    1. Jan on 03/08/2020 11:25

      Kalau keluar kat indonesia sekalipun, rasanya x kan masuk malaysia sebab harga dah x munasabah. kat sana harga motor besar terlalu mahal, jadi orang berminat nak beli 250cc 4 silinder.

      kalau di malaysia, lebih baik terus beli 600-700cc.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.