Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Ioniq 5 Ini Boleh Cas Guna Tenaga Solar
Roda4

Hyundai Ioniq 5 Ini Boleh Cas Guna Tenaga Solar

Han OthmanBy Han Othman25/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI memperkenalkan Ioniq 5 versi elektrik penuh yang dibangunkan berasaskan model konsep Hyundai 45 Concept, iaitu menggunakan Platform Modular Global Elektrik (E-GMP) baharu.

Platform baharu itu dibina khas untuk kenderaan elektrik (EV) Hyundai dengan titik berat rendah dan mampu menampung pelbagai segmen EV. Di Malaysia, Ioniq versi hibrid pernah dibawa masuk untuk pasaran negara ini pada 2016 pada harga jualan sekitar RM100,000 sahaja.

Berikut spesifikasi dan beberapa fakta menarik mengenai Ioniq 5:

BACA >>> Indonesia Lancar e-Hailing Mesra Alam, GrabCar Elektrik Perkenal Hyundai Ioniq EV

Luaran

  • Dimasukkan dalam segmen crossover kompak walaupun gaya badan mirip Honda Civic dan Mazda3, dengan dimensi panjang 4,635mm, lebar 1,890mm, dan tinggi 1,650mm, manakala jarak roda 3,000mm.
  • Bahagian depan menampilkan rekabentuk fasia unik bentuk V dengan gril tengah berkotak yang nyata berbeza berbanding model Hyundai lain.

  • Sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh dengan lampu utama, lampu siang (DRL) dan lampu belakang direka dalam bentuk empat segi.
  • Hendal pintu direka sama rata dengan badan kereta. Sisi badan tampak unik dan tersendiri dengan garis maskular yang ringkas dan unik.
  • Rim bersaiz 20 inci yang menurut Hyundai terbesar pernah dipasangkan pada model jenama itu.
  • Pilar-C direka landai yang membuatkan profil SUV itu nampak sporty ala model coupe.
Dalaman

  • Bahagian dalaman ringkas dan selesa dengan kerusi depan disertakan pad penyandar kaki yang boleh digunakan ketika berbaring.
  • Papan pemuka menggunakan skrin 12 inci untuk kluster instrumen dan unit infotainment. Ini juga kali pertama Hyundai menemukan sistem Realiti Imbuhan (Augmented Reality, AR) yang memaparkan pelbagai maklumat pada skrin depan.

BACA >>> India Lancar Motosikal Elektrik Mirip Sportbike Kawasaki, Harga Mula RM7k

  • Model ini menyediakan konsol tengah yang boleh dialih depan atau belakang. Pergerakan tidak jauh, hanya beberapa sentimeter saja, tetapi cukup untuk memberikan ekstra ruang gerak buat penumpang.
  • Ruang but agak luas, iaitu standard 531 liter, dalam jika semua kerusi direbahkan, kapasiti simpanan bertambah kepada 1,600 liter.
  • Menggunakan bahan mesra alam dan kitar semula seperti botol plastik terpakai, benang wol dan benang lain berasaskan tumbuh-tumbuhan.
  • Kemasan upholsteri menggunakan kulit diproses dengan kaedah mesra alam, manakala bahagian lain seperti papan pemuka, stereng, panel pintu dan tombol menggunakan cat khas daripada ekstrak tumbuhan.
Trenkuasa
  • Ada dua pilihan bateri: 58kWh dan 72.6kWh.
  • Disediakan dua pilihan motor: satu motor untuk penggerak pacuan semua roda (AWD), dan dua motor untuk penggerak AWD. Spesifikasi premium dibekalkan dua motor dan bateri 72.6kWh.
  • Kuasa dihasilkan 301hp dengan tork 604Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.2 saat, manakala kelajuan maksimum 185kmj. Model standard mampu memecut 0-100kmj dalam masa 8.5 saat.
  • Jarak pemanduan belum diperincikan. Menurut rating prosedur kenderaan ringan sedunia (WLTP), SUV ini  boleh dipandu sejauh 500km untuk bateri 72.6 kWh atau hampir 200km untuk bateri 58kWh. Kedua-dua jarak perjalanan itu untuk model pacuan roda belakang (RWD) bukan AWD.
Bateri

  • SUV ini boleh mengecas bateri kereta elektrik lain jika diperlukan, tetapi pengecasan dibuat cuma 3.6kW dan hanya boleh dilakukan jika kapasiti bateri Ioniq 5 atas 15 peratus.
  • Jika bateri sudah dicas 15 peratus, Ioniq 5 akan berhenti mengecas untuk kenderaan lain itu ada cukup tenaga untuk dipandu ke stesen pengecas terdekat.
  • Dengan arkitektur bateri 800V, Ioniq 5 mampu dicas dengan tenaga 350kW dengan pengecasan pantas (fast charging). Hasilnya, bateri dapat dicas daripada 10 peratus hingga 90 peratus dalam masa 18 minit.
  • Sebagai pilihan, pembeli boleh memasang bumbung panel solar untuk mengisi tenaga bateri. Menurut Hyundai, jika dijemur bawah matahari, jarak perjalanan boleh ditambah 5-6km per hari atau kira-kira 2,000km per tahun.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

hyundai Hyundai 45 Concept Hyundai Ioniq 5 Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.